Friday 31 August 2012

Merdeka!!

Assalamualaikum.


Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh, Merdeka! Merdeka! Tetaplah Merdeka, Ia pasti menjadi sejarah
Hari ni merdeka kan? Bangga tak boleh hidup aman damai dalam Malaysia ni?
Makan cukup, minum cukup, tempat tinggal selesa. Apa lagi nikmat yang diberikan? Macam-macam ada!!
Hehe itu pun ada sesetengah dari kita masih lagi merungut. Cuba kita di tempat saudara-saudara kita.
Di Syria, di Burma? Macam mana eh kalau kita kat sana. 
Sentiasa kena berjaga. Nak pergi mana pun kena bawak senjata. Hidup dalam ketakutan. Hilang tempat tinggal, hilang keluarga, hilang anggota badan!! Sentiasa dihujani dengan peluru dan darah. Sedih kan?

Apa yang yang kita nak minta kalau Allah dah beri nikmat yang sempurna untuk kita?
Kalau dah aman, kenapa nak cari yang kucar-kacir? Kalau dah selesa, kenapa nak pilih menderita?
Alhamdulillah, syukur atas limpahan nikmatNya:)

Apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Jangan lupa titik peluh nenek moyang kita untuk mendapatkan kebebasan. Sesuatu yang sukar untuk dapat masa dulu.

 Malaysia & I'm proud to be Malaysian!!^^



p/s: Plan nak pergi Dataran Merdeka pagi tadi hancussss bila terlewat bangun!!Pfttsss-,-

Thursday 23 August 2012

Boleh maintain?

Assalamualaikum.

Kejap saja cuti raya aku dah nak habis. Seminggu je nok. Sobs. Kan orang cakap raya sebulan, kasiklah cuti raya sebulan. Apsal seminggu je? Pffttss. *sila bekerja sendiri kalau nak cuti lebih-,-

Amacam raya? Banyak kutip duit atau dah bankrup sebelum gaji bulan depan? Harharhar. Aku takpe, masih di bawah tanggungan. Orang kasik duit. Hewhewhew~ Eh, jap-jap. Benda pertama aku nak tanya, apa yang korang buat masa Ramadhan hari tu maintain lagi ke masa raya ni? Agagaga~

Maintain apa nyah?

1. Berat
Masa puasa, maintain je berat sebulan kan? Hahaha aku lah orangnya. Senyum je setiap kali timbang. Time raya? First day raya mungkin jarum penimbang bergerak ke sebelah kanan je? Errr-,- Sekarang? Aku tak tahu, takut nak timbang jahhhh~ wuuuTT__TT

              

2. Amalan
Bab amalan ni pun kena maintain kakak abang. Jangan bulan puasa je semangat, habis puasa? Habis kelepiaqq. Aisshhh~ Rugi-rugi. Okey, nasihat untuk aku jugak. Sibuk sangat beraya, sampai yang wajib pun lupa. Berdosanya. Amalan buat juga, maintain saja. Tak banyak, sikit pun jadila. Jangan sampai tak buat apa-apa sudah lah. Haha.

3. Perbuatan/Tingkah laku
Ni pun kena maintain. Ala berubah menjadi lebih baik, bagus what? So, takde lah menampakkan kita sebulan je baik. Bulan lain nampak tanduk je tumbuh atas kepala tuh. Hehe. Sebulan kita boleh control mulut, kenapa bulan lain tak boleh? Sebulan boleh berenti anyam ketupat *mengumpat hokeyy, why not bulan lain tak boleh buat? Kan-kan^^ Aku tak kata orang lain, kata aku juga. Sebab aku pun tak perfect lansung. Tapi aku ingatkan orang, orang ingatkan aku. Baru fewiittt~ Haishhh;p

Lagi? Maintain apa lagi? Hahaha kau pun tak tau. Tapi yang ni lah aku cuba maintainkan lepas Ramadhan. Bestkan Ramadhan, ajar kita, suluh kita, tunjuk jalan kebaikan kat kita. Syawal pulak masa meraikannya:)
Islam itu indah kan? Heee;) 

So, apa lagi yang korang nak maintain lepas ni? Ce share sikit:)

p/s: Dah nak balik KL, sobs:(

Tuesday 21 August 2012

Eid 1433H/2012M

Assalamualaikum.

Lama tak online. Kekangan yang hebat. Alhamdulillah, selesai Ramadhan. Syawal la pulak.
Hari kemenangan melawan nafsu kita selama sebulan:)
Pasti syiokkk giler. Hehehe^^

Masuk hari ketiga Syawal. Aku harap belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada yang mengenali aku, rakan-rakan blogger yang ohsemm!! Duit raya? Sila datang beraya di rumah aku. Harharhar;p
Maaf terkasar bahasa, tersalah bicara, melalut tak ketahuan hala, terguris tang mana.
Halalkan semua & maafkan aku. 0 vs 0 la kira. Theee;p


p/s: Selamat Hari Raya sekali lagi!!^^

Saturday 11 August 2012

Try buat vector pulak;p

Assalamualaikum.

Nampaknya semakin liat aku mengupdate entry. Muehehe;p
Di FB semakin giat friends list mengepost dan tag kad raya FB. Duhh!! Seminggu je lagi. Kan?
Dalam kepala hotak aku dah tak ingat dah kelas. Nampak rumah nan indah permai saja. Kuikuikui~

Oh okey update entry sebab nak tunjuk vector aku baru buat. Hahaha. First try lukis menda alah ni.
Hewhewhew~ Asyik tengok bloggers lain buat je, aku pun nak try jugak lah.
Berbekalkan tutorial dari internet, belajar la sikit-sikit. Tak mantap hebat bergaya lagi. Warna pun macam hancur sikit tapi boleh lah. Haha.

So, inilah masterpiece aku. Harharhar!!;)




Amacam? Sama tak dengan picture aku tu? Hahaha kalau ujian ni dapat berapa bintang ha? Kekeke>,<




Perbandingan-,- 'Background tak reti nak buat macam mana' 



p/s: Okey? Hahaha err saper nak order nak buat kad raya online? Hahaha 'cari duit raya konon

Monday 6 August 2012

Bersyukurlah~

Assalamualaikum.


Salam Ramadhan:) Wah dah hampir 2 minggu berpuasa kan? Hehe tak lambat dah tu. *raya lettewww~ Takde lah, tengok shopping mall, pekan rabu, masjid jamek & segala lagi kedai penuh je orang membeli-belah!! Nak pijak kaki pun tak sanggup. Ramai sangat!! TT__TT Apa pun, Alhamdulillah. Kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Boleh shopping, berbuka bersama family lagi. 
Seronok kan?^^ Tapi yang kesusahan? Jangan kita lupakan tau;)


Tajuk bersyukur pulak. Hehe. Bukan apa, I just read a story from Facebook. Posted by one of my friends. The story that touch my heart and make me realize how perfect my life. Given by Him:') Aku ada keluarga yang sempurna, tak kaya tak miskin tapi sederhana, parents yang mengambil berat. Biasa saja tapi itu sangat perfect di mata aku!! Hehe.


Reality. Bukan kejam tapi itu makna kehidupan. Kan? Macam mana seorang kanak-kanak boleh bertahan cukup kuat bila kehilangan bapa, hidup miskin makan minum hanya bergantung pada duit kebajikan masyarakat, ibu yang tak bekerja dan mempunyai 7 adik beradik. Kehidupan jadikan kita tabah. Bila ditanya, berbuka dengan apa? Jawabnya, minum air saja. Sedihnya, padahal yang berkemampuan tu siap membazir lagi. Lain pula cerita dengan yang berpuasa dalam keadaan ketakutan, peperangan, pembunuhan umat Islam. Kita, air berkarat sikit pun dah merungut. Mereka? Minum air dari lopak. Itu pun kalau jumpa air.


Kadang-kadang, bila aku rasa susah, aku lupa ada lagi orang yang lebih susah dari aku. Bila aku sedih, ada lagi orang yang lebih sedih dari aku. Bila aku takut, ada lagi orang yang lebih takut dari aku. Bersyukur lah. Apa yang diberikan kita sekarang olehNya adalah pemberian yang sangat sempurna untuk kita. Sekurang-kurangnya kita ada apa yang kita mahu dari mereka yang hilang segalanya.




p/s: Fibox ada problem ke? Takleh view pun:( Ke aku yang problem?Hahaha