Wednesday 28 November 2012

Bohong

Assalamualaikum.

Bab bohong. Tipu ler. Bohong sunat ke, wajib ke kira bohong la kan? Tak jujur.
Aku bukan apa, pelik bin ajaib dengan sesetengah manusia ni. Bukan tak pernah kantoi bohong sebelum ni. Pernah kot tapi still nak bohong jugak. Heran-heran. Yang tak boleh blah tuh bohong sekarang, dalam masa 5 saat pastu dah kantoi. Bhaha buat malu diri & jadi bahan lawak orang je. Kan?

Lagi 1 nak menipu bajet nak hot je. Retiss je. Takpun bajet ko la #1 in the world. Kira macam cakap nak tongkat langit je. Jadah hape? Maybe bohong tuh 1 kepuasan kot bagi ko. Haha. Cukuplah, macam orang tak kenal ko macam mana. Beragak la. Fikir sikit apa yang ko dapat bila bohong? Kantoi lak tuh. Err kalau aku malu tak tau mana nak letak muka.

Oh okey ko muka tak malu. Hikss aku gurau je. Takpe, ko selalu menang dengan menipu. Kwang kwang~ Loser ke? Eh takla. Aku gurau lagik!! Ahaksss>.<

#Kadang-kadang dia menipu untuk dapatkan attention. Yeah, attention seeker!! Booooo....opsss my bad. Heee(;


Wednesday 21 November 2012

#9 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

Tard - The Grumpy Cat






Source: Facebook Tard The Grumpy Cat (Official)

Monday 19 November 2012

Boikot~

Assalamualaikum.

Sana sini orang cakap pasal Gaza. Pasal Israel. Pasal McDonald yang bagi makanan free. Pasal Coca Cola. Pasal BOIKOT! Yeah, penuh kat wall facebook aku. Boikot McDonald, jangan makan, jangan beli.

Tak kurang juga yang bijak pandai mengeluarkan status berbentuk anti-pemboikot. Kononnya apa lah sangat kalau boikot pun. Sikit pun tak menjejaskan company besar ni. Still lagi mampu mereka beli senjata dan bom kan? Yang lagi cerdik, makian dan hamburan untuk pemboikot. Maklumlah, peminat tegar makanan segera. 



Siap tuh, ada yang menyindir. Kenapa tak diboikot Facebook? Kan Yahudi. Okey. Macam-macam isu. Boikot hangat-hangat tahi ayam la. Tak lama la. Macam-macam!

Tengok. Pejam mata. Fikir. Ada 3 jenis perangai manusia dalam facebook yang isunya cuma saudara Islam kita & boikot.

Pemboikot dengan isu boikotnya dan anti-boikot dengan sindiran dan cakap-cakapnya. Pendapat aku, masing-masing Allah dah bagi otak siap dengan pakej akal. Manusia je ada tau, binatang, pokok, batu semua takde. Special kan kita? So, sila gunakan akal yang Allah bagi tu sebetulnya. Jangan membabi buta keluarkan statement yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Fikir sebelum taip ye.

Aku tak mengatakan boikot tuh salah dan anti-boikot tu salah. Masing-masing berbeza pendapat. Takpe lah kau tanak boikot, tapi statement pedih yang kau keluarkan tu kepada pemboikot. Aku rasa itu kot yang salah. Biarlah dia nak boikot. Impak tak besar lansung tapi sekurang-kurangnya dia ada kesedaran nak tolong saudara Islam dia biarpun sangatlah kecil jasanya. Kecil sangat!! At least, ada sifat belas kasihan dalam hati dia daripada orang yang si pencaci cerca kan?


Carilah hati yang baru.

Think twice before you talk. Kadang-kadang apa yang kita tulis tu lah menggambarkan siapa kita. Jangan makin ditulis makin terserlah kebodohan kita. Maaflah. Aku tak tujukan pada sesiapa. Tapi bila aku tengok gambar-gambar saudara aku. Aku rasa aku perlu buat sesuatu. Biar kecil tapi In Shaa Allah biar Allah je yang tau. Walaupun kecil tapi berterusan. Aku tanak disoal kelak apakah yang aku lakukan ketika saudara aku dibunuh, dihina, diseksa dan jawapan aku adalah tidak berbuat apa-apa.Taknak!! 

Terpulang pada korang. Kalau korang rasa apa jadahnya motif boikot bagai banyak lagi cara yang korang boleh sumbang. Kepada pemboikot, moga ada ganjaran pada anda kelak. Tapi sila fahami dengan dalam apakah yang dimaksudkan dengan boikot dan kenapa kau perlu buat ni semua. Fikir dulu ye. Kedua-duanya tak salah. 

Tapi ingatlah, kemana duit anda disalur ye. Dan sanggupkah kau lihat ni:







Source: Aqsa Syarif

Menangis aku tengok gambar ni. Apa salah budak kecil ni? Kalau tengok dan tak rasa pape, sila rujuk 'quote' yang aku letak kat atas.


More info regarding boycott issue and Gaza: Aqsa Syarif (Facebook)
Korang boleh baca komen-komen yang ditulis dan nilai sendiri. *Buat dengan ikhlas, jangan buat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Apa pun tak dapat!

Thursday 15 November 2012

#Pray for Gaza

Assalamualaikum.

Mula-mula aku tak tau apa yang jadi hari ni. Serious aku tak tau. Tapi bila buka Facebook, ramai sangat pos pasal Gaza. Pasal Israel. Apa? So, aku pun pelan-pelan baca. Pelan-pelan buka setiap info yang kawan-kawan share.

Kelu. Sedih. Kejam!

Tu je yang keluar dari mulut aku. Apa salah saudara Islamku kat sana? Siapa yang terrorist sebenarnya? Orang Islam dituduh sebagai terrorist, tapi Yahudi yang membunuh berpuluh ribu saudara kami layak dipanggil apa? Penjenayah? Bukankah itu lebih kejam dari terrorist? Budak kecil yang tak berdosa dibunuh, terbakar. Sedih aku tengok. Makin lama aku scroll wall Facebook aku, makin aku tak sanggup nak tengok. 

Marah dengan Israel, marah dengan Amerika, marah dengan diri sendiri kerana yang aku mampu buat hanya berdoa. Ya, hanya doa. 




//Moga Allah melindungi mereka.

Wednesday 14 November 2012

Monday 12 November 2012

Makan angin~ Burrppp

Assalamualaikum.

Weekends aku baru-baru ni dipenuhi dengan jalan-jalan makan angin punya aktiviti. *Ayat apakah?
Ya, tenangkan otak yang bercelaru tapi bukan kerana split personality ye. Kerana life sebagai student yang owesomeee!! Hehe mana nak dapat? Pasni busy dengan keja pulak, ye dok?

So, encik cinta *ehemm telah bawa aku pergi taiping. Konon nak tunjuk hometown beliau kat aku. Haha takpe aku ikut je. Lepas makan kenduri kawan beliau, kami pun bergegas ke pekan Taiping. First place yang dituju. Muzium Taiping. *mata berair masuk habuk

Jarang ye orang dating kat muzium. Haha tapi aku punya rare sikit. Okey lah tuh. Dapat jugak tenangkan otak dari tengok kejadian luar jangkaan kat bandar. First time woo datang sini. Layankan je:) Maka, sesi tangkap gambaq pun berlansung lah. Yelah, nak datang lagi pasni possibilitynya mungkin sedikit ye. Hehe. 

Ada la beberapa gambaq yang aku ambik. Nak ambik semua memang tak mampu.








Sikit jelah tunjuk gambar. Random je, nak tunjuk yang details ada gambaq aku pulak. Muntah kang hampa tengok. Haha. Kan. Pas muzium, pergi jenjalan kat Taman Tasik Taiping. Ni lagi satu tempat yang super cantik. Serious aku cakap. Tenang sangat tempatnya yang hijau mata memandang. Sesuai untuk ambil wedding photo kat situ. Plus ramai gila babass newly wed couples tengah hambik gambaq kat sana. *Aku pun berangan~ -.- 
Maklumlah sekarang musim hujan. Err, eh musim cuti sekolah. 

Then, pergi jalan pekan Taiping yang classic & vintage. Huhu first time pergi memang jakun sikit aku. *lalala~

Btw, tenang kepala otak dah surut. Back to normal & prepare myself for final exam next week. Yes, my last final exam for my degree. Sobs, sedih pulak. Haha. K bai.

Tuesday 6 November 2012

Virus~

Assalamualaikum.

Sangat sibuk sekarang. Dalam masa 72 jam lagi segala test, quiz, assignment & report harus dihantar & harus dijawap. Oh bukan harus, WAJIB dihantar & dijawap. TT__TT Hambik kau!!

Ya rakan sekalian, mohon jauhi sipat bertangguh. Buruk padahnya, boleh buat minggu korang yang ceria jadi minggu yang paling gloomy & worst. Hewhew~ Pahit kurasakan. Percayalah. -.-




Nampak effectnya? Mandi tak basah, tidoq tak lena, makan berganda. Err =.=
Memang mengalahkan orang putus cinta atau angau bercinta. Puhh! 
So, sila jangan tiru aksi di atas. Marbahaya!!

Sunday 4 November 2012

Hiking at Gunung Datuk

Assalamualaikum.

Hiking at Gunung Datuk, Negeri Sembilan
Weekends minggu ni paling ohsemm sekali. Sabtu, semalam lah kan aku join budak campus pergi hiking kat Gunung Datuk. Around 100 students yang join. Sekian lamanya tak buat aktiviti lasak macam ni. Last join hiking awal tahun 2011. Haha. Gigih aku-.-

Ayat yang boleh aku gambarkan bila hiking. PENAT GILERRRRR!! Haha nampak? Siap caps lock bagai kan. Tapi biarpun penat aku rasa it's the best experience yang aku dapat. Sangat adventure. Dulu pernah hiking kat Bukit Terisek kat Taman Negara Pahang. Penat jugak tapi boleh ku gagahkan diri. Yang mencabarnya cuma puluhan ribuan pacat yang aku paling tak suka. Tapi kat Gunung Datuk ni, Alhamdulillah. Sekoq pacat pun tak hinggap. Tapi trek kat sini memang giler betik. Sangat adventure ku rasakan. Dari mula naik sampai lah turun. Lebih kurang 5 jam untuk turun & naik gunung ni. Plus hujan yang agak lebat semasa menuruni bukit. Nasib baik aku dah prepare awal beg plestic semua. Pheww~

Tapi memang worth it lah dengan penat yang aku dapat. Puncak gunung yang tinggi menampakkan pemandangan yang ohsemmm sangat!! Subhanallah. Teruja sangat. Takde gambar ambil masa kat puncak sebab time tu dah hujan lebat. Takut camera masuk ayaq pulak. Capture guna mata then save dalam kepala jelah. Kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Haha.

So, ada la serba sedikit gambar kat sana. Enjoy:)









We made it!! Champion sekonon. 

Girls power. Bhaha:)



Impressing with myself!!Huhh tak sangka boleh panjat gunung. Adoi.



Nampak keris ni dulu masa mula sampai. Gagaga>,<






Batu besar. Kena panjat batu ni untuk tengok pemandangan cantik!! Pheww~
Banyak lagi gambar tapi tak larat aku nak masukkan. Haha yang ni pun dah cukup menunjukkan muka penat masing-masing. Penat tapi sangat berbaloi!!
Entah bila pulak la dapat join activity macam ni. Nanti dah kerja kalut dengan kerja pulak. Ye dokk? Huhu.

//Hari ni semua housemates aku jalan macam robotcop, mengesot macam siput vavi. Kaki sakit, pinggang lenguh. Haha gara-gara hiking Gunung Datuk. Terbaik! ^^