Thursday, 28 February 2013

Teguran, terima atau tak?

Assalamualaikum.

Jadi ketua ni tak mudah kan? Tak boleh nak puaskan hati semua yang ada di bawah tanggungjawab kita. Dan jadi ketua juga tak bermaksud kita boleh gunakan kuasa yang kita ada sesuka hati. Be fair & square. Tak bermakna juga bila kita jadi ketua, we're always right. As human being, we always do mistakes. Memang tak boleh lari tapi yes sebab hang leader hang anggap semua hang buat betul. Sampaikan orang yang tegur kesalahan kita pun ditengking. Seriously, I have no respect to this kind of people.

Apa yang buat aku rasa nak membebel ni sebab depan mata aku sendiri jadi benda macam ni. Yela, staff biasa cuma tegur mistake ketua dia. Then, apa yang buat aku terkejut biawak, depan-depan tu juga si boss yang konon terror tu tengking staff tuh. Oh shittt~ In front of other staffs. Malu tak agak-agak staff yang kena tengking? OF COURSE la!! Kesian dia. Berubah muka malu, Kalau aku jadi dia confirm nangis. Hukhuk. Well, boss kan. Mana boleh lawan. Kan kena gantung kerja plak. Pfttsss-.-

Memang aku tak nafikan kita kadang-kadang susah nak terima teguran orang lain. Tapi ni cakap bajet hang open minded sangat tapi baru kena tegur sikit dah menengking menggelabah bewak. Itu baru ada pangkat sikit, esok-esok jadi YB kawasan mana-mana tak tau la macam mana cara. Bhaha. Senang cerita nak terima atau tak teguran, itu hak kita. Tapi cara kita terima atau menolak teguran tu. Tak payah la sampai menengking. Cool~ Konon boss yang "open minded" habis.

Sedangkan Imam Abu Hanifah menangis teresak-esak bila ada budak kecil tegur dia ni kan pula kita manusia banyak kekurangan ni. Hadoii. Susah. Ada pengajaran dalam setiap apa yang berlaku setiap hari. Aku assume dia stress kot. Taknak la berburuk sangka sangat. Nanti hati tak bersih. Huhu:P


Tuesday, 26 February 2013

My love :(

Assalamualaikum.

Masuk hari ni dah banyak hari kucing kesayangan aku tak balik. Aku pun taktau samada mati atau hilang. berhari-hari dah cari. Tunggu lagi mana nak tau dia balik. Tapi takde.
Pasni dah takde yang nak gigit aku, nak mengiau setiap pagi minta makanan, takde yang kena marah sebab buli kucing lain, takde lagi yang nak menggesel kat kaki aku. Sedih, dah la sebelum ni dia sakit. Kurus. Lepas tuh menghilang. Selalu tidur bawah kereta atau tepi tiang tapi sekarang dah takde lagi. Puas cari. Bangkai atau badan bernyawa still tak jumpa. Mak aku pun rindu dia. Sebab dia nakal! Sangat-sangat!
Mungkin kalau nyawa dia tak panjang, dia taknak mati depan aku. Buat aku lagi sedih. *Crying

The only one picture with my lovely cat. Gambar yang lain dah hilang sebab hard disk laptop rosak. Wuuu~




Seriously, miss him.


R.I.P my lovely oren. 
Sekurang-kurangnya aku tau dia dah takde lagi :(

Monday, 25 February 2013

Dekat office~

Assalamualaikum.

Hampir 2 bulan ye aku praktikal. Tinggal lagi 2 bulan nak habiskan praktikal aku ni. Cepat masa berlalu. Rasa macam semalam je baru masuk lapor diri *Ayat klise-.-

Disebabkan aku ni budak praktikal kebanyakkan kerja aku adalah nganga. Sebab dorang pun taktau nak bagi keje apa lagi untuk aku buat. Asal aku tanya ada keja tak nak buat mesti dorang jawab takde lagi buat masa sekarang. Tapi dah masuk 2 minggu ni. Haiii apalah aku nak bubuh dalam report. Hari-hari nganga pun bosan jugak hampa tau! Alahaiiii, nasib badan. Layankan je~

Hopefully, next month banyak la keja nak buat. Bukan apa selain dari nak buat report at the same time dapat jugak la aku gain knowlegde & experience kan? Bila lagi kalau bukan sekarang. Betoi dak? Hehe.


p/s: Tersengguk-sengguk aku kat meja=.=

Sunday, 24 February 2013

Frog sound like kitty~

Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas aku ada tengok berita cerita pasal katak. Taktau la kalau ada yang dah tengok video ni kat YouTube. Apa yang menariknya katak ni bunyi macam anak kucing. Selalu kan bunyi "ong...Ong..ong..." Kali ni lain. Bunyi comel je. Huhu. Geram aku tengok rasa nak picit. Yang belum tengok meh tengok sini. Hehuuu~


Nama katak comel ni Namaqua Rain Frog. Nama pun dah comel. Bhaha. Katak ni boleh jumpa dekat padang pasir di Northern Cape, South Africa.
Ada yang cakap dia bunyi macam squeaky toy? Emmm tapi memang comel. Hukhuk~

Source: YouTube & Daily of the Day

Panas~

Assalamualaikum.


Macam kita tau sekarang ni memang panas kan? Aku taktau la mungkin tempat lain ada yang hujan tapi kat Kedah ni jarang hujan. Panas sampaikan bahang haba terasa waktu malam. Tak berenggang aku dengan kipas. Basuh baju pun boleh 2-3 kali sidai. Laju je kering. Ahaksss~
Kesihatan pun tak menentu. Kadang rasa nak demam. Kadang berhingus. Yela, keje masuk aircond. Balik keje kena panas. Perubahan suhu la kot. Haaa jangan banyak sangat minum minuman berais. Air masak takpe. Huhu-.-

Tapi apa pun bersyukur, mak aku cakap ni panas dunia je. Panas kat "sana" lagi dasyat. Kan? Hehe.

Thursday, 14 February 2013

14 February

Assalamualaikum.

14 February. Apa ada? Hari apa? Orang cakap hari ini hari kekasih. Yeke?????? Haha. Valentine's Day. Ehmmm. Aku rasa semua dah tau haram kita yang beragama Islam sambut hari ni. Bagi aku tak perlu ada hari kot kalau nak berkasih sayang. And don't just think love cintan cintun ni dengan girlfriend/boyfriend je. Parents, friends, siblings tuh pun boleh apa. Tak payah lah kita nak sambut. Bukan ada faedah apa pun. Jadi yang bukan-bukan adalah. Faham kan jadi apa yang bukan-bukan? Huhu semua dah besar panjang mesti boleh fikir apa.



ATAU



Sebab aku kata violent time? Sebab time ni lah kononnya hari berkasih sayang bertukar jadi hari bunuh diri, hari frust menonggeng, hari bakal buang bayi. Errr macam-macam hari lah. Lu pikir la sendiri. Huhu-.- Dah tak payah sibuk nak plan separuh mati macam mana nak sambut giler gempak punyer. Duk diam-diam makan limau CNY punya sambil tengok Upin Ipin kat rumah lagi bagus. Hiksss

Just my 2 cents. Nak terima ke tak tuh atas korang la. Takkan aku nak paksa lak. Cuma fikir mana buruk baiknya perbuatan dan perlakuan kita ni. Peace!!:)

Wednesday, 13 February 2013

Little cutie~

Assalamualaikum.

Aku sememangnya teruja bila buat post pasai depa ni. Well, sapa tak suka menatang comel ni kan? Ggrrr rasa nak picit sajor. Hikss;p

Layan la pictures ni. Saja aku kasik buat cuci mata. Sapa yang asyik stress marah-marah aku suggest tenung gambar ni lama-lama. Sampai juling. Di jamin hilang stress tension semua. Huhu~ Musti hampa akan tersengih riang sepanjang hari=.=













Source: Google

p/s: Aku memang suka bulu kucim kaler milo tuh. Mana nak cari ah? Payah betul nak jumpa kaler macam ni. Huhu

Nak tengok lagi pasal kucin? Meh klik bawah ni :)

Wednesday, 6 February 2013

Friday, 1 February 2013

DIY: Khemah Kucin~

Assalamualaikum.

Lama tak online. Alasan biasalah busy mengalahkan ketua kampung. Muahaha~
Aku takde pape nk story, just nak share picture yang aku jumpa tadi. Sangat sesuai untuk pencinta haiwan especially kucin~ :3




Source: Facebook

Kreatip tak? Hehe pasni bulih try di rumah ye kawan-kawan. Free je. Wahaha~ Pasti kucinku tersenyum gembira bila nampak "hotel" camni. Hehuu!!