Sunday, 30 June 2013

Bedroom decoration.

Assalamualaikum.

Buka Google saja nak tengok decoration bilik tidur. Mana la nak tau boleh apply dalam bilik tidur kecil aku nanti. Huhu. Buka je kagum tengok bilik tidur yang dihias cun melecun! Pastu mula lah berangan² nak hias bilik tidur macam ni. Meh layan~ 










Source: Google

Aku suka yang hiasan glow in the dark tuh! Menarik giler. Hehe. Lagi satu aku suka deco bilik tidur Bella Swan dalam cerita Twilight. Siap ada lampu kelip² comel lagi. Wahaha verangan!!:P

Wednesday, 26 June 2013

Saturday, 22 June 2013

Kena sedar diri.

Assalamualaikum.

Keperluan. Kehendak. 
Kadang² kehendak itu yang melebihi keperluan.
Sampai lupa diri. Untuk apa? Kepuasan diri? Menunjuk-nunjuk kah?
Akibatnya, bila dah melebihi bajet mulalah bising². Duit tak cukup. Merungut saja tau.
Salah siapa? Bila membeli tak ingat. Tak sedar diri. Ha, merana lah menanti.

Nasihat aku. Tak salah nak berbelanja.
Tengok lah bajet tu. 
Kalau ada lebih boleh la nak penuhi kehendak tu sekali sekala.
Tapi kalau dah rasa tak mampu. Beli lah ikut keperluan kita. Asalkan boleh guna, tak mendatangkan masalah apa salahnya. 
Barang tak branded? Itu tolak #2. Yang penting berkualiti.
Bukan mati pun pakai barang tak branded. 
Kadang² kena fikir untuk diri sendiri juga. 
Jangan ikut nafsu masa berbelanja.

Sebab itu aku kata "Kita kena sedar diri".

Friday, 21 June 2013

Halal dan haram.

Diceritakan oleh Imam Muda Asyraf :


Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tp harus sedar diri. Tak cukup inci. 

Satu peristiwa yg membuatkan saya begitu kagum dgn seorang brader yg sy temui di surau KLIA.

Dlm salah satu harinya, sy solat di surau trsebut. Kemudian sy berselisih dgn seorang brader yg keluar dr surau dgn memakai kopiah. Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika sy pergi ke rak buku di surau tersebut, sy terlihat tergantungnya beberapa kopiah yg seakan2 menyamai kopiah yg dipakai brader sebentar td. Dlm hati sy terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"...

Namun, sy cuba perbetulkan sangkaan sy. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.

Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika sy di KLIA utk menyambut sedara pulang dr umrah, sy dipertemukan sekali lg dgn brader berkopiah yg sama dgn brader kelmarinnya. Sy tidak pasti, adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan. Yg pasti sy bkn ahli "dua alam".

Sy terus menyapa beliau. "Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?" Jawab beliau, "Sy tinggal di Batang Kali Selangor. Sy dtg sini sebab kelmarin sy terlupa. Bila sy solat, sy pakai kopiah surau. Lepas tu terlupa nk pulangkan semula. Sebab tu sy dtg sini nk pulangkan semula"...

Terkejut biawak sy dibuatnya. Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA. Jaraknya dari Batang Kali ke KLIA dalam 103 KM menurut google maps. Dahla brader tu dtg semula ke KLIA naik motor shj. Beliau sanggup bawa motor berpuluh² kilometer utk sekadar memulangkan kopiah cabuk yg diambil tanpa sedar. 

Inilah contoh brader yg beriman. Dia tahu itu bukan miliknya. 

Benarlah org yg beriman ia tak pernah tergugat utk mengambil harta yg haram. Walaupun ia bernilai 10sen sekalipun.

Itulah perbandingan org yg beriman. Krn persoalan halal dan haram, seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yg bkn haknya, walau sebesar kopiah sekalipun. Berbanding org yg jauh dr keimanan. Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yg diambil haknya org lain bernilai jutaan ringgit sekalipun.

Ya Allah, jadikan kami insan yg warak.. Insan yg 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan...


p/s: Aku copy dan share cerita ni dari Facebook. Moga bermanfaat untuk kita jadikan iktibar, InsyaAllah^_^

Wednesday, 19 June 2013

Saturday, 15 June 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.

Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Tempe? Segelas susu?

Assalamualaikum.

Saper tadi tengok berita kat TV9? Mihmih Berita yang bagi aku agak menarik. Pasal tempe. Wah² nak jual tempe kah aku ni? Tidak leeee~ Aku tak ingat university mana yang buat kajian ni. UPM or UKM huh? 

Kajian mengatakan tempe mempunyai khasiat bersamaan dengan segelas susu. Jumlah kalsium yang ada dalam tempe ni tinggi. So, kira bagus la siapa yang selalu makan tempe ni. Untuk kanak² pun bagus sebab boleh membantu menguatkan tulang. *If I'm not mistaken. 

Cuba tengok pula orang² Jawa, kebanyakkan dari mereka ni sihat², jangka hayat pun panjang *Haruslah dengan izin Allah. Salah satu faktor adalah disebabkan oleh faktor permakanan mereka la. Suka makan tempe? Bagusssss² ^__^

Ha pasni boleh la jadikan tempe sebagai makanan wajib korang. Boleh pelbagai lagi tau masakan tempe ni. Google je resipi semua ada punyerr! Hihi bagi yang tak suka minum susu, mohon kunyuh tempe banyak² pasni. Berkhasiat gitu tau! Huhu~

Source: Google
p/s: Nak awet muda dan sihat makanlah tempe. Sedap & murah! Mihmih^^

Monday, 10 June 2013

Pau panas~

Assalamualaikum.

Sejak semalam hujan turun sampai petang tadi. Suka sangat sebab hujan turun!! Hiksss bila hujan mula la perut ni lapar macam². Pastu kepala otak ni memikirkan macam² la nak makan. Sejuk²  ni kan best dapat makan pau panas². Suka giler aku dengan pau ni. Haha lagi² pau ayam! Ohseeemmm:D



Konon diet tapi teringin nak makan macam². Hihi :P Hampa suka pau? Meh nak belanja. Wakaka~

Thursday, 6 June 2013

Sperma Cinta, Sperma Cinta 2.0: Sengih Kerang, Psiko

Assalamualaikum.

Takde idea so saja gatai² nak buat review buku yang aku baca. Buku pun dah lama baca baru sekarang gatai aku nak buat review kan? Tskk. Nampak kelembapan kemalasan aku disitu-_-

 



 Sperma Cinta
Bagi aku buku ni best sangat. Sebab lawak giler. Serious!! Tergelak² aku baca. Aku agak la, cerita ni berkisar pasal kehidupan yang berlaku dalam hidup penulis. Time beliau kecik². Best sangat. Dengan bahasa yang sempoi bersahaja boleh la kalau nak rileks release stress boleh la hambik baca. Highly recommended. 
Rating: 

 Sperma Cinta 2.0: Sengih Kerang
Kalau nak dibuat perbandingan dengan Sperma Cinta 1.0, ni lawak la jugak tapi tak menyegat sangat macam yang #1. Aku lebih suka lawak yang #1. Sama jugak jalan cerita berkisar pasal kehidupan penulis time beliau dah besar². 
Rating: 

 Psiko
Mengisahkan kehidupan 2 orang gadis. Bella dan Rebecca. Bagi aku buku ni memang psiko. Hehe sebab cerita mengenai pembunuhan kejam. Cara penyampaian pembunuhan tuh buat aku berair mulut. Terbayang ke-ngerian tu. Aku mula tu confius gak cerita ni tapi yang aku simpulkan dari teori aku sendiri pembunuh tu jenis kanibal. Orang makan orang. Ha! Siapa yang suka darah², bunuh² di rekomenkan baca buku ni. Hehe.
Rating: 

Itu saja. Nak tau lebih sila beli. Kahkah. Aku nak review buat karang ayat bunga², puitis aku tak pandai. Lemah karangan. Ini je aku termampu katakan di entry ni. Hukhuk~

Sunday, 2 June 2013

Lawak Kampus is 10th years!!

Assalamualaikum.

Lawak Kampus. 

Sila jerit kuat² kalau kau suka baca komik giler ni. Dah 10 tahun aku membaca. Konon². Since 2003. Hehe. 

Walaupun rasa macam dah lambat aku buat entry ni tapi sebagai kipas-susah-mati komik GEMPAK, masti hampa tau kan pasal Lawak Kampus comic strips ni. Lawak dia kadang² buat housemate aku terkebil-kebil pandang aku. Gelak giler² sewel. Mau orang tak pandang pelik. Hmphhh-_-'

Actually, aku ada beli the latest punya Lawak Kampus: Friends Edition. Barulah terperasan di situ yang Lawak Kampus dah 10 tahun bertapak menggeletek perut aku. The 10th anniversary. Memang favorite comic aku di dunia ni lah kira. Mihmih:3

Aku paling suka watak Aditas dengan abang dia. Haha taktau lah kenapa. 





Korang suka watak mana?^^