Tuesday, 31 December 2013

The Wedding Breaker || Arianna Rose


Saja nak tulis pasal drama TV3 yang baru tayang semalam, Arianna Rose. Hangat sangat topik ni orang duk bercerita. Haha pasni melangut lagi la ku depan tv lepas balik kerja. Pengaruh tv orang kata. Haha *padahal diri sendiri tergedik-gedik nak tengok. 

Diadaptasi dari novel The Wedding Breaker memang rugi rasa kalau tak tengok. *Over kan?-_- Haha bukan apa, novel ni bagi aku cukup tip top! Aku ni bukan jenis yang suka sangat baca novel tapi bila baca je kat blog penulis TWB ni aku rasa pehh!! I must buy this novel. Sanggup woo ku beli online sebab Popular dekat area rumah aku takda lagi buku ni dijual time tu. Kehkeh nampak tak betapa bersungguhnya aku? :D

Hopefully drama Arianna Rose semantap novel TWB! Lakonan tu yang penting. Mihmih;3
Ok petang ni duk melangut lagi. Hoyeahh! ^^


p/s: Pasaipa pelakon Arianna Rose hemsem-hemsem sangat nih!! Aihh!! T_T

Entry Terakhir 2013


Kurang dari 24 jam, kita akan menyambut tahun baru 2014. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis, suka dan duka, perjalanan hidup yang berlaku sepanjang tahun 2013.

Tahun 2013 yang banyak memori.
Perjalanan sebagai internship student melalui saat indah di hari Konvokesyen aku, seterusnya menjadi job hunter selama 6 bulan dan akhirnya dapat diterima bekerja.
Itu cerita-ceita yang memberi impak besar dalam hidup aku.
Belum dikira lagi cerita-cerita lain yang menghiasi hari-hari aku.
Such a wonderful moment in my life.
Semua perasaan bercampur-baur menjadi satu.

Bermula esok, lembaran buku baru, 365 halaman akan dibuka.
Apa pulak perjalanan hidup aku?
Cerita apa pula yang bakal ku reka?
Yang aku harap cuma biarlah cerita-cerita membahagiakan yang ditulis dalam buku baru.
Tapi sebagai hambaNya aku hanya merancang, Allah yang menentukan semuanya.

Dengan azam baru, semangat baru harapnya aku bersedia menempuhi apa saja ujian & halangan yang mendatang.
Amin.

Source: We Heart It

Sunday, 29 December 2013

My bad day

Perkara yang aku takut berlaku akhirnya jadi jugak kat aku. Mungkin ada hikmah tapi sampai sekarang agak fobia & teringat-ingat. Nanti ye aku cerita. Sometimes rasa macam mimpi je. Huhu I will never ever forget this day Friday, 27 December 2013.  Ngeri rasa! TT_TT

Segmen Azam Blog 2014 by HBP




Klik banner untuk join! >.<


Friday, 27 December 2013

Masa~


Masa,
Kadang terasa cepat sangat.
Kadang terasa lambat berdetik.
Bergantung.
Bila buat sesuatu yang kita suka, terasa masa 
mencemburui kita.
Tapi bila kita menanti mahupun menunggu, hanya Allah 
je yang tau betapa lambatnya masa bergerak.

Tapi hakikatnya masa bergerak semakin pantas.
Tak menunggu kita.
Siapa yang terleka maka ketinggalanlah dia.

Demi masa!
Sesungguhnya manusia kerugian.
Melainkan yang beriman dan beramal soleh.

Makanya, gunakanlah kesempatan yang diberikan.
Penuhilah masa kita dengan sesuatu yang berfaedah 
dan yang membawa seribu makna kepada kita.
Masa tak boleh diputar kembali. 
Lakukan yang terbaik agar kita tak menyesal kemudian 
hari.

MASA.
Makin dikejar makin laju masa berdetik.
Makin terleka makin jauh kita ditinggalkan.

Source: Google
Apakah yang paling jauh meninggalkan mu?

Wednesday, 25 December 2013

Awan jahat~


Aku ni jenis pesen kuat berimaginasi la jugak. Kadang² sampai tahap tak logik dek akal pun ada tapi lantaklah. Haha dah aku suka. Boleh dapat idea gak nak taip & post netry. At least takde la sunyi sepi blog ni. Huhu kan~

Kali ni aku nak cerita pasal AWAN~ Yeahh aku suka tengok awan dan langit yang biru. Tenang je kan? Hikhsss tengok header aku dah la. Awan² comel sekononnya~ Tapi bila tengok awan gelap tambah² bila hujan lebat nak turun aku jadi takut gak.

Pernah terbaca kat blog pasal awan membentuk macam² rupa, pasal awan bentuk ombak besar la takut rasa kan? Pastu mula la otak imaginasi yang bukan². Selalunya awan jahat la. Tau awan jahat? Jap lagi aku tunjuk. Mungkin effect tengok kartun banyak sangat kot-_-


Langit & awan real~





Imaginasi aku~ -_-


Huhu macam budak² kan? ^_^

#47 Wordless Wednesday




Cuti hari ni nak rehat je kat rumah. Korang pergi mana?

Segmen : Jom Blogwalking



Jom join. 
#tarikh tamat segmen pada 10 Januari 2014, 11.59pm

Aku dengar dia sebut 'Jingle Bell' je~


Semalam kawan office aku bagi video ni through email. Aku takleh view. Biasalah kena block bagai.
So tadi buka, eh? Haha aku gelak sorang². Comel giler video. Sempena Hari Natal rupanya.
Lagu tu yang buat aku tergelak~ Huhu Rasanya video dari Nickelodeon kot. 

video




Jom tolong click sini:

Rokok haram spt jenama John memang diseludup oleh sindiket jenayah. Berhentilah menyokong penjenayah! (LINK)


The life you've always wanted is right here. Find out how you can #LiveLifeAmplified now! (LINK)

Dah click bagitau ye. Nanti aku balas click² juga^^

Monday, 23 December 2013

Wild Wild West Dinner at Hard Rock Hotel, Penang


Ini cerita malam Sabtu lepas. Tempat kerja aku buat dinner di Hard Rock Hotel, Penang. So, aku pun kejakunan la jugak. Belum pernah sampai situ lagi. Haha kesian sungguh.
Tema yang depa buat kali ni adalah Wild Wild West. Ala-ala cowboy cowgirl gitu. Hehe.
Nak kata aku dress up gila-gila macam cowgirl sebijik takdak la. Biasa-biasa je tapi warna tema koboi yang color koko tu memang ada dari  tudung sampai la ke kasut. Bayangkan manusia koko berjalan. Err merapu abaikan-_-

Cowgirl & cowgirl. 
Jangan cari pasal kalau tanak kena libas!!
 Kahkah verangan~ 

Ok la, aku enjoy masa dinner tu. Walaupun aku minum ayaq oren bergelas-gelas tapi aku gembira. Haha. *Yela depa yang lain kan minum ayaq 'teh' haram bagi umat Islam. Makan? Frankly speaking, makan tak memuaskan. Ada dish yang bila makan rasa macam lori garam terbalik, ada dish pulak yang tetiba makan rasa makan nak dapat kencing manis. Keseluruhannya bagi makanan aku hanya bagi 3 bintang dari 100 bintang. Keji kan aku? Biar. Haha. Mungkin chef di situ terlalu gementar sebab ada koboi yang datang nak makan masakan beliau. Merapu lagi, abaikan-_-

Malam tu jugak aku memang tak bertuah. Haha sebab tak dapat apa-apa cabutan hadiah lansung. Memang tak puas hati tapi nak buat macam mana. Memang bukan rezeki kot tapi hadiah tu memang geram la kalau tak dapat. Ipad Air kot! Grrr. Takpa la. *Hang redha jela perempuan oii. Nanti taruh duit pi beli sendiri.

p/s: Jalan-jalan malam area Batu Feringgi tu best jugak ye. Meriah! ^^

BRIM 3.0 2014


Tengok ramai dah yang duk isi BRIM 3.0. Teruja rasa nak isi jugak. First time ni aku nak isi BRIM. Maklumlah sebelum ni kan bergelar student. Dapat baucer buku. Tapi bila dah bekerja ni, apply BRIM untuk orang bujang pulak. Hehe. Jom isi ramai-ramai. InsyaAllah, rezeki la kalau dapat kan:)

Nak isi? Boleh click sini (LINK)

*Jangan lupa yang first timer macam aku ni sila baca Panduan Mengisi sebelum isi ok.
*Yang first time nak isi boleh click Permohonan Baru.
*Bagi yang dah pernah isi atau mahu kemaskini boleh la click Kemaskini Permohonan BRIM 2.0

Lagi satu kena tengok juga Syarat-syarat Kelayakan Permohonan BRIM 2014. Ada tertera di halaman utama website BRIM.

Lepas tu isi je butir-butir peribadi kita. Simple sangat step nak isi borang ni.


Aku dah isi. Anda bila lagi? Hehe

Bodoh sombong.




Sentap kalau orang gelar kau 'BODOH SOMBONG'?
Kasar kan bahasa? Maaf.
Tapi mungkin ayat sentap ni la yang sesuai untuk kau.

Kau berlagak.
Kau cakap macam semua benda kau tahu.
Kau taknak terima pendapat orang.
Kau cakap main serbu.
Kau buat tak fikir.
Kau rasa kau saja yang betul, orang lain semua salah.
Kau takdak budi bahasa.
Kau kurang ajar.
Kau sentap lagi?
Biar.

Hakikatnya,
Kau taktau apa-apa.
Kau cuma pura-pura tau segala.
Dan aku rasa tanpa bantuan orang-orang macam kami,
Aku rasa kau takkan boleh berdiri ditahap kau sekarang.
Sebab kau taktau apa-apa.

Tolonglah. 
Cakap berdegar-degar.
Kau hebat, kau awesome.
Padahal di mata kami.
Kau hanya tin kosong.
Bunyi je kuat tapi takda apa-apa.

Kesian kan?
Aku kesian orang macam kau.

Friday, 20 December 2013

Pilih

Pilihan.

Bila diberi 2 pilihan atau lebih untuk membuat 
keputusan, mungkin sukar bagi kita.
Tambah pula keputusan yang dipilih bagai ditelan 
mati emak, diluah mati bapak.
Menggerutu otak berfikir. Serba salah.

Tapi pilihan HARUS dilakukan!
Dalam hidup ni, kita memang sentiasa harus memilih.
Menentukan perjalanan hidup kita.

Pilih kau mahu yang mana.
Mahu jadi jahat atau baik?
Nak hitam atau putih?
Siang atau malam?
Iman atau nafsu?
Tak kira la apa pilihan kau.
Pilih baik-baik.
Sebab konklusinya dari pilihan kau.

Tak bermakna pilih hitam selamanya hitam.
Dan tak bermakna pilih baik kekal baik.
Memang kau yang merancang.
Segala plot dan jalan cerita semua atas pilihan kau, 
tapi kena ingat Dia yang menentukannya.
Macam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.
Yang kita sendiri tak terjangka.

Jadi,
Apa pilihan kau?

Source: Google

Salam Jumaat :)



Thursday, 19 December 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com




Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wednesday, 18 December 2013

Mohon Jasa Kalian: Blogger Prihatin || 3 Ribu Telekung Diperlukan


Aku dapat info ni dari blog Bicara Mak Dara (LINK). Project Prihatin yang memerlukan 3K telekung untuk diberikan kepada mangsa banjir di kawasan Pantai Timur. Aku war-warkan pesanan ni dan siapa-siapa yang nak sebarkan pesanan ini amatlah dialukan. Bersama-sama kita bantu mangsa banjir ni. InsyaAllah sekurang-kurangkan bebanan mereka dapat diringankan.

Berikut info yang aku dapat dari blog Bicara Mak Dara.:

Facebook (LINK)
Untuk pengetahuan juga, tempoh yang diberikan untuk mengumpul telekung ini adalah dalam masa seminggu sahaja bermula 16-23 December 2013.

Dan Mak Dara serta rakan blogger beliau turut membuat kutipan telekung pada 19 December 2013. Untuk keterangan lebih details korang boleh tengok kat blog Bicara Mak Dara. (LINK)

Sama-sama kita bantu usaha murni mereka. Sekiranya tak mampu nak bantu dari segi kewangan atau harta benda kita boleh sebarkan mesej ni kepada orang ramai.

#46 Wordless Wednesday

Source: We Heart It

Do what you love to do and ignore what people think about you.
Live your life!! :)

#45 Wordless Wednesday

Source: We Heart It

Less Negativity More Positively :)

Tuesday, 17 December 2013

Menipu


Menipu. Berdosa menipu.
Semua orang dah tau yang tu.
Tapi kenapa ada yang suka menipu.
Kenapa? Tambah-tambah pula menipu demi kepentingan sendiri.
Menipu di atas kesulitan orang lain untuk kebahagian diri sendiri.
Zalim namanya tu.

Ada yang menipu untuk lari dari tanggungjawab.
Ada yang menipu sebab nak penuhi kehendak sendiri.
Ada yang menipu kerana terdesak dengan kesukaran hidup.
Ada yang menipu untuk menyembunyikan sesuatu.
Ada yang menipu demi kebaikan orang lain.

Pokoknya, MENIPU.

Katakan yang benar biarpun pahit untuk ditelan.
Sebabnya? Bila penipuan terbongkar, sakitnya lebih teruk daripada menelan pahitnya kebenaran.
Pilihan. Mau sakit yang melekat dalam hati selamanya atau pahit yang sementara tapi akhirnya gembira.

Jangan menipu.
Sekali menipu orang akan hilang kepercayaan.
Sudahnya siapa yang merana?

Pernah dengar cerita pengembala biri-biri dan serigala?
Pernah dengar 'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri'.
Pernah baca 'trust like a vase, once broken it will never can be fixed'.
Pernahkah?

Fikir. Kenapa kita yang dewasa yang boleh menilai mana baik buruk tergamak menipu? Allah bagi otak siap pakej dengan akal. Guna, jangan sampai nikmat diambil balik.

Fikir dan fikir.
Kenapa kau perlu menipu?

Monday, 16 December 2013

Kucing dan cuaca


Source: Facebook

Kucing hampa macam ni dak?
Kucing aku sebiji macam last picture tu. Tidur terlentang di waktu panas terik. Aishhh pergi dekat depa then rub their belly!! Auwww cute sungguh engkau mime!! -_-'

Malu bertanya sesat jalan. Tapi....................


Selalu duk dengar pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Jangan malu bertanya jika kita tak tahu atau kita ragu-ragu tentang sesuatu. Tambah-tambah kita budak baru, mesti la banyak yang kita tak tahu so kenalah banyak bertanya. Lagi better dari terus buat pandai, berlagak macam tahu semua padahal kosong kan? Betul kan?

Tapi permasalahan disini adalah, kadang-kadang bila kita tanya kita pulak kena sembur balik. Faham maksud aku? Kita tak tahu, kita tanya tapi lastly kita pulak kena marah sebab tak tahu. Omaigaddd!!
Menyirap je darah kan? Sebab aku tak tahu la aku tanya kan. Kalau aku tahu tak perlu susah-susah aku nak buka mulut membazir air liur tanya.

Hishh tak faham dengan orang macam ni. Ikut mood depa saja. Mood aku ni sapa nak ambil tau? Tau dak kita kalau asyik marah-marah orang akan benci kat kita. "Eh peduli apa orang nak benci ke tak? Bukan depa yang bagi aku makan!!" Betul! Bukan depa yang kasi hang makan. Tapi hang kena ingat, bila orang marah kat kita, orang akan cakap yang bukan-bukan pasal kita. Maki kita, menyumpah kita. Dan percakapan itu satu doa. Cuba fikir la, orang doa yang tak baik untuk kita. Suka ke?

Moral of story, apa salahnya cakap elok-elok. Takda lagi dalam sejarah manusia orang tu akan mati bila dia cakap baik-baik. Takda! Bila orang tanya tu, jelaskan baik-baik. Susah sangat ke? Tak payah nak sindir bagai, nak perli bagai. Orang tu budak baru, memang la zero experience. Mana ada orang takda experience kerja-kerja terus pandai genius tahap CEO. Takda. Jangan ingat kita expert dalam sesuatu bidang kita dah terror giler. Jangan perasan sebab ada lagi makhluk Allah yang lebih hebat dari kita. Sekian.

Source: Google

p/s:Panjang berjela entry aku. Kahkah. Budak baru tu aku. Perghhh!!-_-

Tak keruan konon~


Tetiba,

Kadang-kadang,


Tak tentu pasal,



 Motif pertukaran emosi mendadak?



Maaf, emosi aku kurang stabil. Kahkah! 

p/s: Selamat Bertunang dan Selamat Pengantin Baru kepada kawan² sekalian. Tahniah. Jangan tanya bila turn aku. Kahkah. Aku percaya Allah dah tetapkan jodoh kita. Cepat atau lambat sama² kita berdoa. InsyaAllah :)