Thursday, 30 January 2014

Respect


Minggu yang busy. Nak buka blog menaip sepatah dua pun tak sempat Hehe. 

Zaman sekarang ini kalau kita tengok sekarang, macam jadi 1 trend bila mana segala ekspresi, tak puas hati, pandangan selalu diluahkan melalui laman sosial. Banyak sgt! Kan?

Sampaikan kadang kala aku rasakan macam manusia sekarang dah tak banyak bercakap. Yela, nak cakap apanya. Semua main taip status then POST! Semua orang boleh baca. Yang status happy² ok la. Tapi tang status maki² tak boleh belah. Then masuk pulak batu api. Lagi terbakar la. Ukhuwah yang terjalin pun boleh putus di tengah jalan. Fehhh ayat aku~

Bila dah bergaduh di laman sosial ni macam² la ayat yang keluar. Sampaikan hilang adab. Hilang rasa hormat. Hilang semua nilai kemanusiaan. Kenapa? Semua nak jadi keyboard warrior. Pantas menaip mematahkan pandangan orang lain.

Satu contoh aku bagi. Ini dari kisah benar punya. Student boleh pulak cakap lebih kurang dengan lecturer. Dalam bahasa kasarnya, KURANG HAJAQQQ!! Segalanya yang orang buat si polan ni akan condemn. Ada je yang dia tak suka, tak puas hati. Konon bajet dia la Mr. Perfect. Dan bila ada lecturer tegur dia sebab aggressive sangat mengondem orang dengan kurang hajaqqqnya dia cakap lebih kurang je dengan lecturer tu. Aku yang baca pun bengang.:face3:  Zaman sekarang cikgu dah tak boleh tegur student. Berdosa besar. 

So aku simpulkan, budak tadi tu bodoh. *Maaf kedengaran kasar. Sebab kalau dia pandai dia takkan cakap macam tu dengan cikgu dia. Orang bodoh mana boleh ajar. Dia takkan pakai punya pandangan orang lain. Kan? So, biar dia dengan dunia 'kebenarannya'. Aku cerita ni bukan nak mengaibkan siapa-siapa cuma jadikan perkongsian ini pengajaran.

Panjang lebar aku cakap. Di situ dah nampak, rasa hormat tu macam dah makin lama makin hilang. Sedih kan? So sila sedar diri. Hehe *Untuk aku jugak!  

Kalau nak orang hormatkan kita, sepatutnya kita belajar dulu hormatkan orang. Simple rule:1:

Source: Google

Monday, 27 January 2014

Hukum~

Manusia.
Sering berubah-ubah.
Berhijrah. 
Menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Mahu buang kisah lama.
Yang barangkali tiada putihnya.

Tapi,
Kenapa manusia lain cepat sekali menghukum?
Menghukum atas dosa-dosa dahulu.
Bukankah itu kerja Tuhan.
Sempurnakah kalian sampaikan kalian mencemuh orang yang mahu berubah?
Baginya, 
Orang yang mahu berubah menjadi baik itu lebih mulia dari kalian.
Dia sedar akan khilafnya sebelum ini.
Daripada kalian yang hanya tau mencebik bibir. 
Membuat muka. Menunjuk benci.

Beginikah cara kalian yang konon sempurna melayan orang yang mahu berubah ke fasa baru?

Kita cepat sangat menjatuhkan hukum.
Yang jahat kekal jahat sampai mati.
Yang masa lalunya penuh dosa dan noda tak layak mendapat kemaafan.
Siapa kalian mahu menilai?

Dia tak perlukan kemaafan kalian.
Dia juga tak perlukan pandangan kalian.
Tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah sokongan kalian.

Bagi dia
apa yang diinginkannya adalah
kemaafan dan pengampunan dari Dia.

Dari Pencipta dirinya.

Itu sudah cukup. 
Ya,
Lebih dari cukup sebenarnya.

Saturday, 25 January 2014

Limau ooo limau~


Kalau nak tau buah limau salah satu daripada favorite buah-buahan aku. Kehkeh. Pasal apa aku bulan tersenyum lebar pada bulan ni? Sebab seperti sedia maklum CNY tak lama lagi dan buah limau ni jadi salah satu perkara penting yang wajib ada masa CNY. Haha so bulan ni peruntukan duit untuk beli buah-buahan takdak. Nak beli apa lagi kalau dah dapat berkoyan-koyan limau dari jiran dan officemates. 
Jangan membazir, makan je apa yag ada. Huhu~

Mak kata ni dapat dari jenjiran semalam. Ohsemmm ! :face18:

Nak limau~ Nak limau~ Herher :12:

Thursday, 23 January 2014

Tissue please!


Hari ni aku ambil cuti. Demam kononnya. Huhu memang pun. Ni pun dah lega sikit. Esok boleh masuk office macam biasa.

Punca dari selsema membawa ke demam selsema. Seksanya selsema ni. Hilang segala deria rasa. Makan nasi, makan siakap 3 rasa, makan tom yam, makan sambal udang petai semua takda rasa. Tau makan dan kenyang je. Taktau apa rasa semua makanan tu. Haha sadisss betul. TT_TT

Nak bernafas pulak susah amat. Ketat hidung. Faham-faham je lah bila selsema. Memang tak boleh beranggang dengan minyak cap kapak dan TISU. Itu yang penting. Haha. Dah berpuluh-puluh packet tisu aku pakai. 

Apa pun jaga kesihatan elok-elok ok. Jangan selsema macam aku. Sekarang pulak cuaca tak menentu, senang je nak berjangkit penyakit ni. 


Monday, 20 January 2014

Kosong~~


Hari ni lewat aku update. Kehkeh. Tadak idea. Plus hari ni cuti ganti sempena Keputeraan Sultan Kedah semalam. Jadi bermalas-malasan di rumah rehatkan diri. 

Doodle pun lemah je nampak. Haha tu tandanya memang takdak modal. Tengah mandi, tengah makan, tengah solat macam-macam idea yang berlegar-legar dalam otak ni. Bila mana duduk depan laptop, start nak menaip, start nak men-doodle semua hilang. Kosong lagi blur. Haishhh~ Huhu

Sunday, 19 January 2014

1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah



Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan



Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Kehilangan


Pedih.
Sedih.
Bila kita kehilangan apa yang kita sangat sayangi.
Pergi buat selamanya.

Ambil masa.
Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus~ *panjang
Sesak rasa dada.
Bergenang tubir mata.
Tahan. 
Jangan biar kaca jernih jatuh berderai.

Jangan kau ungkit.
Pura-pura kuat luarannya.
Tenang seolah terima dengan redha.

Tapi hakikatnya,
Aku lemah.
Hati aku menangis.
Biar aku saja yang tahu.

Kehilangan.
Ya, aku kesedihan.

Saturday, 18 January 2014

Happiness is.............


Source: Facebook
It is something you can't bought even you're millionaire. ^^

p/s: Main tepek-tepek gambar je. Busy sikit plus takda idea. Hehe :P

Friday, 17 January 2014

Ragam


Manusia.
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Kan?
Sebab hati lain-lain tu lah,
Lahir pula macam-macam ragam.
1001 hal!

Pening wooo~
Eh, sebab apa pulak aku nak pening.
Sebagai pekerja level banana,
Aku terpaksa hadap ragam senior,
ragam manager, ragam senior manager dan ke atas.
Tambah pulak kerja macam aku yang kena banyak komunikasi dengan mereka ni. 

Seorang buat kerja stail kelam kabut.
Seorang lagi rileks memanjang.
Seorang pulak bila tanya apa-apa semua dia taktau.
Yang lagi seorang memang workaholic. Sampai tanya apa pun taknak jawab-_-
Yang seorang lagi cool habis.

Mereka ni sebenarnya baik.
Cuma macam-macam kerenah je. 

Cuba la hang pergi tanya mana-mana customer service.
Suruh depa cerita pasal experience dengan customer.
Mesti hang akan tergelak.
Kadang-kadang aku rasa macam cerita tak logik tapi itulah realiti yang berlaku.

Macam-macam ragam.
Diri kita sendiri pun sebenarnya banyak ragam.
Tapi bagi aku itulah pewarna dalam perjalanan hidup kita.

Tak gitu?


Nota:
~ banana -  baru nak naik


Muntah tengok gambaq ni. Pening @_@
Source: Google

Thursday, 16 January 2014

Gossip~



Ini bukan drama Gossip Girl ok.
Ini gossip in the real life punya.
Mengumpat. Tak baik oh mengumpat.
Umpama kau makan darah daging sendiri. Nak?
Ok dah. Aku bukan nak cerita bab tu.
Yang tu semua orang tau. Mengumpat tu dosa!
Aku tak payah nak explain panjang-panjang.

Yang aku nak cerita ni, pasal mengumpat jugak.
Dalam office aku ni kuat mengumpat juga.
Aku ingatkan 'dorang' ni tak mengumpat.
Sebab selalu disogokkan 'depa' ni suka tolong sesama sendiri.
Haha rupanya sama je. Kalau dah manusia tu memang sama jela. Tak kira bangsa. Tak kira warna kulit.
Asalkan kau ada mulut ditambah dengan kemahiran bercakap dicampur bersama berita sensasi itu dah cukup untuk kau buat sesi anyaman ketupat.
Oh ya! Dan mereka serta aku adalah perempuan.
Perempuan banyak buat sesi ni. Tapi aku tak kata lelaki tak buat. Ada. Hehe.

Bergossip tak kira masa.
Siap bisik-bisik bagai.
Even aku tak faham tapi dari bahasa tubuh 'depa' sudah cukup aku mengerti.
Kehkeh. *Konon kau pakar bahasa tubuh ke pompuan!!
Dan selalunya aku tak ambil port sangat.
Cuma kadang-kadang aku gelak sorang-sorang jugak tengok gaya depa.
Kalut semacam. Nak gossip pun kalut-kalut.
Haha.

So, kesimpulannya mengumpat tak baik. Kau jangan kerap sangat mengumpat. Aku? Yela nasihat untuk aku sekali la. Mihmih;3

Eh jap. Gosip dengan mengumpat tu sama ke? 
Haha lantak la.

Source: Google


Wednesday, 15 January 2014

#49 Wordless Wednesday



Too much number. Too much model.
Too much to think. Too much work.

I'm too much tired. =,=

Monday, 13 January 2014

Monday blues~ Again.



Cuti je lama-lama datang la kan penyakit biru ni. Haishhh malas betul kan perempuan ni. Haha.
Kepada yang masuk bekerja hari ni, selamat bekerja! Chill tau! Jangan jadi macam aku ni. Mihmih ;3 
Pagi-pagi dah lemau. 

Set minda. Positif. Positif. ^^

Saturday, 11 January 2014

Cabutan bertuah: Faber Castell Stationery~


Sebelum ni akau ada pernah story pasal dinner company kan? Dalam 3 minggu lepas~ Hehe lama dah tu-_-
Cerita pasal cabutan bertuah bagai. Aku pun dapat gak cabutan bertuah. Cumanya dorang bagi masa balik kilang sebab ada balance hadiah. So, kiranya semua yang attend dinner tu dapat hadiah cabutan bertuah. Bezanya tempat kasik hadiah je tak sama. 

Aku dapat apa? Set stationary  Faber Castell dengan baucer AEON RM30. Memula dapat macam eh? Ini je dapat. Orang lain dapat cerek, oven bagai. *Sebenarnya ada bias di situ. Tapi bila fikir emmm terima jelah. Haha aku kan suka melukis kaler-kaler bagai so kena lah tuh. Nak beli sendiri pun mustahil aku rasa. Terima je, dapat jugak dari tak dapat lansung. Nak kejar cerek, oven bagai tak payah kot. Baik aku spend duit pergi beli sendiri lagi puas hati. *Fikir positif la ni. Hehe

Hadiah ni pun dah lama dapat. Tapi sebab aku busy ni baru berkesempatan aku buka dan try guna. Haha baru keluar plastik gitu~ ^^



Mari main contiang-contiang~ Hehe

Friday, 10 January 2014

Salam Jumaat

Source: Tumblr

Alhamdulillah, masih bernafas dan masih berjalan di bumi Allah. 

Thursday, 9 January 2014

Masalah~

Klik gambar untuk tumbesaran~

Idea datang lalu aku curahkan di atas sekeping recycle paper. Masa ni free. Aku takda kerja & boring so aku lukis la dan scan. Nampak kegigihan aku di situ?

Ok, masalah. Semua orang dalam dunia ni ada masalah. Cuba komen sikit cakap "Saya tak pernah ada masalah". Meh aku nak jumpa beliau. Mohon tips hidup tanpa masalah.


Kalau tak, takda la kan lirik lagu "Troble is a friend of mine...Oh..Oh.." So, masalah ni ada kategori jugak. Kecik besaq sederhana. Setiap masalah ada macam-macam penyelesain. Face the problem and settle it. Atau biar masa yang menentukan. Atau lari sahaja dari masalah.

Ok, aku jenis spesis kalau masalah berat memang aku rasa macam nak lari. Tanak lansung fikir. Tapi selalunya tak berpeluang nak lari. Kena hadapi jugak walau sakit & payah macam mana pun. Bila dah berjaya settle rasa macam. Fuh!! Lega giler. Ringan kepala hotak aku ni. Hehe. Tapi itu masalah berkaitan dengan kerja atau pelajaran atau lain-lain.

Macam mana pulak masalah yang melibatkan hati, perasaan, limpa, jantung semua? *Ok over. Maksud aku masalah dengan orang. Tak kisah la cinta ke, saudara mara ke, tokwan ke, kawan ke? Susah sikit kan? Nak bocor rahsia ni~ Haha macam aku pernah kecewa sebab cinta. Lawak pulak rasa-.- Memang diakui, frust giler. Tension, marah, dendam, sedih. Semua ada. Ambil masa yang lama untuk rawat hati yang berdarah. *Ayat jiwang~ Tapi betul. Aku biarkan masa yang tentukan. Aku motivated diri aku. I deserved better man than him. Mungkin Allah dah reserved lelaki yang lebih baik dari dia untuk aku. Masa tu ayat tu je yang selalu berlegar dalam otak aku. Dan sekarang I'm totally forget him. And I'm happy with my life now. Walaupun agak mengambil masa untuk lupakan someone tapi nampak macam mana aku biarkan masa rawat masalah perasaan aku ni. Huhu~

So,  bersabarlah. Allah akan bantu kita. Jangan berhenti meminta dari Dia.

Lukisan kat atas tu aku lukis untuk motivate diri aku sebab ada problem kat tempat kerja. Hopefully dapat motivate korang jugak! Chill! ;)

Tuesday, 7 January 2014

Hari yang gembira~


Aku tau setiap orang yang bekerja mesti ada 1 atau 2 hari dalam sebulan yang membuatkan dia dan poketnya tersenyum. Alaa, student pun ada macam tu. 
Senyum je bila tiba hari tu. Kahkah.

Korang rasa hari apa? Hari GAJI masuk la!Kalau student pulak, hari ELAUN masuk. Haha. Hari yang duk tunggu-tunggu bila mana poket sudah kering kontang. 

Beratur je tunggu giliran kat mesin ATM. Kan? Tapi syok-syok gak, hati-hati sebab ada yang memerhati. Banyak kes bahaya kat mesin ATM sekarang ni. Haishh risau jugak~  

Takda kerja pagi tadi, lukis-lukis sat. Hehe:P

p/s: Nampak sangat takdak idea nak taip entry. Haha tapi demi memenuhi azam blog 2014, ku cuba juga!