Penyakit sekarang.... | miss fluffy


Monday 12 October 2015

Penyakit sekarang....


Zaman sekarang makin banyak sakit yang pelik-pelik.
Penyakit-penyakit ini cepat sekali menular. Teruk sangat.
Seakan-akan tiada penawar untuk mengubatinya.

Perubatan canggih sekalipun dikatakan tidak mampu merawatnya.
Tapi bagi sesiapa yang dijangkiti penyakit-penyakit ini pada peringakat awal.
Dinasihatkan supaya merawat sendiri kerana masih bolah di cegah.
Jangan tunggu sampai dah kritikal baru nak rawat.
Itu sudah terlambat.

Tahu penyakit-penyakit apa?

1. Kudis membuka aib orang
2. Kanser fitnah
3. Sawan bersangka buruk
4. Ulser menghina/mengeji orang

Ada banyak lagi. Tak larat nak senaraikan.
Sila berjaga-jaga kerana penyakit ini cepat menular seperti di media sosial.
Jadi sila persiapkan diri anda dengan antibiotik atau gel cegah kuman jika melawati media sosial.

Pesanan kesihatan ikhlas dari aku ni beb!!♥


p/s: Punyalah kering idea sampai merapu...-_-

10 comments:

  1. hahaha betul ! memang patut dibanteras penyakit macam ni. -_-

    ReplyDelete
  2. Mintak dijauhi penyakit2 yg kritikal itu.
    Seram aihh jijiji.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit-penyakit hati macam tu :)

    ReplyDelete
  4. Minta dijauhkan dari penyakit ni

    ReplyDelete
  5. penyakit hasad dengki (PHD) pun bahaya.. x boleh tgok orang lain lebih sket.. mula la dengkiii

    ReplyDelete
  6. Semoga dijauhkan dari penyakit-penyakit ini..

    ReplyDelete
  7. Memang betul..kat mana2 ada je penyakit ni kan...salam kenal..:)

    ReplyDelete
  8. semoga kita sama2 dijauhkan penyakit begini kan..=D

    ReplyDelete
  9. benda tu byk kat fb . tu sebab lbh suka lepak kat blog ...

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️