Saturday, 7 December 2013

Halal


Halal. Apa yang aku faham tentang dari segi permakanan. Bagi aku halal sesuatu makanan tu adalah tidak mengandungi bahan² yang haram seperti babi, arak dll. Dan datang dari sumber yang halal. Lain² adalah cara penyembelihan mestilah mengikut cara² penyembelihan Islam macam ayam, lembu dll.

Kenapa aku buat entry pasal ni? Macam sedia maklum aku dah bekerja dan colleague aku kebanyakkannya bukan beragama Islam. So, kadang-kadang dorang akan bawa makanan untuk share dengan kawan² office lain. Mereka juga ambil kisah pasal halal haram tapi bagi aku ada benda yang perlu kita jelaskan kepada dorang ni. Contohnya, kadang-kadang macam dorang ajak pergi lunch. Dorang cakap takpe kedai tu tak serve pork or liquor. Tapi ada sesetengah dorang tak faham kita juga ada cara penyembelihan mengikut Islam. So tak bermakna tak serve pork, makanan yang lain tu halal. Kita kena kaji jugak. Sebaiknya-baiknya menolak dengan cara elok. InsyaAllah bila kita terangkan mereka akan faham.

Ada kes lain pulak bila mereka pulang dari overseas. Banyak la bawak balik buah tangan kan. So, kadang² bawak balik makanan. Mereka selalu akan agihkan la makanan tu untuk bagi semua rasa. Tapi biasalah hati ni kadang² rasa was-was kan halal ke tak. Bila dah was² ni baik kita jangan makan. Betul tak? Bahagian kita tu takpe lah boleh bagi kat kawan² yang lain. Takda masalah.

Islam itu indah kan? Dari sekecil² sampai sebesar² perkara semua dah ada panduan. Terletak atas diri kita nak ikut atau tak. Yela bila bab makanan ni semua kita tau makanan tu akan jadi darah daging kita. So, memang wajib la kita tau sumber makanan kita tu halal ke haram kan? Bila masuk alam pekerjaan buat aku banyak berfikir.Yela, mungkin faktor perubahan environment tu. Dulu masa student lain. Sekarang dah bekerja lain pulak. 

Source: Google
p/s: Sebut pasal makanan, dah lama teringin nak makan ni!! T_T

Thursday, 5 December 2013

KL Gangster 2


Lepas aku baca entry dari sini, aku pun teringin jugak nak post video ni yang kebetulan aku tengok malam semalam. Mungkin ramai dah tengok atau belum aku taktau la. Gelak sesawan aku semalam. Hilang kejap stress tengok video dorang ni. Meh layan iKLan Gangster 2~



Sebelum ni dah dah pernah tengok iKLan Gangster lawak jugak. Ha yang belum tengok meh tengok aku letak sini.


Saper yang tengah stress, tension, tertekan, sakit hati mahupun sedang bergembira boleh layan video ni. 1 je yang mampu aku cakap, LAWAK!!!

Kipas kasi beku!

Sumpah! Muak dengan perangai si kaki kipas. Kaki bodek!
Oh please la, apa yang orang buat semua salah. Ye dia seorang je yang betul semua. Perfect! Tambah pula suka mengadu domba untuk kepentingan sendiri. Suka tengok kejatuhan orang lain kan? 

"Hang jangan sibuk! Dia bodek orang bukan kacau hang pun!!" True. Tapi pernah dengar lembu punya susu sapi dapat nama. Pernah? Orang lain yang bersusah payah handle itu ini tapi lastly orang yang tak buat apa-apa tu yang dapat untungnya. Sakit hati tak? Tanya sama hati okey;)

Sejujurnya, aku bukan cemburu. Lansung tak tapi aku rasa apa saja kejayaan yang dikecapi dari si kaki bodek bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Sebab apa? Sebab bukan atas usaha sendiri. Macam parasit, tumbuh di atas pokok tumpangan lain untuk hidup. Serap segala zat-zat dari pokok tumpangan sampai mati. Dalam definisi lain, hidup bergantungan dengan orang. Tak pandai berdikari. No offense okey! Ini pandangan aku. Pandangan yang tak boleh dijadikan rujukan lansung. Huhu. Terpulang pada diri masing-masing nak menilai macam mana.

Buat yang dibodek, maaf ye. Segala bodekan yang diberikan adakah anda rasa berbaloi diganti ke dengan penat keringat usaha orang lain hanya kerana anda suka dibodek? Tolonglah, hargai usaha orang daripada sibuk nak hargai bodekan orang. Tengok dengan mata hati baru nampak terang, jelas & nyata. Sekian. Huhu.

Source: Google

Wednesday, 4 December 2013

Tuesday, 3 December 2013

Kisses


Craving for chocolate dan kebetulan pulak Tesco ada buat promotion apa lagi aku sambar la sebungkus. Harga pun murah la. Selalu coklat ni balik dari Langkawi dapat la makan banyak² tapi memang jarang la kan nak pergi Langkawi. Takpun kirim saper² yang pergi Langkawi boleh la borong banyak sebab murah. Favorite sangat coklat ni! >.<

Nyummy!!


Seriau~


Pagi ni free sikit kat office. Tak banyak kerja lagi. Curi-curi masa sikit nak update blog. Kuikui. 
Gatai tangan nak menaip ni sebab tetiba teringat pagi semalam. Time nak pergi office. Ada accident. Alahai aku siap nampak lagi seorang lelaki *tak sure la umur dalam lingkungan berapa tapi rasanya muda lagi. Terbaring tengah jalan. Tengok tak bergerak pun. Taktau la pengsan ke apa tapi remuk teruk motor dia. Taktau berlanggar dengan apa sebab tak nampak pun kereta tersadai jahanam tepi jalan. Mungkin kecuaian dia atau ada masalah lain. Wallahu'alam.

Lepas tengok je accident tu terus insaf takmau bawak laju. Haha *insaf sekejap je-_- Ishh seriau la sangat tengok kemalangan macam tu. Minta dijauhkan la sebarang kecelakaan. Pagi-pagi kan semua rushing nak pergi kerja. Bawak laju tak ingat la. Ya Allah. Minta simpang la dijauhkan. Tak sanggup! Huhu.

So, mohon berhati-hati dijalan raya. Orang kata malang ni tak berbau. Mana-mana pun boleh jadi. Sebelum naik motor ke kereta ke baca la doa apa yang patut. Bismillah banyak-banyak minta Allah lindung. InsyaAllah. 


Kemalangan beskal-_-'
(Sumber: 9gag)