Tuesday, 19 June 2012

Erti sahabat

Assalamualaikum.


Lepas cinta-cinta, aku cakap pasal sahabat pulak. Hehe. Apa hado dengan sahabat? Macam-macam hado. Faham. Macam jenis pulak sahabat tuh. Ada BFF *macam Spongebob dengan Patrick tuh, ada Teman Tapi Mesra *sambil nyanyi, ada teman biasa, ada juga teman semasa senang ATAU susah. 
Pilih je nak yang mana. Kekeke>,<


Tapi bila nak bersahabat kadang-kadang ada caranya. Cara nak kekalkan hubungan sahabat tuh. Bukan mudah ye. Kadang-kadang hal kecil je boley gaduh. Boleh terasa. Just untuk remind diri aku sendiri, kita berkawan dengan manusia. Punya hati & perasaan. Lainlah kalau nak ikut kepala kita aje, baik kawan dengan beruang. Biar kena tamporr dengan beruang tuh. Hahaha;p


Nak kekal kawan?
1. Tolenrasi
Betul ke aku eja? Huhu tolak-ansur. Penting kan? Kadang-kadang mesti ada berbeza pendapat. Contoh senang la, nak pergi makan. Hari-hari kau makan bihun tomyam *macam aku tapi kawan kau nak makan chicken chop kat kedai lain pulak. Apa salahnya sekali sekala ikut kawan pulak. Baru bahagia rumah tangga. Cewahh!!-,- Dalam hal lain pun, tak salah mengalah. Orang cakap "Mengalah bukan bererti kalah. Kadang kala pengalah tu lah orang yang menang baik punya" Kan? *Kalau kau menang pun bukan dapat hadiah ye dak? Hewhewhwe~


2. Abaikan
Abaikan apa pulak? Bukan aku suruh abaikan kawan korang ye. Abaikan perasaan negatif kita. Iri hati, cemburu, dengki. Tak salah nak cemburu, tapi luahkan dalam landasan yang betul. Aku cemburu bila markah test kawan aku tinggi dari aku. Tapi aku tak santau dia, aku tak reka cerita kata dia meniru. Aku lawan dia dengan study sungguh-sungguh. Persaingan yang positif lagi diberkati Allah kan:) Aku study sama-sama dengan dia even dia tak ajak aku pun. Lantak la kan. Hihi. So, sila abaikan perasaan-perasaan hati ni jika nak kawan kau kekal.


3. Cepat terasa
Ni lagi 1 kes. Cepat touching. Melawak sikit dah touching teruk. Seriously, sekali dua takpe la. Ni kalau dah berkali-kali, 1 je aku nak cakap "Aku muak nak berkawan dengan kau!" Haha kejam sungguh TT__TT Betul kan? Kalau kau jenis yang gemar melawak, dah melawak sikit touching, buat-buat muka. ha macam mana? Aku simpulkan, kalau nak toucing biar lah bertempat. Kalau setakat kawan kau tercakap kasar sedikit buat dekk je. Mungkin terkesan tapi tak serious. Sebab kawan dengan orang, maybe dia pun ada masalah. Kita tak tau kan. Tapi kawan tu jangan selalu pulak cakap kasar, KAKI makannya. Kkekeeke;p


4. Happy always
Ni pun penting. Jangan monyok 24 jam. Asal balik dating je buat muka minta penamporrr Jepun. Asal balik rumah je hempas barang, hempas pintu. *Hempas kepala baru ada akai;p Tension kawan-kawan yang. Sumpah tension aku cakap. So, kalau gaduh dengan boyfriend kat luar, kau jangan jadikan kawan-kawan kau mangsanya. Cuba cerita kat mereka, pasti mereka faham. Kau pun lega sebab boleh luahkan masalah, kawan kau pun bahagia. Mengerti??? Chill selalu. Gelak-gelak, tengok running man, gurau senda. Healthy way to release tension plus boley mengeratkan hubungan kawan tuh:)


5. Appreciate them
Lagi satu, hargai kawan. Tak minta banyak pun. Sekurang-kurangnya bila kawan kau bercakap tolong Dengar & Tengok muka mereka. Ni tak, kawan kau bercakap, tengok henpon, tengok laptop, pastu tanya balik apa kawan kau cakap tadi. Memang panas hati!! Gggrrrrrr *over lak-.- Lagi 1, kawan kau bukan kuli kau ye. Haha sebab apa aku cakap macam ni. Suruh ambik tuh, ambik ni, kena dengar cakap kau always, tak boleh pergi situ, tak boley pergi sini. Habis kau boley pulak duk meronda merata. Time kawan kau nak enjoy kau halang. Aku cakap based on reality. Yess!!Ada kes macam ni. 
Appreciate what you have, before time teaches you to appreciate what you had.
Wah panjang berjela entry nyahh!! Huhu. Salah silap harap maaf. Ini pandangan aku je. Kalau ada yang terkena aku tak kata but sapa makan cili dia terasa pedas. Haha *nak kena lempang budak ni
Cuma nak remind aku je. Aku share la dengan korang. Kan sayam? Heee:p


I adore them. Bhaha;p
credit: Google

2 comments:

  1. entri baru missha pun pasal sahabat..hehe..

    p/s: suke gmbar spongebob and ptrick tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?hee sy pun suka spongebob & patrick juga!!^^hehe

      Delete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️