Sunday, 10 June 2012

REVIEW: Sumber Ayu Body Scrub

Assalamualaikum.


Kali ni nak post pasal produk kecantikan pulak lah. Hee boley macam tuh? Sumber Ayu Body Scrub. Ni aku baru je nak try. Sebelum ni ada juga aku pakai body scrub masa mandi tapi bukan dari brand ni la. Hehe.


Lepas guna Sumber Ayu Body Scrub ni aku rasa kulit aku lembut je. Serious tak tipu. Wangi pulak tuh. Wangi sewangi wanginya. Boleh bau? Hehe. Sumber Ayu Body Scrub yang aku pakai ni "perisa" bengkoang. Haha bengap sungguh ayat tuh. *Tapi SPM paper BM dapat A okeyy. If I'm not mistaken, scrub ni ada banyak jenis pilihan tapi yang aku pernah tengok selalu kat kedai-kedai adalah Bengkoang, Susu dan Bunga. Pilihan-pilihan lain? Sila Google. Bhaha *tak guna punya budak^^  Lagipun lepas tonyoh-tonyoh scrub ni kat badan, segala bapak, tokwan, nenek ataupun moyang daki akan keluar tanggal habiss ye tuan dan puan sekalian. *Over, dah macam duta produk pulak. Hehe. Sabun pun dah tak payah guna lepas tuh;)








Dengan formula baru yang diperbaharui, Beauty 5 in 1 fungsi scrub adalah *cilok info dari produk:
Membuang kotoran dan sel kulit mati.
Membuat kulit tampak lebih cerah dan terawat.
Menjaga kelembutan kulit.
Melindungi kulit dari radikal bebas.
Memeberikan kesegaran.


Selalu dah pakai sabun mandi kan. Sekali sekala tukar pakai scrub ni best juga. Memang lembut je kulit ni rasa. Hehe. Murah saja harga scrub ni pun^^ Aku nak teruskan cuba produk ni, nak tengok apa perubahannya nanti pada kulit aku ni:)


p/s: Aku semakin excited dengan produck kecantikan. Especially make up stuffs. Haisshhh-.-

7 comments:

  1. rasanya sumber ayu ni mmg murah, tp sebelum ni pernah try yang jenama safi tu je~

    nanti update ye kesan dia~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke..hehe murah dan berkesan okey lah..InsyaAllah akan update kesannya nanti:)

      Delete
  2. Replies
    1. tak sebab dia agak harsh sesuai untk body je sis

      Delete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️