Assalamualaikum.
Fhewitt tajuk omputih gitu. Fehh=.=' Saja kasik curlasss gitu. Huhu. Actually, aku nak share beberapa tips untuk menghilangkan rasa marah. Saper rasa dia tak pernah marah dalam duniawi ni sememangnya beliau spesis baru di muka bumi ni. Kena jadi bahan uji kaji gitu~
Bila rasa marah apa perlu buat? Jerit sampai terkeluaq anak tekak? Makan berkoyan-koyan? Tembak rambang di sekolah? Mari aku lempang pergi balik laju-laju jika hang follow cara di atas. Untuk yang beragama Islam, dah ada pun cara atau tips nak hilangkan or redakan perasaan marah cara Islam. Yang hang gatai dok p ikut cara tak ketahuan hala tu buat apa? Hewhew~
Nah baca ni. Simple tips tapi mungkin berkesan pada kita.
1. Ubah posisi.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang daripada kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring" (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud)
3. Senyum.
Kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
4. Sentiasa berfikiran positif.
5. Bawa bertenang.
Bukan bawak bertendang ye kawan-kawan. Haha. Kena cool je. Ingat lah perkara yang best macam hutan hujan tropika yang hijau segar ke, awan yang comel berarak ke, cita dragon ball ke takpun tarik nafas in~~~ out~~~. Mudah cerita, ingat benda yang kita suka. Yang boleh turunkan balik temperature badan hang tuh! Hehe~
*belajar lukis awan comel dari blog cik azzahsaid
6. Mendiamkan diri bila marah.
Kalau hang tak diam time marah mulalah mulut mencarut yang bukan-bukan. Nenek dia la, tokwan dia lah, jiran dia lah semua hang p sebut. So better diam dari bercakap time marah. Bukan bertambah elok keadaan, lagi buruk ada lah. Potensi melukakan hati & perasaan orang masa marah adalah lebih tinggi. Hipotesis tu aku reka sendiri=.=
7. Meluahkan perasaan marah dan masalah di tempat dan masa yang sesuai.
Jangan time makan hang dok melalak marah. Confirm tersedak kawan-kawan. Takpun hang kena penampaq jepun dengan kawan hang sedaih dua. Baru ada akai. Kahkah~ Pilihlah masa sesuai. Nak marah pun beragak. Jangan sampai orang naik meluat. Sikit-sikit muka hang je yang timbul bila nak marah.
8. Belajar sampaikan perasaan marah dengan cara positif dan terhormat.
Maksud dia, janganlah terpekik terlolong macam tarzan. Terkejut badak gajah kat hutan nun. Cuba kawal kalau boleh. Jangan guling 360 darjah kat tempat awan. Malu kat orang haihh-.-
9. Minum air.
Minum air 2 liter sehari. Err. Air ni kan ejen penyejuk. So aku syak kalau kita marah ini cara yang boleh turunkan kemarahan kita. Minum air. Cubalah!
10. Berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan.
Doa lah banyak-banyak agar kita berada dalam golongan yang sabar. Kan sabar tu separuh daripada iman. Kan?:) Jangan biarkan syaitooonnn bersorak gembira dengan kemarahan kita.
Tu je untuk kali ni. Panjang berjela bukan larat baca pun. Haha aku memang suka mengarang. Sebab tu time SPM tak cukup time buat karangan-.-
Golden word: "For every minutes you are angry, you lose sixty seconds of happiness"
ubah posisi, lastly tido,,hehe
ReplyDeletegurau ja ^^,
byk cara sbnrnya leh kita guna, antara nak ke tak je... (^____^)
haha betul gak..tidur pun bgs dari marah tak ketahuan hala..kan?hee
Deleteselalunya pilih luahkan perasaan , baru rasa 'lepas' . hehe
ReplyDeletehehe bagus2..pilih cara yg bersesuaian gn kita..
Deletebgs2 :) senyum dan sabar
ReplyDeleteitu yg penting~ sabarrr :)
DeleteMendiamkan diri bila marah. :)
ReplyDeletetu yg terbaik dr mengarut bukan2..kan2?^^
DeleteBila marah ,wa makan,makan,makan dan makan aje. Haha bila kenyang,lupa habes apa yang marah tadi tu . Tapi itulah lepas makan banyak,kena pula bersenam ... damn T___T
ReplyDeletehaha..okey part bersenam tuh aku paling malas di dunia..adesss-.-
Delete#mkn pun xpe..jnj hati puas..
ika biasa suke tido.. pastoo hilang rasa marah
ReplyDeletesama lah...sy pun pilih tdo..bgn dh okey dah pastu..:)
DeleteUbah posisi ke atas bahu orang yang kita marah tuh boleh? :P hahahahaha, nope nope...
ReplyDeleteSaya sama ja macam Ika kat atas tuh, marah, cepat2 p tidoq...bangun dah terlupa pasal marah tuh. ^_^V
hehe kalau lah boleh ubah sy pun nk!!:p
Deleteemm tdo la sng..dr kita lepaskn marah xtentu pasal..^^
sy kalau marah kena make sure diri dah blah awal2 dari tmpat tu.. nnti tak pasal2 ribut taufan pulak jadinya..
ReplyDeletewahh grg gak cik aisya ni..hihi..tu lah baik kita mengelak dr jd lbh buruk..kan2??heee
Deletebetul2.. huhu.. kalau sy senyap2 blah mcm tu je adalah yg tak kena tu.. huhu..
Delete