Sunday, 7 April 2013

Don't be selfish~

Assalamualaikum.

Happy weekend!! Tapi esok dah Monday Blues~ Muahaha 

Straight to the point lah. Tadi keluar cari barang sikit. So gunalah pengangkutan awan. Naik bus~ Haha Apa kena mengena selfish dengan guna pengangkutan awam? Okey mai sini aku nak terangkan rakyat Malaysia sekalian. 

Aku bukan nak mengata cuma nak nasihat je. Tolong ingatkan sikit-sikit. Kita ni naik public transportation kan? Jadi semua kena share bersama-sama. Jangan buat macam harta sendirian berhad. Kalau hang nak buat harta sendiri sila apply loan beli bus sendiri. 

Bila naik public transportation ni jangan conquer tempat duduk dengan letak barang-barang peribadi kita. Oh hang shopping sakan pastu naik bus hang main letak je semua barang hang kat tempat duduk sebelah. Letak helmet la, beg la, kaki la *maaf kaki tu over plak~ Bagi lah tempat tu orang lain duduk dari letak barang hang tuh. Aku tak kesah kalau tak dapat duduk, tapi kalau ada nenek kat sebelah hang tapi hang buat taktau ja memang aku rasa macam nak sekeh. Grrr~

Lagi satu, prihatin la. Ada warga emas ke, pregnant women ke, OKU ke bagilah dorang duduk. Kita yang sempurna ni mampu lagi kot nak berdiri. Bukannya luruh isi kulit ni kalau berdiri pun kan? Hehe.

Ada lagi!! Dalam public transportation jangan gatai nak merokok! Pantang betul aku orang merokok dalam aircond ni. Darah naik cepat je. Kalau bau ketiak, bau mulut aku boleh tahan lagi lepas balik kerja or balik shopping tapi bau asap rokok tu aku tak boleh tahan. Kalau dah kemaruk sangat nak smoking sila telan sekali dengan asap. *Nasihat ini untuk yang suka smoking dalam public transportation je tau, yang merokok selain tempat yang dinyatakan aku takmau amik tau. Muahah~

Pesanan ikhlas dari seorang rakyat Malaysia~


Aku bercakap ni bukan main hentam je. Ni jadi depan mata aku tadi. Baru TADI okey! Tu yang aku cakap, jangan selfish!! Benda kalau dah namanya awam memang kena guna bersama-sama. Jangan nak ikut sedap rasa kita je. Sharing is caring. Takmau sharing p pindah duk dalam gua. Sekian, k.bai~

#Lagi satu bukan apa tapi tadi ramai sangat foreigner sampai aku rasakan yang aku pulak duduk kat negara diorang. Serious, rasa macam aku plak foreigner-_-

9 comments:

  1. sy pon kadan tuh geram jgk ..bukan bus je..monorail pon same jgk..xreti nk considerate!

    ReplyDelete
  2. betul tu.. xsuka betul.. penah time prgnat xda sapa nak bg tmpat duduk,

    ReplyDelete
  3. memang ada yang tak sensitif...
    kalau AJ kau letaklah apa pun, AJ nak duduk, AJ duduk je...
    Hahahhahah..

    ReplyDelete
  4. haha kan ? kalau naik transport awam mesti sangat tak selesa, rakyat kita ni terlalu ambil mudah sangat. Takda langsung rasa prihatin ~ jarang nak dpat, huisss ~__~

    ReplyDelete
  5. manusia yg paling selfish dan takde otak adalah manusia perokok ni.. benci dgn perokok2 yg tak bertamadun.. #emo

    ReplyDelete
  6. adat naik pengangkutan awam..kenalah bersabar..CJM pon slalu jugak naik pengangkutan awam.. :) pling tak thn bila yg duduk sebelah tu ialah P.E.R.O.K.O.K waa! rsa mcm nak sepit kepala dia dkt tingkap! haha!

    ReplyDelete
  7. iha pun tak suka gak bau rokok dan bau ketiak.. rasa mcm nak hantukkan kepala orang tu kat tiang pastu sumbat kepala berkenaan kat bawah kerusi bas, haha.. yup diorang kena prihatin terhadap manusia mcm iha (ehhh..) dah nama pun pengangkutan awam, hak pun kena la secara awam jugak kan..
    #tula kadang2 kita tak rasa mcm dok kat malaysia kan..

    ReplyDelete
  8. azuria pon x selesa dgn perkok..kadang2 waktu die x merokok pon,bau masih kuat..

    ReplyDelete
  9. setuju sangatt dear! paling benci kalo dlm bas or kat tempat makan je ada org merokok, mmg panas 1 bdn..huhuhu...dont be selfish kan..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️