Friday, 21 June 2013

Halal dan haram.

Diceritakan oleh Imam Muda Asyraf :


Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tp harus sedar diri. Tak cukup inci. 

Satu peristiwa yg membuatkan saya begitu kagum dgn seorang brader yg sy temui di surau KLIA.

Dlm salah satu harinya, sy solat di surau trsebut. Kemudian sy berselisih dgn seorang brader yg keluar dr surau dgn memakai kopiah. Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika sy pergi ke rak buku di surau tersebut, sy terlihat tergantungnya beberapa kopiah yg seakan2 menyamai kopiah yg dipakai brader sebentar td. Dlm hati sy terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"...

Namun, sy cuba perbetulkan sangkaan sy. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.

Nak jadi cerita keesokan harinya, ketika sy di KLIA utk menyambut sedara pulang dr umrah, sy dipertemukan sekali lg dgn brader berkopiah yg sama dgn brader kelmarinnya. Sy tidak pasti, adakah ini jodoh pertemuan atau sekadar kebetulan. Yg pasti sy bkn ahli "dua alam".

Sy terus menyapa beliau. "Aik!!..bukan kelmarin kita jumpa di surau ni ker? Awak tinggal maner?" Jawab beliau, "Sy tinggal di Batang Kali Selangor. Sy dtg sini sebab kelmarin sy terlupa. Bila sy solat, sy pakai kopiah surau. Lepas tu terlupa nk pulangkan semula. Sebab tu sy dtg sini nk pulangkan semula"...

Terkejut biawak sy dibuatnya. Batang Kali bukannya dekat dengan KLIA. Jaraknya dari Batang Kali ke KLIA dalam 103 KM menurut google maps. Dahla brader tu dtg semula ke KLIA naik motor shj. Beliau sanggup bawa motor berpuluh² kilometer utk sekadar memulangkan kopiah cabuk yg diambil tanpa sedar. 

Inilah contoh brader yg beriman. Dia tahu itu bukan miliknya. 

Benarlah org yg beriman ia tak pernah tergugat utk mengambil harta yg haram. Walaupun ia bernilai 10sen sekalipun.

Itulah perbandingan org yg beriman. Krn persoalan halal dan haram, seorang manusia sanggup bersusah payah memulangkan sesuatu yg bkn haknya, walau sebesar kopiah sekalipun. Berbanding org yg jauh dr keimanan. Ia langsung hilang rasa gentar. Walau yg diambil haknya org lain bernilai jutaan ringgit sekalipun.

Ya Allah, jadikan kami insan yg warak.. Insan yg 'risau' tentang halal haram sesuatu perolehan...


p/s: Aku copy dan share cerita ni dari Facebook. Moga bermanfaat untuk kita jadikan iktibar, InsyaAllah^_^

15 comments:

  1. Baiknya lahai brader tu.. #respect

    ReplyDelete
  2. sebak baca post ni.. mudah-mudahan kite pon tergolong dalam ciri2 tersebut.. amin =)

    ReplyDelete
  3. jarang nak jumpa orang yang macam ni sekarang ni.. biasa kalau da terambil tu da malas da nak g pulang.. lagi2 kalau jauh...

    ReplyDelete
  4. hurmmm, muhasabah diri petang2 ni. kadang2 kita tak perasan pun apa yg kita ambik tu haram / bukan hak kita. moga dijauhi

    ReplyDelete
  5. subhanallah.. mulianya hati dia.. semoga sifat baik itu dicontohi oleh kita semua..

    ReplyDelete
  6. semoga kita dapat contohi brader ni :D

    ReplyDelete
  7. Murninya hati brader ni.. :) Jangan mudah kita berprasangka.. :)

    ReplyDelete
  8. susah nak cari org mcm ni skrg kan..

    ReplyDelete
  9. satu perkongsian yg sangat bagus..

    ReplyDelete
  10. pernah baca.. tak ingat kat blog lain ataupun kt fb.. =)

    ReplyDelete
  11. bagus mumu! ingat,,,jgn balaih yg org! hehee

    ReplyDelete
  12. kagum dengan sikap brader tu.. dia tau n kenalhalal haram.. walaupun sebijik kopiah kan..

    ReplyDelete
  13. susah nk cari manusia mcm tu skrg.. org skrg dah tak pikir halal haram dah..

    ReplyDelete
  14. Ada jugak baca di fb beliau.. memang bermanfaat penceritaan beliau. terkadang kita pandang remeh hal ni kan.

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️