Monday, 16 December 2013

Malu bertanya sesat jalan. Tapi....................


Selalu duk dengar pepatah "Malu bertanya sesat jalan". Jangan malu bertanya jika kita tak tahu atau kita ragu-ragu tentang sesuatu. Tambah-tambah kita budak baru, mesti la banyak yang kita tak tahu so kenalah banyak bertanya. Lagi better dari terus buat pandai, berlagak macam tahu semua padahal kosong kan? Betul kan?

Tapi permasalahan disini adalah, kadang-kadang bila kita tanya kita pulak kena sembur balik. Faham maksud aku? Kita tak tahu, kita tanya tapi lastly kita pulak kena marah sebab tak tahu. Omaigaddd!!
Menyirap je darah kan? Sebab aku tak tahu la aku tanya kan. Kalau aku tahu tak perlu susah-susah aku nak buka mulut membazir air liur tanya.

Hishh tak faham dengan orang macam ni. Ikut mood depa saja. Mood aku ni sapa nak ambil tau? Tau dak kita kalau asyik marah-marah orang akan benci kat kita. "Eh peduli apa orang nak benci ke tak? Bukan depa yang bagi aku makan!!" Betul! Bukan depa yang kasi hang makan. Tapi hang kena ingat, bila orang marah kat kita, orang akan cakap yang bukan-bukan pasal kita. Maki kita, menyumpah kita. Dan percakapan itu satu doa. Cuba fikir la, orang doa yang tak baik untuk kita. Suka ke?

Moral of story, apa salahnya cakap elok-elok. Takda lagi dalam sejarah manusia orang tu akan mati bila dia cakap baik-baik. Takda! Bila orang tanya tu, jelaskan baik-baik. Susah sangat ke? Tak payah nak sindir bagai, nak perli bagai. Orang tu budak baru, memang la zero experience. Mana ada orang takda experience kerja-kerja terus pandai genius tahap CEO. Takda. Jangan ingat kita expert dalam sesuatu bidang kita dah terror giler. Jangan perasan sebab ada lagi makhluk Allah yang lebih hebat dari kita. Sekian.

Source: Google

p/s:Panjang berjela entry aku. Kahkah. Budak baru tu aku. Perghhh!!-_-

11 comments:

  1. kena sabar betul2 ni..kalau tak mau sembur balik ni

    ReplyDelete
  2. yes agree. kadang hana pernah kena jugak mcm nie. annoying erk dengan orang mcm nie. haihhh

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dengan akak! Kadang2 kita tanya pun nak dimarahnya. Kalau kita dah tahu, tak adanya kita nak tanya diaorang kan.. >.<

    ReplyDelete
  4. kan.. kan.. tensionkan org je.. tp, bila zizie tgh kusyuk buat kerja, dan dahi berkerut2, jgn la duk tny mcm2.. nada masa tu, mmg la tgh keras gila.. huhu.

    ReplyDelete
  5. skali mata kucing tu buat syuk gerun . >.< wowowow

    ReplyDelete
  6. setakat ni tak jumpa lg org perangai mcm tu.. bykkan sabar eh yunk

    ReplyDelete
  7. betul ..tak mati kalau cakap baik2...

    ReplyDelete
  8. nak marah sekali pun kena control.. lagi elok cakap baik-baik..

    ReplyDelete
  9. selalu kena macam ni dgn staff kat uni.. haish, bikin panas!

    ReplyDelete
  10. orang macam tu sebenarnya dia pun tak tahu apa-apa..sebab tu dia marah kalau orang tanya sbb nanti dia takut tak dapat jawab..hehehe

    Regards
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. mmg ade org yg jenis mcm tu.. mungkin org tu ada sindrom meroyan.. sekian..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️