Hukum~
Manusia.
Sering berubah-ubah.
Berhijrah.
Menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Mahu buang kisah lama.
Yang barangkali tiada putihnya.
Tapi,
Kenapa manusia lain cepat sekali menghukum?
Menghukum atas dosa-dosa dahulu.
Bukankah itu kerja Tuhan.
Sempurnakah kalian sampaikan kalian mencemuh orang yang mahu berubah?
Baginya,
Orang yang mahu berubah menjadi baik itu lebih mulia dari kalian.
Dia sedar akan khilafnya sebelum ini.
Daripada kalian yang hanya tau mencebik bibir.
Membuat muka. Menunjuk benci.
Beginikah cara kalian yang konon sempurna melayan orang yang mahu berubah ke fasa baru?
Kita cepat sangat menjatuhkan hukum.
Yang jahat kekal jahat sampai mati.
Yang masa lalunya penuh dosa dan noda tak layak mendapat kemaafan.
Siapa kalian mahu menilai?
Dia tak perlukan kemaafan kalian.
Dia juga tak perlukan pandangan kalian.
Tapi sekurang-kurangnya tunjukkanlah sokongan kalian.
Bagi dia
apa yang diinginkannya adalah
kemaafan dan pengampunan dari Dia.
Dari Pencipta dirinya.
Itu sudah cukup.
Ya,
Lebih dari cukup sebenarnya.
sepatutnya org nak berubah kita bantu, kita doakan... kan?
ReplyDeletemanusia memang cepat menghukum dan suka menghukum, tiada apa yang dapat kita lakukan untuk berhentikan mereka, apa yang boleh biarkan sahaja dan teruskan kehidupan...
ReplyDeletejadilah orang yang dulu memberi salam, salam kan doa ....
ReplyDeleteorang yang mendoakan orang lain Allah akan kabulkan doa itu untuknya- kata ustaz
Manusia, sifatnya memang mudah hukum.
ReplyDeleteCuma perlu tahu, jika ingin berubah jangan dicari redha manusia.
Carilah redha Allah kerana itu adalah yg paling utama.
manusia mana yang tak pernah buat silap kan..so kalau orang nak berubah kepada sesuatu yang positive why not kita support bukan terus menghukum dari kesilapan lama :)
ReplyDeletemmm betul juga.cepat sgt menjatuhkan hukum...atau mungkin tersalah sangka?
ReplyDeleteSepatutnya diberikan sokongan bkn cemuhan.. apapn be strong.. jgn cepat give up..
ReplyDeletevery nice.. simple but deep
ReplyDeletesetuju dgn mimie... yg penting berubah dgn hati yg ikhlas bkn terpaksa
ReplyDeletetaubat tu tanda awal berubah :D
ReplyDeleteseseorg nak berubah ke arah kebaikan mmg byk cabarannya..moga kita semua tabah hadapinya
ReplyDeletesebarang kesalahan/kesilapan yang dilakukan oleh orang lain haruslah dijadikan sempadan supaya kita tak melakukan benda yang sama...dah menghukum orang atas kesilapan lampau mereka sebenarnya bukan suatu benda yang sihat kerana kita sendiri pun mempunyai kesilapan pada masa lalu...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
kita hanya insan biasa yang biasa juga melakukan ksilapan,
ReplyDeletetidak patut menghukum tapi cuma perlu dberi pelajaran..
krna kbnykan dri kita amat jahil...perlu timba lbh bnyk ilmu..