Projek DIY: Bunga crepe
Aku sememangnya perempuan yang tak pernah ambil tahu pasal gubahan bunga. Apatah lagi nak DIY bunga-bunga palsu dari kertas, straw dan etc. Tapi tetiba naik hantu pulak kan. Kekonon belajar dari Google cara buat bunga crepe yang gebu tu. OK aku tau sekarang dah belambak tutorial buat bunga crepe kan? Tapi aku nak story gak. Dalam versi MF sendiri. Jom ber-DIY!
Barang yang diperlukan:
- Kertas crepe
- Dawai bunga/benang
- Gunting/pisau
Step 1:
Bentangkan kertas crepe. Lepas tu korang lipat kertas ni menjadikan ia seperti gambar di bawah. Dapat? Maksudnya lipat panjang 5x then lipat lebar 3x. Boleh je nak lipat kecil lagi tapi nanti kecil lah bunga korang tu.
Step 2:
Siap lipat? Nampak garisan yang terbentuk tu. Ambil gunting atau pisau then potong atau gunting la mengikut garisan tersebut. Dah dapatkan kertas petak-petak? Yeahh mari kita mulakan! Ambil 4 keping kertas petak-petak yang korang dah gunting tadi.
Step 3:
Susun then lipat kedepan kebelakang. Faham? Tak faham tengok gif kat bawah ni.
Step 4:
Siap lipat? Ok ambil dawai, ikat lipatan kertas tadi di tengah-tengah. Untuk seimbangkan bunga tu nanti. Kalau ikat tak center kang senget benget pulak bunga kita. Ha lepas tu gunting bucu kertas secara melengkung (seperti gambar di bawah). Baru nanti nampak lawa bunga kita.
Step 5:
Korang akan dapat bentuk macam ni selepas dawai diikat.
Step 6:
Ok lepas tu korang tarik sehelai demi sehelai kertas ni ke atas. Tarik sampai jadi bentuk bunga.
Step 6:
Senyum. Siap!!!
Mudah je nak buat sebenarnya. Rajin dengan malas je. Hehe. Selamat mencuba.
cantik....nak try buat la
ReplyDeleteAlamak...cantiklah..mcm mak akak rajin buat bunga sendiri...yg terbaru dia buat bunga dari plastik bawang...haaa...denga mcm pelik tp mmg betul...
ReplyDeleteMimie...cemane nk amik kucing yg mimie ckp tu...nk cari pengganti ni..huhu..
hehe sy pun baru nak rajin buat..tgk comel sgt bunga crepe ni..;p kreatif la mak akak..
Deletesaya ada email fon no kat email sis...amik email kat blog sis..;)
teringin jugak nak try :)
ReplyDeleteboleh buat hantaran lepas ni..
ReplyDeleteSangat menawan.. Great piece of entry...
ReplyDeletewaaaaa.. cantekk.. thanks for sharing akak.. lepas ni boleh tryy.. hihi :D
ReplyDeletewahhh...ini memang tangan orang berseni jer yang boleh DIY macam nie..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
kaler yang sungguh menawan... rasa nak makan... nyumnyum !!
ReplyDeleteoh camtu je.. okay2.. thank youuuu. :D
ReplyDeleteKakak sally ada buat masa kenduri dia...tapi Sally tak sempat nak tlg sbb exam :(
ReplyDeleteKreatif jugak yer mime nie rupanya..cantik!!! =D
ReplyDeletewow..best sgt buat ni
ReplyDeletek.el dulu mmg nak wat sgt n nk letak dlm bilik tp malas ekeke
MF buatlah letak dlm bilik..nti kawen buat byk2..nti bilik pengatin jd suwit sgt alalalal haha
kreatif...^^ singgah follow sini..
ReplyDeletefuhhhh~ canteknyaaaaa kak.. nt nk try laa :)
ReplyDeleteamboiii..kreatifnya..hehe
ReplyDeletethanks.. nice diy...
ReplyDeletewah bagus ni. tq berkongsi cara buat bunga crepe :)
ReplyDelete