Pandai tapi kalau tak usaha..................... | miss fluffy


Monday, 24 December 2012

Pandai tapi kalau tak usaha.....................

Assalamualaikum.

Sejuk betul hari ni. Hujan dari pagi lagi. Hehe sedap tidoq ni:p
Tetiba rindu masa study. Sebelum ni sibuk sangat nak abiskan study, tapi bila dah abis ni rindu pulak saat tuh. Last minutes assignment, test, quiz. Woahh~ start tahun depan mulalah dunia kerja aku.  Even praktikal je tapi aku anggap tu sebagai langkah pertama permulaan masuk alam pekerjaan. Pheww~

Alhamdulillah, syukur Allah berikan rezeki aku sampai tahap sekarang. Yang aku lansung tak expect akan sampai tahap ni. Dulu ingat lepas SPM terus keje ke tapi dapat la sambung study. Berkat doa parents aku juga. Teringat masa sekolah, aku bukanlah bijak pandai pun. Usaha pun takdelah bertungkus lumus macam orang lain. Result periksa pun tak lah gempak. Semuanya biasa saja. And I remember one of my classmates said to me "Hang ni nasib baik je dapat lompat masuk kelas elok. Hang bukan pandai pun. Nasib baik ja tuh". Sentap masa tuh but yes! Thanks to her. Mungkin sebab kata-kata dia aku berada di tempat aku sekarang. And her? I don't know mana kebijaksanaan dia sekarang.

Dia pandai but like people say kalau pandai tapi tak berusaha memang tak kemana. Sama la macam pisau yang tajam kalau tak diasah tumpul jugak. Don't we expect kawan yang "tak bijak" dulu akan "tak bijak" sampai bila-bila. Don't judge people and kena ingat Allah takkan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak berusaha untuk berubah. Dulu aku mungkin bodoh tapi InsyaAllah sekarang aku berusaha untuk tambah ilmu. Banyak aku tengok kawan-kawan aku yang low profile dulu sekarang dah berjaya. It's inspire me to become like them!

Bukan nak bangga diri or berlagak dengan diri aku sekarang. Cuma terkenang cakap orang. Really wish to meet her one day. Just to show that I'm not stupid like she said. Kalau berusaha sapa-sapa pun boleh berjaya and I want to prove that she wrong at all!! Apa pun doakan aku supaya boleh tempuh dunia baru ni. Lebih mencabar! Hehe~


#Nak masuk tahun baru. 2013!! New resolution?

16 comments:

  1. Setuju dengan awak. belakang parang pun kalau hari hari diasah akan tajam jugak. Sama lah dengan orang tak berapa pandai tapi kalau tak jemu berusaha lama lama berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita rajin usaha mesti kita boleh dpt apa yg kita mau..kan2??:)

      Delete
  2. ya betul. tak boleh nk sangkal apa yg ko ckp ni. rezeki tu, Tuhan boleh bagi bila2 masa yg kita sendiri tak perasan.. bersyukurlah sbb Dia bg nikmat ni kt ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. emmmm betul..syukur Alhamdulillah sgt...kdg2 apa yg kita taknak tulah yg terbaik untuk kita..^_^

      Delete
  3. btul tu......so next year's resolution,nak lebih2kan tahap kerajinan eh ada ke ayat mcm tu huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada je ayat gitu cik sue..tambah kerajinan?eh sy pun nk jugak lah..giler pemalas sekarang-.-

      Delete
  4. petikan dari vlog matlufthi . haha . Yeap! Setuju ,huhu ..bodoh tak semestinya kekal bodoh . Selagi masih ada akal dan waras, selagi itulah usaha kita tak aakn terhenti untuk menjadi yang terbaik , hehe

    ReplyDelete
  5. Betul. Allah tu maha Adil. Kalau usaha kita lebih dpt lah lebih. hehe =D

    ReplyDelete
  6. kata2 mcm tu lah yg selalu jadi pendorong kita utk jadi yg lebih baik.. biarpun pedih nk dengar.. hehe

    berazam mahu grad tahun depan jugak! =D

    ReplyDelete
  7. peduli kan je orang cakap ape kan . asal kan kita usaha . hehe :D

    ReplyDelete
  8. usaha yang lebih penting... kuatkan semangat, yakin boleh..

    ReplyDelete
  9. betul, pandai lau xusaha, jadik macam tak pandai jgk,,huhu

    ReplyDelete
  10. betul la kan, rezeki tu Allah yg pegang. masing2x ada bahagian tersendiri.. =)

    ReplyDelete
  11. In Shaa Allah dengan izin Allah, pasti akan berjaya..:)

    salam perkenalan dik..;)

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang berterima kasih jugak dengan orang yang mulut pedas. walaupun kadang-kadang sentap habis bila dengar,tapi kalau dapat sedarkan kita,y not kan? haha. ;)

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️