Tuesday, 12 November 2019

4Fingers Crispy Chicken


Kawan suggest try makan 4Fingers. Sedap katanya. Jadi Ahad lepas takda buat apa, kami pun pergilah ke Penang Central. Dekat sini saja ada outlet 4Fingers. Tak besar pun space outlet ni. Kecil je. Tapi nak try makan punya pasal sanggup je tunggu meja kosong. HAHA.

Sekejap je dah dapat meja kosong. Rezeki kami kot. Cara order berbeza sikit. Order then mereka akan bagi buzz. Tunggu kejap kat meja nanti buzz dah berbunyi pergi ambik je makanan korang dekat pick-up station.

Aku order set kombo 6 ketul ayam (drumstick+wings) + fries + air. Share je dengan husband aku. Set ni boleh tahan jugaklah harganya, dalam RM22++ including service charge kot. Pada pandangan aku, ayamnya kecil² je (selalu ayam KFC kan gabak²) tapi rangup dan salutan sos sedap. Aku ambil mix sos, soy garlic + hot dan aku suka kedua-duanya. HAHA


Well, maybe can try lagi next time. Aku nak order burger tapi cashier cakap tak jual sebab bahan mentah dorang belum sampai. Halahhhh memang kena datang lagi kot.

Kali ni tak ambil banyak gambar. Aus Mikael mengamuk dalam kedai lapar susu T____T

Friday, 1 November 2019

Dessert Time di Mykōri Dessert Cafe!


Orang kata brang lama jangan dikenang. Tapi aku memang suka buka cerita² lama. HAHAHA walhal konon sibuk teruk tak menyempat nak update blog.

Kebetulan Mykōri Dessert Cafe baru buka di Sungai Petani. Sebulan lebih dah dibuka dan kali ni baru sempat nak singgah. Tengok orang post comelnya dessert yang ada kat sini. Memang instagrammable food sangat tau. Lepas appointment hospital, kami terus ke sini. Rupanya cafe dibuka pada pukul 1pm (Sabtu & Ahad) dan pukul 2pm (Isnin hingga Jumaat). Nak makan punya pasal kami tunggu sampai tanda di pintu ditukar dari CLOSED kepada OPEN! HAHA Dan kami menjadi orang kedua yang merasmikan pembukaan kedai. Pulun sangat kan ;p

Aku ada juga baca dari review² orang ramai dessert mana yang paling best dan sedap. Dan hasilnya...ini dessert yang kami order! Yummy!


Chicken Slice & Cheese Taiyakie
Kenko Kakigori
Strawberry Cheesecake Kakigori
Mauve Kakigori
Sengaja aku zoom dekat untuk menayang dekat korang. HAHA



Boleh nampak muka Aus Mikael nak makan jugak


With my the only lil' sister

Secara keseluruhannya, aku amat berpuas hati. Mujur la aku ambil portion kecil sebab tu pun berlagu nak habiskan. Kalau aku turutkan nafsu ni memang nak je ambil portion besar. Harga pun aku rasa berpatutan. Akhirnya dapat juga aku merasa dessert kat sini. Kakak bagi 5 bintang!!

Friday, 18 October 2019

My Mixed Feelings


Something happens for a reason. Bukan nak menyangkal atau melawan takdir yang Allah tetapkan. Tapi cara manusia yang handle situasi membuatkan aku marah.

Ini sedikit luahan hati aku. Marah, sedih, geram kecewa. Semua perasaan bercampur bila aku dengar cerita dari mak. Aku tak boleh terima bila mana benda² rumit seperti kelahiran, kematian diambil mudah. Adakah bodoh? Adakah benar² tak tahu? Adakah memang suka memandang mudah semua benda?

Mesti korang pelik benda apalah yang aku mengarut ni. Biarlah aku simpan cerita sebenarnya. Aku kat sini cuma meluahkan rasa. Bila aku baca nanti, aku akan kenang yang nyawa seseorang boleh melayang akibat kecuaian/kelalaian seseorang.

Aku harap insan itu kuat, tabah menghadapi kehilangan insan yang ditunggu². Percayalah Allah punya perancangan yang lebih baik untukmu.

Source: Pinterest

Thursday, 12 September 2019

3 Series Club


♦10 September 1989-2019♦

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Masih mampu merasa nikmat² yang Dia kurniakan kepada aku.

2019, angka bertukar. Dari 2 ke 3. Ya tak malu mengaku, sudah masuk 30 tahun. HAHA orang kata 30 tahun ni golden age. Wanita nampak berseri-seri, lawa, matang pada usia ini. Fakta ke mitos taktau la. Orang yang kata. HAHA

Tapi birthday kali ni sangat special. Tak perlu hadiah mewah atau besar. Dapat peluk cium Aus Mikael adalah hadiah paling indah dan istimewa aku pernah dapat dalam hidup. Terima kasih Ya Allah.

My little family♥
Sambut birthday in advance.
Birthday cake by my colleagues! Thanks all!♥
Tahun lepas, seminggu sebelum tarikh lahir, aku dapat tahu yang aku pregnant. Happy sangat! 2 tahun berturut Allah berikan hadiah teristimewa.

Last year hadiah birthday pi Singapore. Masa ni Aus dah ada dalam rahim mommy♥
Anyways, thank you so much for all beautiful du'a and wishes. Amin YRA.  I really appreciate it♥ 
And may Allah bless all of you.

Selamat Hari Lahir, Mime♥

Tuesday, 10 September 2019

Sambut Birthday di Santai by The Garden


Sebenarnya ni cerita lama tapi takdalah sampai tahap basi lagi. HAHA bulan lepas punya cerita je. Aku dengan beberapa orang kawan di tempat kerja ada buat kutipan duit untuk sambutan harijadi. Kira macam birthday treat untuk diri sendiri. Empunya badan yang akan sambut harijadi akan pilih restoran atau mana-mana tempat makan yang dia suka. Kami bertujuh dan seorang ambil RM50 je. Yang specialnya birthday girl tak payah bayar apa-apa. Pilih tempat makan dan enjoy saja!

So kali ni birthday girl kami pilih untuk makan steamboat di Santai by The Garden, Sungai Petani. Ini dah kali kedua kami mai sini tau. Mula-mula datang pun sambut birthday jugak. Kira kali pertama berpuas hati so repeat lagi kali ni. Birthday girl dah setuju kami onzz jer.

Aku kan memang suka makan pesen steamboat ni. Sampaikan aku ada main kutu nak dapatkan set grill & steamboat ni tau. Benda boleh main kutu buat apa nak beli cash! Kahkahkah.

Sudahlah membebel, mai nak tunjuk apa yang best dekat sini. Dari segala seafood hingga ke daging, dari segala sayur hingga ke pelbagai bebola semua ada. Itu belum masuk sos pencicah, mayonis, paste kuah steamboat. Kita ke seksyen air pulak. Pilihlah ada beberapa jenis air. Nak sejuk atau panas? Taknak air, laicikang ada. Topping apa nak? Pilihlahhhhh! Ada juga makanan berat disediakan macam nasi goreng, spagetti dan beberapa jenis masakan. OK, tarik nafas panjang-panjang dalam-dalam. Banyak sungguh pilihan kan?

Mesti mahal! Taklah sayang, RM 29.90 a.k.a RM30 je sekepala. Tapi disini tak amalkan sikap tamak dan tak habis makan. Kalau tak kena charge RM10 per 100 gram untuk setiap lebihan makanan yang hampa tak dapat habiskan. So jangan tamak, benda takkan habis sebab depa selalu akan tambah bila makanan berkurang.

Jadi marilah mencuci mata ye. Jarang dapat makan ramai-ramai macam ni maka nikmatilah.


I had to admit one thing. Masa 1st time makan serious sedap sangat. Dan sebab tu jugaklah kami repeat untuk kali kedua. Tapi sayangnya kali kedua ada spoil la. Tom Yum paste rasa macam kureng sikit dan sos thai pilihan kami juga macam ada rasa terkurang. But still give rate 4 over 5. Boleh datang bawak family members nak lepak-lepak.

Oh ya sebelum datang kena booking dulu tau. Kalau walk-in terpaksa la hampa berputih mata sebab meja selalunya aku nampak fully booked.

ps: September is my birthday month. Actually HARI INI birthday aku. Tunggu nanti nak pilih restoran mana! Hihi excited kemain (=>ω<=)

Tuesday, 3 September 2019

Al-Fatihah

•02 September 2019•
Dapat perkhabaran sedih yang Tokcik telah kembali kepada Pencipta kita.

Sesungguhnya mati itu pasti.

Nenek saudara yang aku kira agak rapat dengan kami sekeluarga. Setiap kali tak lupa ziarah mereka. 
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Al-Fatihah♥

Saturday, 24 August 2019

Cheesy and Spicy Korean Chicken


Lepas balik kerja petang kelmarin, aku terus pergi pasar malam dekat dengan rumah. Dah lama rasanya aku tak jejak kaki dekat pasar malam tau! Masa pregnant aku tak boleh hidu bau asap dan bau makanan, mulalah nak muntah kalau terbau. Jadi pasar malam tempat yang paling aku elak nak pergi. HAHA 

Selepas 3 bulan bersalin, inilah saat aku tunggu. Aku suka pergi pasar malam sebab makanan dah la berlambak, pilih je nak apa. Dan yang penting murah! Kalau pandai lagi dapat makanan sedap. Tak ke bahagia begitu. So tadi pusing-pusing terperasan satu gerai jual ayam pedas. Ohhh of courselah nak cuba! Mereka jual set ayam pedas dan ayam cheese yang harga RM6 per box. Adalah 4-5 ketul ayam. Tapi aku tamak! Aku ambil big set, ayam pedas+ayam cheese berharga RM12 per box. Yang aku puas hati depa tak kedekut ayam, sos dan cheese. Salutan sos dan cheese dekat ayam baik punya. Bagi aku memang puas hati sangat. Berbaloi dengan harga.

Dah membebel panjang pun tak guna. Selamat menjamu mata. KAH!