Thursday 18 July 2019

Merancang Percutian Ke Phuket Dengan Thai Airways


Dah lama rasanya aku tak pergi bercuti. Rasanya dah hampir setahun mungkin. Jadi kali ni memang plan nak ke Phuket. Sebenarnya tahun lepas sepatutnya aku join company trip ke Phuket tapi terpaksa cancel last minute sebab baru tau aku pregnant. So why not this time I make my plan comes true! Of course trip kali ni aku nak rancang percutian yang terbaik untuk kami sekeluarga. Yang penting bajet percutian dan masa sangat aku titik beratkan.

Misi mencari tiket flight telah dimulakan dan akhirnya aku terjumpa 1 laman web, Traveloka. Aku boleh buat perbandingan harga flight tiket untuk dapat harga yang paling murah ikut bajet. Nampaknya Thai Airways menawarkan pilihan dengan seating economy, premium economy, Royal Silk dan Royal First Class. Ikut je nak pilih yang mana mengikut bajet yang dah dirancang. Paling mudah sebab aku boleh book thai airways air ticket hanya di hujung jari!

Rasa tak sabar pula nak melihat keindahan panorama di Phuket. Confirm itinerary kali ni akan penuh dengan bermacam aktiviti seperti island hopping, enjoy view pantai sambil menikmati sunset, melawat Bandar Phuket di mana terdapat banyak bangunan lama bereka bentuk Eropah. Aku pula memang suka bergambar di bangunan lama jadi bolehlah cuba ke Phuket Old Town. Bandar yang tak ubah seperti di Georgetown Penang dimana terdapat pelbagai reka bentuk bangunan lama. Confirm IG feed penuh dengan gambar yang memukau.

Phi Phi Island antara pulau tercantik di Asia Tenggara. Tengok saja gambar di internet pun aku dah terpesona sangat dengan air laut biru kehijauan inikan pula nak tengok secara live dengan mata kepala sendiri. Memang aku teruja habis! Salah satu lagi pulau dalam list itinerary aku ialah Kepulauan Similan. Sebab apa Similan? Terdiri dari 9 gugusan pulau, Similan diambil dari Bahasa Melayu iaitu nombor sembilan dan dinamakan kepada pulau ini. Review banyak mengatakan yang pulau ini wajib dilawati kerana ia merupakan antara 10 destinasi menyelam yang terbaik di dunia. Wahhh!!

Source: pescart.com
Suami aku pula seorang yang suka enjoy view pantai. Phuket ni memang kenalah dengan pilihan tempat percutian kami kali ni. Karon View Point adalah spot yang terbaik untuk melihat keindahan 3 buah pantai. Karon View Point ini sebenarnya bukit yang mana dari puncaknya inilah kita dapat melihat ketiga-tiga pantai iaitu pantai Kara Noi, pantai Koh Poo dan pantai Karon. Menabjubkan bukan?! Sambil-sambil tu boleh la merasai makanan dan snek yang dijual. Bestkan?


Source: Impiana Private Villas
Lagi satu tempat yang aku tak sabar nak pergi adalah Tiger Kingdom. Seram ke? Entahlah tapi untuk merasai pengalaman menyentuh dan bergambar secara dekat dengan raja rimba bukanlah sesuatu yang perlu aku lepaskan. Tapi kalau tak berani juga ada pilihan lain iaitu bergambar bersama dengan anak harimau. Eh geramnya mesti comel dan gebu-gebu anak harimau tu!


Source: The Time Phuket
Pada waktu malam pula, aku bercadang nak cuci mata sambil shopping sedikit souvenir di Phuket Weekend Night Market atau di Phuket Walking Street. Tengok la nanti mana tau terjumpa apa-apa barang yang berkenan di hati♡ 

Tak lupa juga untuk merasai makanan yang terdapat di sini. Jadi food hunter juga la kali ni!
Source: chibird
Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati tapi kekangan masa memaksa aku memilih beberapa spot yang terbaik saja untuk percutian kali ini. Maybe next time aku akan datang lagi ke Phuket. Last but not least, aku just nak remind korang yang ada plan nak ke Phuket jangan lupa dengan nama Traveloka sebab dalam apps/web ini saja yang korang boleh dapat flights to phuket online promo. Kalau korang terlepas memang rugi la beb! Dah dapat tiket flight promo tu confirm la happy yang amat sebab dengan bajet lebih tu bolehlah korang guna untuk shopping, untuk menginap di hotel terbaik atau explore lebih banyak tempat lagi dekat Phuket.

Tuesday 16 July 2019

Photobook: Simple Books for My Baby


Last week aku dapat notification dari Photobook. Dapat code free untuk simple books. Cuma perlu bayar chipping cost je. Tak tunggu lama dah, sepantas kilat aku pilih gambar. Apa susah gambar semua dalam phone je. HAHA 


Dulu rajin juga aku susun dan pilih gambar nak buat album pakai Photobook. Kali ni buat simple books untuk Aus. Kenangan beb! At least kalau phone tetiba buat hal ada juga la gambar Aus dalam hard copy.

Aku dah proceed sekarang tunggu buku sampai je. Tak sabar sis nak tengok simple books anak. HAHA excited melampau sangat😃
p/s: Nampak Lil' Photobook. Nanti nak try buatlah >,<

Friday 12 July 2019

Jus Alpukat bt Northen Avocado


Hola!
Tetiba taip entry pasal makanan.

Aku dah lepas pantang dah. Jadi mulut teringin nak makan macam-macam. Tengok gambar dekat IG je dah menyirap. Semua teringin tau! Maklumlah berpantang dalam bulan puasa agak mencabar ye rakan-rakan. HAHA Tapi aku manage to loss weight about 15 kg. Fuyooo masa tengah diet pun tak berjaya begini. Thanks to my son sebab ambik semua lemak mummy♡

Aku ni taklah minat sangat avocado. Pernah makan la buah avocado konon-konon nak eat clean but end up tak berjaya sebab aku ni selera orang Melayu. HAHA tapi bila buat jus ni teringin pulak nak try. Ok jugak rasanya, lemak gitu tambah pulak rasa gula merah dengan coklat syrup. Just nice. Cuma ada bau avocado la. Siapa yang tak suka bau avocado tu maybe kata tak sedap la. Kalau letak aiskrim vanila mesti la sedap tapi time aku nak beli ni aiskrim habis la pulak.




RM5 je kalau yang macam aku ambil ni. Ok la merasa juga bila tengok post pasal jus ni lalu dekat wall Facebook. HAHAHA

p/s: Kena kurangkan tengok medsos ke macam mana ni? Banyak sangat gambar makanan lalu dekat wall!! ヽ(`Д´)ノ