Jus Alpukat bt Northen Avocado | miss fluffy


Friday, 12 July 2019

Jus Alpukat bt Northen Avocado


Hola!
Tetiba taip entry pasal makanan.

Aku dah lepas pantang dah. Jadi mulut teringin nak makan macam-macam. Tengok gambar dekat IG je dah menyirap. Semua teringin tau! Maklumlah berpantang dalam bulan puasa agak mencabar ye rakan-rakan. HAHA Tapi aku manage to loss weight about 15 kg. Fuyooo masa tengah diet pun tak berjaya begini. Thanks to my son sebab ambik semua lemak mummy♡

Aku ni taklah minat sangat avocado. Pernah makan la buah avocado konon-konon nak eat clean but end up tak berjaya sebab aku ni selera orang Melayu. HAHA tapi bila buat jus ni teringin pulak nak try. Ok jugak rasanya, lemak gitu tambah pulak rasa gula merah dengan coklat syrup. Just nice. Cuma ada bau avocado la. Siapa yang tak suka bau avocado tu maybe kata tak sedap la. Kalau letak aiskrim vanila mesti la sedap tapi time aku nak beli ni aiskrim habis la pulak.




RM5 je kalau yang macam aku ambil ni. Ok la merasa juga bila tengok post pasal jus ni lalu dekat wall Facebook. HAHAHA

p/s: Kena kurangkan tengok medsos ke macam mana ni? Banyak sangat gambar makanan lalu dekat wall!! ヽ(`Д´)ノ

No comments:

Post a Comment

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.