Friday 28 February 2014

Andai ku mampu.......


Sayu.
Wanita itu hanya mampu memandang dari jauh.
Curi-curi melihat.
Namun tak pernah bertentang mata.
Bersua muka.
Ikutkan hati,
Dia mahu genggam tangan kecil itu.
Usap kepala si kecil.
Penuh dengan kasih sayang.

Tapi semuanya hanya khayalan dia.
Wanita itu tahu dia tak boleh buat begitu.
Dia tak punya hak ke atas "harta"nya.
Kerana itu perjanjiannya dengan mereka.

Dari jauh.
Dia hanya mampu berdoa.
Agar si kecil itu bahagia.
Selamanya.

Mother and child. 'Nuff said.
Source: We Heart It

p/s: Sedih pulak baca kisah hidup orang. Tskk:face29:

Salam Jumaat~


happiness
Source: We Heart It

Bila sedih ingat Allah, bila gembira pun ingat Allah:)

Thursday 27 February 2014

Life is like a game.


Hidup ini umpama kita main game.
Maksud aku hidup ini kenalah ada matlamat.
Kena ada arah tuju.
Bila kita main game. 
Berusaha nak achieve level seterusnya.
Berusaha nak capai target.
Berusaha nak fulfill game requirements.
Kan? Betul tak?
Ada ke orang main game sekadar main je.
Tanpa tujuan, tanpa matlamat.

So, macam itulah juga dengan kehidupan kita.
Tanpa arah tujuan, tanpa matlamat.
Tanpa usaha.
Apa akan jadi dengan kita?
Confirm tunggang langgang hidup ni.
Tapi bila kita ada matlamat dalam hidup,
sudah pasti kita akan berusaha untuk lakukan yang terbaik dalam hidup kita.
Kan? 

Setiap kegagalan dalam hidup ni jangan kita akhiri dengan berputus asa.
Kena terus mencuba sampai berjaya.
Jangan biarkan hidup kita jadi "Game Over".

So, sekarang aku tengah tergila-gila main game Little Big City. Ye aku tau, game ni dah lama tapi aku je baru main. Ketinggalan. Kehkeh~ :face15:

Wednesday 26 February 2014

Colorclimax (Instagram)



Jom follow @colorclimax (IG) untuk design baju yang unik & lain dari yang lain from @abimhassan (IG). Latest product t-shirt with glow in the dark design. Super awesome and cool!! They open for order now. Maybe lepas ni ada produk-produk terbaru yang akan dikeluarkan oleh @abimhassan. 


Support them! Just follow their IG and maybe you can find something awesome there;)



 
Glow in the dark. Cool giler!! Kehkeh:16:
For more details please contact number as state above picture. TQ!! :11:

Propa semata-mata~


*Internet kami yang terpantas! Langgan sekarang!!
*Percuma internet 30MB dengan hanya tambah nilai RM30.
*Internet kami yang paling laju dan pantas!!

Semua ayat manis-manis. Sampaikan aku pun hanyut dengan ayat pemanis depa.
Tapi bila langgan. Nak loading Facebook ambik masa berpuluh-puluh minit. Tu pun tak complete. Bila buka instagram, lagi la. Gagal terus. Nak komen? Sila cuba lagi. Padiaaa ni??!!

Indah khabar dari rupa. Aku takmau la cakap telco mana tapi ini nasihat aku sebagai pelanggan hampa. Nak iklan gempak boleh tapi action tu biarlah seiring dengan iklan tadi. Kalau betul internet korang yang terpantas, kenapa time aku guna lembap mengalahkan siput? Nak kata tempat aku takdak coverage? Masalahnya duduk kawasan lain pun sama jugak lembapnya. Buat sakit hati je, beli MI mahal-mahal, tapi tak berguna. Sebab slow sangat. Sangat-sangat. Kalau sikit-sikit aku boleh consider lagi kot.

Ok tau. Semua pasal keuntungan. Peduli apa dorang dengan keluhan pengguna "kecil" macam aku ni. Kehkeh.

p/s: Bab internet slow complaint je aku ni  kan. Haha memang!!

Cotton Candy | via Tumblr

#54 Wordless Wednesday






Just falling in love with Pepero:face9:

Tuesday 25 February 2014

Mata berat..


Petang-petang macam ni, penyakit mata mai dah. 
Makin lama kelopak mata makin berat.
Makin nak pejam. 
Makin.........

Kroihh...kroihh...


Boss mai " Hoi-hoi!! Bangun-bangun!!"
=_='

reptile-vagabond:

ay ypma utndm .s

Usah peduli


Jangan peduli,
Bila ada mulut-mulut yang bercerita hal kau.
Jangan sentap,
Bila mereka berbisik-bisik memandang kau.
Sebab kalau kau ambil peduli,
Kalau kau sentap,
Kau takkan boleh hidup tenang.
Kalau kau hidup dengan cakap-cakap orang.
Percayalah.
Selamanya kau rasa serba kekurangan.

Mereka tak tahu apa yang kau lalui.
Mereka takkan pernah faham.
Biarkan mereka dengan dunia mereka.
Yang penting kau bahagia.
Boleh jalani hidup macam biasa.

Kalau kau tak tahan,
Kau bagi ayat sentap.
Ayat pemati kata.

"Ada aku kisah korang nak cakap apa?"

Huhu......

I do not care!
Source: We Heart It

Monday 24 February 2014

Cara Memohon Pengurangan Pinjaman MARA


Setelah 3 tahun bertungkus lumus dalam mendapatkan segulung ijazah sekarang tibalah masanya untuk membayar semula segala pinjaman yang diberikan. Bayar! Pandai pinjam pandailah bayar demi masa depan kita jugak. Jangan sampai kena blacklist. Susah nanti. So, macam aku dapat pinjaman dari MARA. Bolehlah minta pengurangan daripada MARA. Hehe. Tak silap aku urusan untuk minta pengurangan bayaran balik pinjaman ni boleh dilakukan dalam tempoh 6 bulan selepas graduation. *Correct me if I'm wrong.

Disini aku bagi la step untuk siapa yang masih blur bagi apply pengurangan bayar balik pinjaman. Aku pun blur juga mula² tapi Google sikit dapat la info. So, check it out yooow! :D

Step 1:
Kalau korang nak tau berapa pinjaman yang korang dah guna boleh check di e-Baki. (LINK)
Caranya mudah, korang cuma perlu sign up dan boleh terus masuk ke account korang dan buat semakan pinjaman MARA korang. Step 1 ni cuma nak tau je berapa yang korang dah pinjam sepanjang pengajian korang. 

Dah tau kan berapa riban yang korang pinjam? Hehe so we proceed to the next step hokeyyy!! :)

Step 2:
Now, korang kena buka e-Conversion pulak untuk apply pengurangan bayar balik pinjaman. (LINK) Untuk pengetahuan korang cara yang aku tunjuk ini adalah permohonan atas talian. So lebih mudah dan cepat. Ye dak? Hehe. Dah buka e-Conversion? 
Ok kat sini korang perlu isi dua benda untuk membolehkan korang access account korang.
1. Isi No. K/P korang. 
2. Isi No. Akaun Mara korang.
Mana nak cari akaun MARA korang? Boleh tengok dekat e-Baki tadi atau boleh refer balik penyata pinjaman yang MARA selalu hantar ke rumah tu. Mohon cari sampai dapat.

Dari page e-Conversion, mereka dah letakkan panduan dan syarat² untuk minta pengurangan bayar balik pinjaman MARA ni. Korang cuma perlu klik link yang ada kemudian baca panduan mengisi borang permohonan tu betul². Jangan malas baca! Hehe. Bila dah faham betul² then proceed je dengan mengisi maklumat yang MARA nak dalam borang online tadi tu. 

Dan untuk pengetahuan korang, lepas lengkap je korang isi semua information dalam e-Conversion, korang kena print borang maklumat tu. Lepas tu korang kena pos dokumen kepada MARA dalam masa 30 hari dari tarikh korang hantar permohonan online. Dokumen tu adalah seperti dibawah. Penting ni!:

(i) Borang permohonan e-Conversion (Yang korang isi online tu)
(ii) Salinan Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/PhD/Profesional dan lain-lain (yang 
berkaitan) 
(iii) Salinan Transkrip rasmi 

Dan haruslah disahkan oleh benar (kena cop) oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/ Penghulu/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan. Macam aku, just mintak cop dari Guru Besar sekolah.

Dah siap. Korang cuma perlu tunggu 30 hari untuk buat semakan permohonan korang.

p/s: So sekarang tunggu dengan sabar. Hehe:face8:


Disebabkan ramai yang complaint call Mara selalu tak berjawab, aku terperasan no.tel ni dengan ext yang banyak sekali. So hopefully korang boleh cuba nasib dail each number yang ada ni.

Mohon klik gambar untuk pembesaran.

Friday 21 February 2014

Rezeki pagi Jumaat

Kawan aku email aku tadi. Dia kata duit BRIM dah masuk dalam account bank. Siapa yang taktau boleh la check sekarang. Mana nak tau rezeki anda jugak. Hehe Alhamdulillah. Ini BRIM orang bujang. blogger-emoticon.blogspot.com

Buka internet banking je check tadi. Tadaaa~~ :9: Terima kasih.

Wednesday 19 February 2014

DIA ada.


Dia ada.
Saat aku gelisah.
Bila hati tak tenteram. 
Masa aku dalam kesusahan.

Dia tolong.
Hilangkan resah.
Damaikan hati.
Ringankan penderitaan.

Dia cuma mahu uji hambanya.
Mahu tengok mampukah hambanya tempuhi.
Ingatkah hamba ini padaNya.
Doa, usaha & tawakal.
Percaya padaNya.
Itu yang penting.

Ya Allah,
Ampunkan aku sekiranya aku terlupa padaMu.
Aku hamba yang lemah.
Aku perlukan Mu.
Aku hanya ada kamu.
Walaupun aku sendiri ketika itu.

Jummah Mubarak ❤ | via Tumblr
Source: We Heart It

#53 Wordless Wednesday


Danique 👑
Source: We Heart It

Tuesday 18 February 2014

Talam

Talam dua muka.
Jaga-jaga.
Sini dia cerita lain.
Sana dia kata lain.
1 cerita asal.
Tapi dia olah pelbagai versi.
Ditokok tambah penambah seri.
Barulah cerita sedap di dengari.
Ye dak?

Depan semuanya kau baik.
Mungkin dia nak pergunakan kau.
Belakang?
Betapa azabnya dia burukkan kau.

Hati-hati.
Mulut dia boleh buat kita dibenci.
Jangan terlalu percaya.
Kecuali kau 100% kenal dia.
Terkadang terfikir apa salah kita.
Tiada salah.
Tapi hati manusia. 
Kita tak boleh jangka.
Bila ada gumpalan dengki.
Semua boleh jadi.

Hati-hati.
Mungkin dia sedang memerhati.
Untuk buat cover story.

Hehe.........

People with 2 faces
Source: We Heart It

Monday 17 February 2014

Bomba Busy~


Lately banyak sangat aku nampak kereta bomba lalu. Kadang² tu sampai 2-3 kali lalu sehari. Sebabnya banyak kebarakan berlaku. Yela, musim panas rumput² semua kering la. Cepat terbakar even kita baling putung rokok dalam semak. Bahaya sangat. So kena beringatlah. Api ni kecil² memang jadi kawan tapi bila dah besar jadi lawan.

Kalau tengok berita kat TV pun mesti ada cerita pasal kes kebarakan. Tragis tau dak bila hal² berkaitan kebakaran berlaku. Kesian kat mangsa. Hilang tempat berteduh. Hilang harta benda. Hilang orang tersayang. Sedih...

Kena pantau anak² kecil kalau depa main dengan main. Tambah² keadaan kering macam sekarang. Lagi 1 kena jadi bertanggungjawab. Jangan lepas merokok buang putung rokok kat tempat yang mudah terbakar. Kalau nak buang jugak sila padamkan api dulu. Beringat² sebelum kena. Ok?!!:face69:

So bulan ni tengok anggota bomba busy sebab banyak kes. Chaiyok²:face42:
Kalau takdak depa taklah macam mana. 





"Rumah terbakar panggil bomba.
Bomba datang berlumba-lumba."

p/s: Tetiba lagu ni terlintas dalam kepala ni. Aishh.

Sunday 16 February 2014

Cepat terpengaruh...........


Semalam ada post entry pasai tembikai oiii~ yang syok dimakan di musim panas macam sekarang ni. Hehe so ada kawan blogger kita Arham Md Ali ada cakap pasal Watermelon Steak! Huishh amenda tu? Aku pun taktau tapi beliau suruh pi Google.

So, hasil carian aku di Google inilah Watermelon Steak tu. I guess. Haha.




watermelon steak
Source: Google

Ok² aku tau ini nampak yummy giler!! Tambah² bila tabur² cheese kan. Maaf jakun sebab tak pernah tau pasal makanan ni. Tsskk :face41:

Rasa nak guling~ Haha nak try buat sendiri jugak boleh? Hehehe :face75: