Monday 5 February 2018

Mango Float di Kedai Makan


Drama Pendek 2018
Ismail Marzuki: Hello Ahmad Mustakim, kau tunggu aku dekat mana?

Ahmad Mustakim: Ya Ismail Marzuki, aku tunggu kau dekat Kedai Makan.

Ismail Marzuki: OK tapi kedai makan dekat mana Ahmad Mustakim?

Ahmad Mustakim: Kedai Makan dekat Jalan Mergong la Ismail Marzuki.

Ismail Marzuki: Aku tau la kedai makan dekat Jalan Mergong tapi kedai makan yang mana satu!?

Ahmad Mustakim: Ya Allah Ismail Marzuki!!! Kan aku dah cakap Kedai Makan dekat Jalan Mergong!!

Okey back to reality. 
Tadi tu drama je sikit.
Aku just nak bagitau, Mango Float dekat Kedai Makan ni sedap giler.


1st time aku cuba terus jatuh cinta. Teringat-ingat la sampai seminggu.
Next time kalau aku ke Alor Star memang wajib singgah kedai ini.
Ini map kedai dia. Aku pinjam dekat FB Kedai Makan. Hampa kena try tau!


♥ps: Menu dekat sini simple je tak banyak dan western food. Decoration kedai pun simple but unique.

Sunday 4 February 2018

Pantai Murni Waterfront, Yan


Ini cerita 2 minggu lepas. Isnin lepas merupakan cuti ganti Hari Keputeraan Sultan Kedah. So apalagi jalan² la. Tak pergi mana pun cuma nak cari tempat untuk riadah yang boleh rileks, FREE dan tak ramai orang. 

Maka pilihannya adalah Pantai Murni, Yan. Dekat je dengan rumah aku lebih kurang 20-30 minit je. Dulu masa single selalu juga datang petang². Aku suka pantai. Aku suka dengar bunyi ombak dengan angin pantai. Ya ampun tenang sangat rasa. Boleh jugak tengok gelagat orang. HAHA


Pantai Murni sekarang dah ada pembaharuan. Nama pun dah bertukar jadi Pantai Murni Waterfront. Laluan jambatan atas air dibuat menghala ke tengah laut. Aku tak pasti jarak laluan tu tapi pada anggaran aku lebih kurang 200 meter? 300 meter? Entah ;P



Tapi yang pasti kalau di waktu petang, kau akan disajikan dengan permandangan matahari terbenam dan sebelah lagi permandangan Gunung Jerai. MasyaAllah, cantik sangat♥ Dengan kepulan awan yang menutup sebahagian Gunung Jerai membuatkan kau merasa betapa kerdilnya diri atas muka bumi ini.




  





So bila dah ada tengah laut ni, apalagi jangan lupa selfie pulak. Boleh nampak sekumpulan ikan kecil tengah selamatkan diri dari dimakan ikan yang lebih besar. Bila air surut, boleh nampak banyak ketam² kecil dan siput cengkerang. Ikan belacak juga dilihat melepak sana sini. HAHA




Banyak kemudahan lain juga disediakan seperti taman permainan kanak-kanak, laluan pejalan kaki yang luas, kedai makan. Bolehlah kau cuba rojak buah dan ais kacang bila mai ke Pantai Murni. 

♥ps: Hilang segala stress bila hadap semua keindahan ini.

Friday 2 February 2018

#superbluebloodmoon

Siapa tengok gerhana bulan Super Blue Blood Moon 2 hari lepas? MasyaAllah cantik sangat. Maha Kuasa Allah yang menjadikan keindahan ni kan?

Aku ada la ambil gambar tapi maklumlah bila pakai kamera cikai ni nampak macam titik jela dalam gambar. Tapi berjaya juga la snap masa bulan tengah merah.





Kecil je kan. Nanti tunggu aku beli kamera mahal kot boleh snap seketul gambar bulan HAHAHA berangan :p

ps: Tahun 2018 banyak fenomena astromi yang akan berlaku.

posted from Bloggeroid