Saturday 30 June 2012

Trip: Kelantan #2

Assalamualaikum.


Datang membebel lagi. Haha *pftsss nak bercerita lagi. Lepas aku pergi melantak, shopping 'downtown' aku pergi mengembara keesokan harinya pulak. Hahaha awesome sungguh hidup kan? Haishh.


Esoknya, tempat pertama yang aku pergi, Pasar Siti Khadijah. Hehe pergi beli sayur ker? Tak lah pergi tengok kain pasang, tudung pelbagai dan keropok makanan bagai. Hewhewhew~ Anyway, aku cuma beli kain pasang untuk my beloved mom. Hehe *anak mithali kononnya. Beli keropok lekor 2kg *makan sampai muntah, jalan-jalan, ambil gambar. Bagai-bagai betul kan. Hahaha;)



Eh aku ambil pic ni. Cantik sungguh!! Bhaha;p



Lepas tu kan, aku pergi Kampung Kraftangan. Hehe pusing punya pusing, cari punya cari baru jumpa. Padahal sejengkal je dengan Pasar Siti Khadijah. Tourist guide tak boleh pakai. Bhaha-,-
Dalam Kampung Kraftangan ni ada muzium kraftangan yang menempatkan barangan diraja, barang sejarah kot. Hahaha *nampak sangat tak alert. Dengan bayaran RM2 seorang boleh la tengok pakaian diraja, canting batik macam-macam lah. *Tak ingat lettewwww~







Awesome!! Banyak kan? Hehe.



Ni la muzium yang aku cakap tuh. Nak ambil pic dalam muzium tak boleh. Huhu;)







Oh ya, lupa nak cakap kat Kampung Kraftangan ni jugak jual keychain, barang kraftangan macam yang aku tunjuk pic kat atas. Hehehe *semua pic show off!! Grrr. Hahaha;) Lepas jalan bagai nak lenguh, pergi lunch. Ada kedai makan best punyer juga kat sini. Sat nak tunjuk kat korang!!>,<




Taraaaa!!! Kekeke>,< Ni la kedai makan yang aku serbu untuk lunch. Restoran Nasi Ulam!! Apa yang best? Makanan yang ada macam ayam goreng, keli goreng, ulam-ulaman, tempoyak, makanan orang Kelantan yang aku tak tau nama apa. Hehe yang pasti sedap dan mengenyangkan!! Harharhar:D Nak tengok? Ikan keli sebesar lengan makan share 2 orang tau. Memang puas dan harga pun berpatutan sangat!! Patut try makan kat sini tau korang. Auww~



Ha!! Tengok ikan keli tuh. Besauuu sangat!! Hehe kenyang derr. Brupp!!
Ha lepas tuh jalan-jalan pusing Kota Bharu. Pergi KB Mall, makan lagi, jalan lagi sampai penat nak terkeluar lutut. Huhu. Tu pun rasa tak complete sebab tak pergi Rantau Panjang. Hahah next time kot. Heee:)


p/s: I love travel. Jalan-jalan. Tau! Saper nak ajak aku p jalan, confirm tak menyesal! Agaga;p *Tak malu-,-

Thursday 28 June 2012

Trip: Kelantan #1

Assalamualaikum.


Anybody miss me? Hahaha *bajet retiss semua orang nak rindu. Rasa macam lama tak buka blog *padahal baru berapa hari je. Kekeke>,< Actually, semenjak 3 hari lepas aku pergi jalan makan angin kat Kelantan. Memang 1st time la aku pergi sana. Hahaha rasa macam kesian pulak. Well, pergi tengok negeri orang sambil jalan-jalan sekali sekala plus aku pulak tengah bercuti kan. Tapi tu ah, geng makan angin aku tak dapat ikut. Kalau ada beliau rasanya boleh putus urat kentut kau! Hehe by the way, my sister & her friends yang bawa aku jalan-jalan petang aku sampai Kelantan. Siap sewa kereta kau, nak sambut princess ni. Err-,-


Aku sampai dari Sg. Petani ke Kubang Kerian around 6pm. So, tempat first jadi tempat jalan kami adalah Food Village dekat Pengkalan Chepa.


Food village. *Abaikan muka gemuk ini. Grrrr!!

Dinner kami adalah Chim Chum. Aku pun tak tau apa tuh maksud Chim Chum tapi yang aku tau ia adalah steamboat yang macam kat Johnny's tuh. Hehehe. Tapi yang best adalah hidangan ala buffet yang membolehkan kita ambil makanan yang kita nak tanpa limit!! No limit hokeyy kau nak makan sampai meletup pun. Dengan harga RM19.90 satu kepala makan la banyak mana kau nak. Aku? Makan segalanya laksam, ayam, hotdog, buah-buahan, kerang, udang, gajah. Oh, gajah tu tipu. Heee;p Tapi ada syaratnya, segala yang diambil perlu makan sampai habis kalau tak charge lain akan dikenakan. Dalam erti kata lain "Jangan membazir kerana membazir amalan syaitonnnn." Hahaha:)
Aku hidangkan Chim Chum kepada kalian. *sila jangan jatuhkan air liur anda.











Hambik semua gambar tengah melantak. Giler kau seminit pun aku tak berenti makan. Pheww~

Oh yah, they're my tourist guide. Hahaha;p


Lepas melantak makan bagai, tempat seterusnya adalah Wakaf Che Yeh. Selepas pusing-pusing pusat bandar Kota Bharu sebab sesat & blur tak tau jalan, akhirnya sampai jugak atas usaha seorang brother hensem kat stesen minyak. Beliau yang bawa kami sampai kat sana sebab beliau pun nak pergi sana. Harharhar. Pape pun thanks brother hensem. *Phuiii puji ada makna;p Hahaha. Sampai je sana akhirnya baru aku tahu Wakaf Che Yeh ni macam Downtown Cheras tu la. Hahaha hoyeahh apa lagi. Time to shopping tau!! Harus beli tapi sebabkan percutian bajet aku pun kena lah bajet dalam berbelanja. *Tu pun ada short duit jugak-,- So, apa yang aku beli? Cuma jersi harga RM10 2 pasang dan skrit harga RM19 sepasang. Agaga sungguh tak mengagumkan. Tudung? Mungkin harga standard tapi aku tak beli. Boley lari bajet kalau beli. Kahkahkah:D


Abaikan muka kusam teruk tuh. =,=




Lepas tu kami pun balik lah sebab semua dah barai, nak muntah, pening sebab penat. Haha sebabkan aku menumpang di hostel USM Kubang Kerian, so jimatlah duit hotel. Hahaha. Tu lah namanya percutian bajet. *Konon~ 
Hokey lah aku cerita sampai sini dulu. Ntah esok lusa tulat aku sambung lagi mengomel. Aku tau korang tertunggu-tunggu. Cisss!!*Perasan terokkk!!


p/s: Pesanan aku, kalau nak travel pergi dengan kawan/saper saja yang suka travel. Baru enjoy. Kalau pergi dengan orang yang banyak songeh, confirm bengang!! Hahaha menyesal lagi tambah. Hewhewhew~

Friday 22 June 2012

Why I love blogging?

Assalamualaikum.


Salam jumaat, semoga hari yang diberkati Allah;) Ha tengok tajuk ala-ala mat salleh gitu nyahh, auwww.
Hehe auuww tu macam pondan lak. *Opss tak baik, tak baik. Heee.


Kenapa aku suka blog, tulis blog, blogwalking, merapu blog, membebel blog? Mesti ada reasons kan. Huhu.
Sebelum ni aku ada blog lain but it has been deleted. Sebab? Biarlah rahsia *nyanyi lagu Siti Nurhaliza, lalala~ Niat dah tak mau la ada blog tapi tak boleyy der. Terketaq-ketaq lutut dan jari-jemariku akibat ketagihan blogging. Jangan fikir benda lain hokeyyy!! Hewhewhew~ ^^


Sebab aku suka blogging?
1. Aku suka menulis
Memang aku suka buat karangan time SPM dulu. Harharhar. Walaupun ayat BM aku kekadang failed susah nak faham tapi aku tetap suka. Biarlah ayat tak macam sasterawan negara janji aku bahagia. *perasan nak jadi sasterawan negara-,- Sebab aku boleh express apa yang aku tak boleh express secara realiti, aku tukarlah dengan cara penulisan. Hokeyyy what? Bhaha;p At least orang faham apa aku nak sampaikan jadi lah. Kan? *Bajet feymes semua orang baca penulisan aku, ppfftttss!!
2. Tambah & kongsi ilmu pengetahuan
Ada blog ke takde ke memang ilmu tu penting. Sekarang ni kalau nak share ilmu dah tak payah susah-susah guna microfon cakap dalam dewan orang ramai. *Tetiba teringat cerita Hantu Kak Limah. Semua kat hujung jari je. Kat Facebook, kau click je button Share, 1dunia boleh baca kau punya share tu. Share la benda baik-baik, jangan kau pergi share gambar biru 18sx. Buat dosa kering je nanti. Huhu;p Dari situ kau dah boley kongsi. Lagi satu, blogwalking dari blog ke blog, boleh tambah knowledge. Benda yang kau tak tau pun bila baca kau tau. Macam aku, buta IT, tapi aku cari info kat blog dah jadi reti. Hehe *hidung kembang kempis rasa bangga. Contoh lagi, kau tahu susu badak air warna pink? Kau tahu? Tau takpe, yang tak tau? Sekarang kau dah tau, aku pun baru je tau. See, ilmu boleh tambah & kongsi bersama. Dimana-mana, aku tak cakap blog saja. Tapi sebab aku selesa share semua ilmu dekat blog. Hehe;)
3. Boleh berinteraksi & kenal kawan baru
Yang ni best, aku assume semua followers & blogger sebagai kawan baru aku. Yeah, kawan baru. Dapat la kawan kan, even tak rapat tapi mesti berinteraksi kan? Dari tak kenal lansung boleh berkenalan what. Jangan la sombong-sombong, kalau kita baik, orang pun baik dengan kita. Faham? Heee:D Best apa! Huhu so, kepada Forever Alone tuh, buat la blog. Confirm dah tak Forever Alone lagi. Jyeahhh!! *over tau! 


Dah la kot. Aku share 3 reasons je la. Kang kalau banyak-banyak, harus korang nak baca panjang-panjang. Haha, kalau ikutkan aku banyak je reasons. Bertukar pendapat, tukar & bagi idea, bergurau-senda lagi, kongsi ilmu agama, kesedaran & macam-macam. Tak larat nyahh oii aku nak list semua. *Dasar pemalas
Hokeyy la setakat ni. Janji apa yang aku tulis memuaskan hati aku. Haha:p


Sedikit ilmu untuk dikongsi:




p/s: Dulu masa sekolah jadi pelajar terbaik BM Form 5>,< *Riaknye perempuan ni!!Grrr;p

Wednesday 20 June 2012

#2 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.


Credit: Facebook
Tengok picture ni merunsingkan aku. Cuti semester membuatkan aku jadi macam kucing ni:(

Tuesday 19 June 2012

Erti sahabat

Assalamualaikum.


Lepas cinta-cinta, aku cakap pasal sahabat pulak. Hehe. Apa hado dengan sahabat? Macam-macam hado. Faham. Macam jenis pulak sahabat tuh. Ada BFF *macam Spongebob dengan Patrick tuh, ada Teman Tapi Mesra *sambil nyanyi, ada teman biasa, ada juga teman semasa senang ATAU susah. 
Pilih je nak yang mana. Kekeke>,<


Tapi bila nak bersahabat kadang-kadang ada caranya. Cara nak kekalkan hubungan sahabat tuh. Bukan mudah ye. Kadang-kadang hal kecil je boley gaduh. Boleh terasa. Just untuk remind diri aku sendiri, kita berkawan dengan manusia. Punya hati & perasaan. Lainlah kalau nak ikut kepala kita aje, baik kawan dengan beruang. Biar kena tamporr dengan beruang tuh. Hahaha;p


Nak kekal kawan?
1. Tolenrasi
Betul ke aku eja? Huhu tolak-ansur. Penting kan? Kadang-kadang mesti ada berbeza pendapat. Contoh senang la, nak pergi makan. Hari-hari kau makan bihun tomyam *macam aku tapi kawan kau nak makan chicken chop kat kedai lain pulak. Apa salahnya sekali sekala ikut kawan pulak. Baru bahagia rumah tangga. Cewahh!!-,- Dalam hal lain pun, tak salah mengalah. Orang cakap "Mengalah bukan bererti kalah. Kadang kala pengalah tu lah orang yang menang baik punya" Kan? *Kalau kau menang pun bukan dapat hadiah ye dak? Hewhewhwe~


2. Abaikan
Abaikan apa pulak? Bukan aku suruh abaikan kawan korang ye. Abaikan perasaan negatif kita. Iri hati, cemburu, dengki. Tak salah nak cemburu, tapi luahkan dalam landasan yang betul. Aku cemburu bila markah test kawan aku tinggi dari aku. Tapi aku tak santau dia, aku tak reka cerita kata dia meniru. Aku lawan dia dengan study sungguh-sungguh. Persaingan yang positif lagi diberkati Allah kan:) Aku study sama-sama dengan dia even dia tak ajak aku pun. Lantak la kan. Hihi. So, sila abaikan perasaan-perasaan hati ni jika nak kawan kau kekal.


3. Cepat terasa
Ni lagi 1 kes. Cepat touching. Melawak sikit dah touching teruk. Seriously, sekali dua takpe la. Ni kalau dah berkali-kali, 1 je aku nak cakap "Aku muak nak berkawan dengan kau!" Haha kejam sungguh TT__TT Betul kan? Kalau kau jenis yang gemar melawak, dah melawak sikit touching, buat-buat muka. ha macam mana? Aku simpulkan, kalau nak toucing biar lah bertempat. Kalau setakat kawan kau tercakap kasar sedikit buat dekk je. Mungkin terkesan tapi tak serious. Sebab kawan dengan orang, maybe dia pun ada masalah. Kita tak tau kan. Tapi kawan tu jangan selalu pulak cakap kasar, KAKI makannya. Kkekeeke;p


4. Happy always
Ni pun penting. Jangan monyok 24 jam. Asal balik dating je buat muka minta penamporrr Jepun. Asal balik rumah je hempas barang, hempas pintu. *Hempas kepala baru ada akai;p Tension kawan-kawan yang. Sumpah tension aku cakap. So, kalau gaduh dengan boyfriend kat luar, kau jangan jadikan kawan-kawan kau mangsanya. Cuba cerita kat mereka, pasti mereka faham. Kau pun lega sebab boleh luahkan masalah, kawan kau pun bahagia. Mengerti??? Chill selalu. Gelak-gelak, tengok running man, gurau senda. Healthy way to release tension plus boley mengeratkan hubungan kawan tuh:)


5. Appreciate them
Lagi satu, hargai kawan. Tak minta banyak pun. Sekurang-kurangnya bila kawan kau bercakap tolong Dengar & Tengok muka mereka. Ni tak, kawan kau bercakap, tengok henpon, tengok laptop, pastu tanya balik apa kawan kau cakap tadi. Memang panas hati!! Gggrrrrrr *over lak-.- Lagi 1, kawan kau bukan kuli kau ye. Haha sebab apa aku cakap macam ni. Suruh ambik tuh, ambik ni, kena dengar cakap kau always, tak boleh pergi situ, tak boley pergi sini. Habis kau boley pulak duk meronda merata. Time kawan kau nak enjoy kau halang. Aku cakap based on reality. Yess!!Ada kes macam ni. 
Appreciate what you have, before time teaches you to appreciate what you had.
Wah panjang berjela entry nyahh!! Huhu. Salah silap harap maaf. Ini pandangan aku je. Kalau ada yang terkena aku tak kata but sapa makan cili dia terasa pedas. Haha *nak kena lempang budak ni
Cuma nak remind aku je. Aku share la dengan korang. Kan sayam? Heee:p


I adore them. Bhaha;p
credit: Google

Saturday 16 June 2012

Cinta jarak jauh - Kekal ke tidak ye?

Assalamualaikum.


Cinta jarak jauh. Dah lama kan dengar pasal isu ni. Dulu selalu gak aku dengar kat radio, baca kat internet pasal cinta jenis ni. Ada yang kasi tips la, ada yang bagi pendapat la dan ada juga yang tak percaya hubungan jauh-jauh ni. Ehhmm.


Tapi kali ini, aku sendiri yang terkena cinta jarak jauh ni. Bhaha *padan muka;p Jauh, from Kuala Lumpur to Kedah. *pheww~ If aku cuti semester that means kami tak jumpa la sepanjang aku bercuti. Tapi kalau aku dekat KL tu, selalu la jumpa. Hehehe.


Kadang-kadang orang cakap, cinta jauh-jauh ni tak kekal lama. Sekejap je dah break. Haishh.
Pada aku la kan, kalau nak cinta tu berpanjangan it's actually depends on how we manage that relationship. Betul tak? *Jodoh itu tetapan Allah, kita hanya berusaha.


First thing, trust and loyalty. Kalau takde 2 benda ni serious aku cakap, Good Bye *lambai-lambai. Both side kena saling percaya dan setia. Kena percaya apa yang pasangan kita buat. Tapi jangan percaya saja kesetiaan? Pasang scandal. Nak kena sebat la tuh. Hehe;p Tak guna jugak macam tu. Second, cemburu. Ini memang kena control. Cemburu itu perlu orang cakap sebab 'cemburu tandanya sayang'. Tapi kalau dah keluar setakat nak beli cekodok kau nak cemburu, mari sini aku lempang laju-laju. Kah kah kah. *sila gelak jahat hokeyy. Jangan memkhinzir buta ye cemburunya, especially perempuan. Laki pun sama jugak!-.-


Yang seterusnya, sabar. Ini pun penting der, kalau takde yang ni mau hari-hari gaduh lawan tumbuk. Baling-baling henpon. *Dari baling baik bagi aku. Jangan, kita kena sabar. Biasalah bila lama tak jumpa, macam-macam la syakwasangka. Kan? Huhu.


So, aku bagi 3 jelah. Tapi ini lah yang kami guna dalam relationship kami;) Alhamdulillah kalau itulah jodoh aku. Huhu seram aku baca ayat aku sendiri. Kekeke>,<
Banyak lagi sebenarnya elements yang boleh digunakan dalam hubungan macam ni. Tapi sebab ini based on apa yang aku guna, so aku bagitau yang ni jela. Haha.


Bagi aku, jauh macam mana pun kau, kalau kau ikhlas sayangkan seseorang, mungkin akan kekal. Tapi kalau sekadar kau nak suka-suka, sampai bila pun takkan kekal. Ingat, what goes around comes around. Kalau hari ini kau tak jujur, esok lusa orang pulak tak jujur dengan kau. Sekian. *cissss
To love is nothing. To be loved is something. To love and be loved is everything.
p/s: Oh mama, saya mau kahwin *Gatai budak ni, grrr.

Thursday 14 June 2012

Macaroni goreng

Assalamualaikum.


First time ni buat macaroni goreng. Main letak je bahan-bahan pun. Sayur apa pun takde. Haha. Dapat la compliment and suggestion dari Mak. Lain kali kalau buat lagi, kenalah tambah sayur, lauk-pauk supaya nampak lebih menarik. Bhaha hokeyy lah mak:)


Teringin nak makan tengok resipi lebih kurang macam buat kuah spageti. Apalagi try la buat, pedas sikit. Tapi pass kot ujian memasak, boley lah kahwin pasni. *Hahaha perasannye-.-


Asyik makan je aku. Bila la nak kurus kalau macam ni kan. Bhaha aduhainye pun.







Pasni boley la balik rumah sewa try buat lagi. Hihi;p


p/s: Banyak juga aku buat, tak abis jawabnya bertambah bahan makanan dalam peti ais nanti. Haha

Wednesday 13 June 2012

Dah sampai;)

Assalamualaikum.

Dah sampai? Apa yang sampai? Hehe. Ni ha, bawal polka dot aku dah sampai. Bukan ikan ye, tudung. *tu pun nak show off. Huh! Mana ad show off:p Haha. Ini aku beli dari schoolmate aku. *Selalu kan asyik pakai selendang, pashmina bagai. Ubah la angin pulak ye dak. Huhu.

Dia buat sedikit innovation pada tudung bawal kosong. Letak corak leopard, polka dot or zebra. Haha aku ni tak boleh tengok benda unik. Nak membeli je. Pffttss!

Baru sampai;) 





Boleh match dengan baju yang ada. Huhu, perempuan. Apa boley buat kan. Memang jadi kegilaan la tudung ni. Bhahaha;p

Kalau interested boley la tengok-tengok kat Facebook beliau *Tolong promote^^ Tapi kena add la dia ye. Kkekeke>,<
Murah je kawan-kawan, yang penting jahitan tuh kemas. Memuaskan hati aku yang cerewet ni. Puhh!

p/s: Raya ni pakat order ramai-ramai. Heee.

#1 Wordless Wednesday

Cat Ju-on
credit: Facebook
New movie release: Cat Ju-on.
Genre: Cute, Horror-.-

p/s: Kalau kucing aku macam ni, berterabur lari malam-malam. Aishh.

Tuesday 12 June 2012

Barang yang lepas jangan dikenang

Assalamualaikum.


Tetiba tajuk macam peribahasa paper BM  untuk SPM kan? Dah buang tebiat ye cik kak? Hee-,-''
Takde lah. Mana ada buang tebiat, buang angin banyak derr. *Mengarut! pfftts.


Bukan nak mengutuk apatah lagi nak mengata. Ewahh! Ni cuma pendapat yang ingin aku kongsi bersama korang. Plus, boleh lah bagi komen & pendapat yang beras. *Macam Shin Chan. Bukan, bernas. Hehehe.


Al-kisahnya macam ni. I just get a message from my friend. Ada someone *dari dunia Pokemon suddenly sent a message to my friend. Dalam mesej menyatakan dia mahu minta maaf. Sebabnya? Dia pernah kutuk dan mengata kami dulu. *Padahal kami tak tahu pape pun. Huhu. Then, okey lah. But apa yang kami curious tahap cipan adalah why now she suddenly apologize? Dan hal yang pernah berlaku tu dah lama berlaku. Tahun lepas, tahun-tahun lepas maybe. Ha tengok aku pun dah tak ingat. Memang dah lama kan?


Yeahh, yeahh dia minta maaf. Then, kenapa perlu ragu-ragu kan? Accept saja lah. Kerana malas nak fikir, kami terima sajalah. Orang minta maaf kan, why not maafkan je. Benda baik. Biasalah, benda lama bila diungkit balik pasti akan terasa kesannya. Macam luka lama berdarah kembali. Cewahh ayat aku!! Hmmpphh hmmphh!! *Hidung kembang






Kesimpulannya, bagi aku kita WAJIB siasat dulu sesuatu perkara sebelum mulut kita lancang mengutuk atau mengata. Kan? Aku pun pernah buat jugak benda yang sama, so by my experience aku rasa homaigoddd!!! How dumb I act before. Haha buat malu je kan. Aishh *Garu-garu kepala. So, for "her" I forgive you. Maybe at that time you don't know the truth. But now hopefully, we are matured enough to evaluate the good and bad things^^.
If one forgives others, Allah bestows more honour on him.


p/s: Salah dan silap aku juga harap dimaafkan. Nobody perfect:) Ayat di atas adalah gurauan ye^^


"Lets bygones be bygones. Hokeyyyy!!>,<"

Monday 11 June 2012

Keinginan wanita

Assalamualaikum.


Tetiba kali ni bercakap pasal keinginan pulak kan. Huhu 
*macam-macam aku =,=' 
Memang tak dinafikan semua manusia punyai keinginan. Sanggup lakukan apa saja untuk penuhi keinginan mereka. Tapi kali ni aku kecilkan skop keinginan kepada keinginan seorang wanita.


Idea tercetus dari mak aku sebenarnya. *I love you mommy!!^^ When my mom talk about desire. Bukan keinginan nafsu, materialistic, keduniaan but it is a desire that every single Muslim women want it. Yeah, I admit. I want to fulfill that desire too. What it is, haa?


Sebenarnya ia adalah keinginan setiap wanita untuk melihat atau mendapatkan suami yang boleh menjadi imam mereka ketika bersolat. Itu yang mak aku cakap. Seriously, sebelum ni tak terlintas pun dari hati aku ni. But, someone from a part of my family told my mom about her desire. Yes, the desire that I've mention above. Frankly speaking, I'm not a perfect person and also not so good in Islamic matters but in deep of my heart I say "I want that feel too". Perasaan bila kehendak paling teratas dapat dipenuhi. Mesti hati berbunga sakura riang kan? Heee.


Mak aku cakap jahat mana pun perempuan tu, bebas mana pun perempuan tu, sebaik mana pun, seburuk mana pun, semulia mana pun. Mana-mana wanita Islam di dunia mahukan itu. Betul kan? Aku rasa betul. Korang rasa? Entah, korang je tau. Hahaha;p


"Kau tak alim pun sibuk-sibuk nak bakal suami alim? Layakkah?" Ermm, siapa lagi yang akan membimbing kalau bukan orang yang tinggi ilmunya. Tak macam tu ker? Ini pendapat aku. Kalau yang bagus dipasangkan dengan yang bagus tentulah hasilnya super bagus kan? Tapi kalau yang tak bagus dipasangkan dengan yang tak bagus juga, apa hasilnya ye? Ada akal fikir. *Suruh orang fikir lagi minah ni. Huhu. So, mungkin yang bagus diciptakan untuk membaguskan seseorang yang tak bagus.  Faham!! Boley macam tu?;)


Mungkin ada betul dan ada salahnya. Terpulanglah pada kita untuk ambil yang terbaik atau sebaliknya. Tapi mana ada manusia mahukan yang terburuk untuk hidupnya kan. Cuma mungkin jalan/cara yang dilalui mahupun dipilih itu berbeza. Ikut rasa masing-masing lerr:)


Keinginan wanita untuk melihat suami atau menjadi imamnya ketika bersolat bersama.


InsyaAllah, penuhi keinginanmu wanita. 


p/s: Belum terlambat untuk melakukannya bagi pasangan yang halal. Better late than never;) Chill ladies. Oh yeah, no picture for this entry. Bhaha.

Sunday 10 June 2012

REVIEW: Sumber Ayu Body Scrub

Assalamualaikum.


Kali ni nak post pasal produk kecantikan pulak lah. Hee boley macam tuh? Sumber Ayu Body Scrub. Ni aku baru je nak try. Sebelum ni ada juga aku pakai body scrub masa mandi tapi bukan dari brand ni la. Hehe.


Lepas guna Sumber Ayu Body Scrub ni aku rasa kulit aku lembut je. Serious tak tipu. Wangi pulak tuh. Wangi sewangi wanginya. Boleh bau? Hehe. Sumber Ayu Body Scrub yang aku pakai ni "perisa" bengkoang. Haha bengap sungguh ayat tuh. *Tapi SPM paper BM dapat A okeyy. If I'm not mistaken, scrub ni ada banyak jenis pilihan tapi yang aku pernah tengok selalu kat kedai-kedai adalah Bengkoang, Susu dan Bunga. Pilihan-pilihan lain? Sila Google. Bhaha *tak guna punya budak^^  Lagipun lepas tonyoh-tonyoh scrub ni kat badan, segala bapak, tokwan, nenek ataupun moyang daki akan keluar tanggal habiss ye tuan dan puan sekalian. *Over, dah macam duta produk pulak. Hehe. Sabun pun dah tak payah guna lepas tuh;)








Dengan formula baru yang diperbaharui, Beauty 5 in 1 fungsi scrub adalah *cilok info dari produk:
Membuang kotoran dan sel kulit mati.
Membuat kulit tampak lebih cerah dan terawat.
Menjaga kelembutan kulit.
Melindungi kulit dari radikal bebas.
Memeberikan kesegaran.


Selalu dah pakai sabun mandi kan. Sekali sekala tukar pakai scrub ni best juga. Memang lembut je kulit ni rasa. Hehe. Murah saja harga scrub ni pun^^ Aku nak teruskan cuba produk ni, nak tengok apa perubahannya nanti pada kulit aku ni:)


p/s: Aku semakin excited dengan produck kecantikan. Especially make up stuffs. Haisshhh-.-

Saturday 9 June 2012

Jangan bertangguh kerja tau!

Assalamualaikum.


2 minggu cuti sekolah dah nak habis kan? Haha padan muka budak sekolah. *kejam aku
Gurau adik-adik. Mulakan sesi persekolah dengan ceria tau!! Padahal aku dulu kalau cuti 2 minggu aku akan tambah extra lagi seminggu. Okey, itu tipu. Aku rajin je pergi sekolah, tapi dalam kelas time cikgu mengajar, otak aku ada kat New Zealand. Tengah usya lembu makan rumput. *shit Apa aku membebel.


Actually, idea entry terhasil disebabkan cousin aku. Cuti dah berabad, esok lusa dah nak sekolah, hari ni baru tergesa-gesa, tertonggeng, kalut malut nak buat homework. Berdekad cuti kau buat hape?! Nak marah tapi kesian pun hado. Homework bagai sebanyak duit syiling yang penuh dalam tabung khinzir. Banyak kan?*sopan ayat aku Haishh memegang title student UPSR sangat bahagia. Adikku pulak rilex macam berjemur di bawah matahari ditepi pantai. Hidup bahagia kerja sekolah semua belum terusik. Hadoiyainye pun. Malam ni baru nak menggelabah biawak tenuk dan sebagainya.


Bertangguh kerja memang menyusahkan. Usually benda camni memang selalu jadi kat aku:


Expactation: Aku boleh handle/buat kerja alst minit dengan perfect. 
Reality: Last day before submit, demam, tak cukup masa, task susah membawa kehidupan yang derita selepasnya.


Termasuk aku, student yang berkarisma memang selalu bertangguh kerja. Assignment 2 jam lagi nak hantar baru nak start buat. Presentation 1 jam lagi baru nak siapkan. Tapi, Alhamdulillah aku berjaya juga buat. Tapi hasil selalu tak berapa awesome lah. Last minute punya kerja. Hahaha. Mana hensem kalau buat assignment cepat-cepat!! Hehehe.


So, jangan bertangguh kerja ye guys. Buat kerja laju-laju. Baru berkualiti, mantap bergaya hasilnya. Terbaikk^^ *Boboi Boy!!-.-


p/s: Semester depan FYP baik punyerrr, harap aku sangat rajin semester depan. Wehooo>,<


Mr. Popper Penguin says "Don't delay your work guys. Do it ASAP!!"
Sibuk je penguin ni, dia takpe la tak pergi sekolah. Heee 

Friday 8 June 2012

Mana perginya kasih-sayang manusia?

Assalamualaikum.


Lately kalau buka tv, newspaper, internet mesti banyak kes bunuh. Tak kira la kat Malaysia ke, Brazil ke, Somalia ke semua sama saja. Bunuh, mati, tikam, maut!! Honestly, kadang-kadang aku memang rasa tak tenteram lansung. Sentiasa kena alert. Believe me, bukan aku sorang je rasa orang lain pun mesti rasa benda yang sama kan. Kes bunuh kerat-kerat ni dah macam penyakit/virus yang boleh berjangkit-jangkit pulak kan? Aduhai, dunia sekarang.


Bukan apa, terdetik nak tulis tajuk entry ni sebab dalam minggu ni aku banyak jugak tengok news yang scary sangat ni. Aduhainye punnn *geleng-geleng kepala
Suami tibai bini, emak korek biji mata anak, isteri tembak dan kerat suami, penggal kepala isteri. Errr phewww~ Dah macam tak sanggup nak taip lagi. Kejam semuanya.


Aku macam tertanya-tanya jugak, apa sebabnya jadi macam ni ye? Sebab stress cuaca panas sangat ke? Ke sebab banyak hutang? Masalah keluarga? Pinjam Ahlong ke? Main-main sihir la? Haishh macam-macam spekulasi lah derrr. Fuhh. Dugaan hidup sungguh. Manusia yang Allah ciptakan penuh dengan kasih-sayang jadi sekejam-kejamnya. Lebih teruk dari binatang.


Takkan ada binatang dikalangan manusia tapi akan ada manusia dikalangan binatang. 


Sangat betul sekali kan? Mak aku ada pesan, sehebat mana pun kita, sebesar mana pun masalah kita, sepayah mana pun dugaan/ujian kita, selagi kita ingatkan Allah selagi itu kita mampu bertahan. Haha tapi aku ni nasihat tu lah yang tak pernah nak take serious. Dah jadi masalah baru nak insapp. Kalau sentiasa mendekatiNya, ingatkanNya for sure kita takkan terbabas dari landasan yang sebetulnya kan. 
Sobs:(


Pendapat aku la kan, apa yang aku pernah baca pembangunan pesat, kemajuan ni pun faktor juga penyumbang keganasan. Haha memandai je aku kan bagi pendapat bagai. Biarr. Yela, logik juga kan? Manusia dah hilang tolerances, respect each others. Semua hebat bagakk rasa nak picit je. Err-,- *over


Stress duit tak cukup laki bini asyik gaduh, hutang rumah ada 34 tahun lagi (macam cerita Shin Chan), hutang melebihi pendapatan, taraf hidup tinggi!! *sroooootttt semputtt:p


So, kadang-kadang terfikir apa yang membuatkan seseorang itu bertindak luar batasan. Apa yang membutakan mata dan hatinya. Bunuh? Sudah lali mendengarnya setiap hari!




kalau The Avengers betol ada aman je dunia. Haa *berangan aku
credit: Google


Encik Captain hensem ni ada pun dah hokeyyy^^ *berangan terok!!
credit: Google


p/s: Lock pintu rumah dengan padlock besar, jangan keluar sorang. Kalau nak lagi selamat kawen cepat? Syokknye^^ Hehehe *gatai

Thursday 7 June 2012

Rindu si Buncit

Assalamualaikum.


Sekarang aku tengah cuti semester. Alhamdullilah, semester depan merupakan semester terakhir aku. Pray all the best for it. Makin bertambahlah FYP, assignment, test dan quiz bagai kan. Sob sob. Heee.


Yaaa, cuti maka kosonglah rumah sewa aku tuh. Tapi aku rindu pulak si buncit kat rumah tu.
Ala kalau korang nak tau, Buncit ni haiwan peliharaan tidak rasmi aku kat rumah sewa nun. Hahaha;p
Selalu kalau buka je pintu rumah mesti mengiau mintak frieskist. Kira dia nih pelanggan tetap frieskist sekilo 4 hengget aku beli tu la.


Dan aku memang obses gila dengan kucing ni. *mata bersinar
Bukan gila yang tak pakai baju seluar tuh, ni gila sebab minat, suka dan sayang teruk kat kucing. Bhahaha;)
So, in this entry nak show off la kat korang si Buncit comeyyy bergaya ala-ala perut boroi.




"look at me, I've SEXY EYE!!kekeke>.<"




Sebelum ni Buncit ada kittens. Tapi semua hilang. Ada orang buang maybe. Kejam, pisahkan ibu dengan anak. Ingat binatang tak sedih ke ha? Grrrrr *Emo lak minah ni.


FYI, Buncit ni buta sebelah mata. Tapi don't worry, tetap sexy dan cute!!^^ Hahaha
*Perempuan gila kucing dah mengarut-.-


Yeahh, aku memang suka kucing. Rasulullah pun suka kucing kan. Mungkin aku takde kucing lima belas ratus ekor kucing di rumah tapi ada 1 tempat baik punya aku selalu kasi makan kucing terbiar kat situ. Ada la sorang pakcik tolong bagi makan jugak. *Baiknyeee Kadang-kadang aku pernah nampak sorang auty India kasi mereka makan ikan mentah. *Sangat baik^^ Start dari situ la aku pun teringin juga kasi mereka makan. Hehehe
Seriously, kadang-kadang rasa macam nak buka rumah untuk perlindungan kucing satu hari nanti. Haha.
Okeyy la, nanti aku kenalkan lagi menatang obsesi aku next entry. Ada lagi. Hehe.


p/s: Pelik dengan orang yang benci kucing;p 

Wednesday 6 June 2012

Running Man^^ addicted

Assalamualaikum.


Maaf entry berunsur ketagihan. Haha bukan ketagihan rokok mahupun drugs tapi ketagihan nak tengok variety TV show Korea, Running Man. Kekeke~ even show ni dah lama since 2010 if I'm not mistaken, dah buatkan aku jadi gila nak gelak saja asal tengok RM. Recently, tengok mereka punya games makin menjadi-jadi, kreatif and the most important is hilarious okeyyy:p Tuh yang buat aku menjadi sawan berkali-kali kalau tak tengok. Hehe. Confirm kena tengok, kalau tak rindu saja nak buka laptop tercintaku ini. Bhahaha.


Mula-mula tengok macam bosan je plus aku dulu memang tak minat sangat cerita Korea. Not like my little sis, minat sangat Korean artist. Over tau. Hehe. But lama-lama layan memang lawak. RM lain, bukan cinta-cinta tapi main-main. Unexpected games pulak tu. The favorite part dalam RM yang lepas time tea time or lemon time. Macam-macam lah. Lawaknya sebab diorang kena pilih sudu or cebok or senduk sup untuk pilih kuantiti serbuk teh, kopi yang diorang kena minum nanti. Sangat la hilarious tau!!^^ Senak perut gelak.


Until now, RM masih lagi ada. Dah masuk 2 tahun kot. Aku still lagi melayan menatang ni. Syokk wooo^^ 
My cousin says,
Running Man?Tau. Oh tak tengok. Tak layan pun.
Okeyy fine. Kau tak layan rugi dude;p *Aku paksa orang layan lak kan?Melampau tau. Hehe 


Favorite players: Monday Couple!!both cute^^

Love this part at Coffee Shop. Episode 34, maybe.
Credit: Running Man 런닝맨


p/s: Tak sabar nak tunggu next episode. 

Monday 4 June 2012

My first step:)

Assalamualaikum.


Langkah pertama dalam memulakan penulisan baru. Blog baru. Hehe. Aku merasakan aku harus melakukan penghijrahan. Dah lama aku fikirkan okeyy. Cuma ada rasa ragu-ragu, 50%-50%, ahhh macam-macam lah. Hewhewhew~ still sayangkan lagi blog lama but I have my own reasons to close that blog. Let bygones be bygones. Cewahhh speaking gitu aduhainye pun. 


Untuk yang baru biarlah semuanya berbau positif. Aku dah xmau jadi negative thinker lagi. Serikkk;p Hahaha. Tak best lansung tauu. Mungkin akal yang belum matang ditambah emosi melampau tenuk buat aku nak tulis je kan semua benda buruk. Bhahaha. Shame on me. *sigh


Hopefully, this time I've learned what a matured woman should do, thinks, acts and etc. Yeahh pengalaman mematangkan seseorang. I admit it. So, on this blog I will try *pheww to write the positive things. No more gaduh-gaduh, no more benci-benci. I will try. Hahaha Insyaallah^^


So, lets start babyyyy!!!jyeahh!! Datang dah perangai sawan aku. Hahaha. Hidupkan penulisan dengan kegembiraan not with sorrow or hate. 
Bak kata one of the bloggers (I don't remember who)  
" Saya tak akan menulis blog ketika sedih atau marah. Takut penulisan akan berbau kebencian, kemarahan atau kesedihan. Lebih baik blog ditulis dalam keadaan gembira kerana penulisan yang dihasilkan akan menjadi lebih baik".
Wooo rasa tak percaya aku yang taip entry nih-.- Hehehe.


By the way, aku harap semuanya akan menjadi baik-baik sahaja. We don't know what will happen later but we can prepared it earlier right? Hahaha apa aku merepek haaa? Err whatever la baby.
Harap semuanya menjadi lebih positif!!^^


credit: Google


p/s: First and foremost.....:)