Friday 31 May 2013

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree





Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





Friday 24 May 2013

Rains~

Assalamualaikum.

Ntah kenapa semenjak dua menjak ni aku suka dengan hujan. Hehe mungkin sebab panas yang agak panjang buat aku tertunggu² rintik hujan. Dalam minggu ini hanya sekali je hujan kat kawasan aku ni. Itu pun syukur. Rahmat jugak tu.


Paling suka hujan lebat waktu malam. Best je tidur. Rasa nyaman sejuk² gitu. Hehe. Bunyi rintik² hujan jatuh atas atap pun layan je dengar. Sampai tertidur. Haii, takda apa yang lebih merdu daripada irama semulajadi. Kan? Syukur Ya Allah.

Tertunggu² mungkinkah hujan akan turun malam ini?ヽ(•‿•)ノ

Wednesday 22 May 2013

#27 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.
Morning Glory Pool is a hot spring in the Upper Geyser Basin of Yellowstone National Park in the United States.





Source: Google & Wikipedia
Subhanallah!

Teduhan Kasih

Assalamualaikum.

Rasanya dah ramai kot buat review pasal drama baru kat TV3 ni. Teduhan Kasih, adaptation from novel. Menggantikan drama Sedetik Cinta. Tengok pulak Adi Putra yang macho nachos, favorite actor den tuh. *Nasib baik laki orang-_- Mihmih;3 


Nampak dari jalan cerita tu macam best. Moh la layan petang² nanti ye. Dari dok bergosip buat ketupat tengok cerita ni lagi berfaedah. *Berfaedah kerr? Err, haha.


Source: Google *Bijik mata bersinar tu aku yang tambah
Oh melting~ *Hormon galak-_-

Tapi OST Teduhan Kasih ni layan juga ye. Hanya Aku nyanyian Hyper Act. Taktau la ni lagu lama ke baru tapi first time dengar aku dah suka>.< *Nampak tak betapa ketinggalannya aku disitu.


Hanya Aku-Hyper Act

Monday 20 May 2013

Manners

Assalamualaikum.

Well sebut pasal adab atau omputihnya "manners" rasa semua orang dalam dunia ni tau. Tapi bila takdak adab secara automatiknya boleh tukar jadi kurang ajar atau omputihnya "rude". So rude mehhh!

Kisah petang tadi dekat market. Ya² market tempat crowded dengan manusia. Nak beli ikan la, sayuq la, kucing la. Ehh haha tak lawak-_- Kalau pergeseran atau mana² perlanggaran tubuh berlaku aku assume itu normal. Yela, dah kalau tanak terlanggar or tergeser sila shopping ikan sayur di Pavilion. Kurang la potensi nak langgar² ni. Actually aku tak kisah pun kalau pergi tempat crowded macam tu kita terlanggar. Just say SORRY and done. Simple right?

Tapi bila petang tadi ada la perempuan langgar aku. And maybe my fault too because I didn't notice her at my back. Then as usually sorry tu memang akan keluar dari mulut aku. Part yang aku hangin bila perempuan tu looking at me dengan sinis gila pastu jeling maut punya. Perghh menyirap. Is she deaf? Aku rasa macam aku cakap sorry bukan maki. I say sorry what! Tapi lain pulak yang aku dapat. Dengan muka sombong dah boleh beli ikan di market rasa macam datin² la takleh langgar? Nampak macam small matter je kan. Apa hal la aku nk kecoh sangat tapi bila difikir balik memang geram. 

Disini bukan aku nak membebel apa cuma aku terfikir. Memang zaman makin canggih tapi orang lansung tak canggih. Perangai memang di takuk lama. Yela bila seseorang berikan kita buah yang baik jangan la pulak kita balas dengan tahi yang busuk. Nampak? Apa salahnya turunkan ego atau sifat sombong tu sikit. Tak rugi apa² kan. But well, untuk menyejukkan hati aku ini aku just anggap orang ni tak cerdik. Sebab kalau orang yang cerdik dia punya adap tu memang tahap tinggi punya. Orang² tak cerdik je kurang sikit adab ni. Kan? Kahkahkah. 

Mulalah pemikiran hitam aku mengarut menghasut² fikir benda tak berfaedah ni. Hukhuk-_-

Sunday 19 May 2013

Serangga dan sekolah.

Assalamualaikum.

Dulu masa tingkatan 1-3 aku disekolahkan di sebuah sekolah dekat dengan kaki bukit. Tapi aku lebih suka cakap sekolah aku atas bukit. Sebab kena hiking ringan² sebelum sampai sekolah-_- Nak mudahkan imaginasi hampa anggap je keliling sekolah dan hostel aku ni hutan. Dan aku duduk hostel since tingkatan 1. *Hampa nampak betapa berdikarinya aku.


Bukan nak cakap apa tapi hostel aku ni banyak betul serangga. Setakat lebah, semut, rama² saiz kecik² tu kira normal la kan. Tapi yang special aku rasa pasal hostel aku ni adalah serangga tu extra saiz. Gabak punya. Memang rare la bagi aku. Yelah, mana la aku pernah jumpa serangga obesiti kat rumah. Kat hostel aku je ada. Huhu.


Serangga extra saiz yang buat aku gerun sangat dan selalu la merayap² dalam hostel untuk takutkan insan yang lemah macam aku ni banyak.

1. Lebah obes


Apsal aku panggil lebah obes? Sebab lebah² yang terbang dalam bilik study mahupun dalam dorm sangat la gemuk². Serious! Aku terpikir gak camna la si obes lebah ni boleh terbang? Tak berat ke? Err-_- *Abaikan
Tapi sekali mereka terbang aku rasa macam nak menyorok je dalam selimut pastu terus krohhh kroohh. Takut weh! Sekali dia hinggap pastu dia cocok dengan sengat dia tu mau bengkak badan aku. Actually aku penah la kena sengat lebah tapi lebah kecik² je. Itu pun sampai bengkak kaki aku meh. Grrrr.

2. Riang-riang


Aku taktau la kat tempat korang panggil apa menatang ni. Tapi yang pasti tempat aku depa panggil riang². Tengok macam lalat je aku lukis. Dia lebih kurang macam belalang tapi besar. Pastu dia akan keluarkan bunyi "Rettt..rettt..rettt" *Jangan baca dalam hati. Bunyi sekali. Menatang ni sumpah aku geli. Aku pernah menangis sebab menatang ni hinggap kat tudung aku masa study malam. Siap bunyi lagi. Ada sekali tu aku menyorok bawah meja. Cilakak betul. Sampai sekarang aku trauma. 

3. Lipan


Aku rasa semua orang tau kot menatang ni. Lipan. Kalau taktau jom aku bawak pergi zoo. Kita buat lawatan sambil belajar. Apa yang lejen sangat pasai lipan ni kat asrama aku adalah ada sekor lipan ni dia suka buat jamban budak perempuan sebagai port dia lepak. Aku syak lipan jantan la ni. Ada sekali tu aku nak masuk jamban, aku dah check baik punya lipan tu ada ke tak. Tengok clear je masuk la. Sekali rasa ada benda berjalan kat kaki seluar. Apa lagi aku punya menggelupur kalah ayam yang kena sembelih habaq hang. Jatuh la lipan jantan tak guna tuh dari seluar aku. Nasib baik dia tak kokak ha. Kalau tak, eiii taktau la nasib aku. Lepas kejadian aku dah tak pernah masuk jamban tu lagi. 

4. Kupu-kupu


Kupu². Takda apa pun yang special cuma kupu² yang terbesar pernah aku jumpa kat kawasan hostel adalah sebesar tapak tangan aku. Besar sikit kot. Tu la yang besar aku pernah tengok selain kupu² di zoo negara. Tapi masa kau jumpa tu beliau dah arwah. Arwah memang cantik sayapnya. Cantiklah walaupun kebanyakkan kupu² punya sayap warna koko. Takdelah segorjes rama². Huhu.

Sepanjang aku belajar kat sekolah tu yang tu lah serangga ajaib yang selalu aku jumpa. Kira dah jumpa selalu takde lah ajaib mana pun. Tapi yang pasti depa ni semua besaq². Macam aku katakan tadi, serangga obes. Biasalah bila keliling sekolah adalah hutan. Normal kot. Kot la. Huhu Tapi bila depa terbang ja atas kepala aku memang bersepah aku menyorok. Geli!!!



Friday 17 May 2013

Renungan Jumaat

Assalamualaikum.

Sekadar renungan buat kita semua:)


Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI

Isteri Pertama : Tidak diberi perhatian
Isteri Kedua dan Ketiga : Selalu di beri perhatian
Isteri ke empat : Terlalu diberi perhatian dan kasih sayang

Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘Mahukah kalian menemaniku di alam kubur?’

Isteri ke-4 : ‘Sorry! Sampai sini sahaja aku mengikutmu.’

Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘Kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja.’

Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘Aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu.’

Siapa isteri pertama hingga ke empat?

Isteri ke 4 - Adalah harta dan kekayaan kita
Isteri ke 3 - Teman-teman kita
Isteri ke 2 - Keluarga kita

Isteri Pertama - Merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia.

Source: Facebook

Thursday 16 May 2013

16 May 2013

Assalamualaikum.

Sepatah dua kata dari anak didikmu. Terima kasih cikgu.




Wednesday 15 May 2013

Make up in 10 seconds?

Assalamualaikum.

Jumpa video ni kat Facebook tadi. I think it funny walaupun tak faham depa cakap apa. Haha nak advertise Window.com kot. Layan je la~


Sapa yang agak nak cepat boleh guna cara perempuan yang #3 tuh. Kahkahkah-_-

Monday 13 May 2013

Apa nak jadi?

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni teknologi makin canggih tapi aku rasa manusia pulak makin tak canggih. Tak canggih dari segi bukan tak reti nak guna gadjet atau teknologi tapi tak canggih dari adab, perbuatan, perangai. Aku bukan main cakap je tapi ini dari apa yang aku tengok dan alami.

Aku bagi contoh mudah la. Facebook. Tujuan asal kita berfacebook ini apa? Bila difikir balik mula² kita sign up account Facebook ini untuk cari balik kawan² lama kita kan. Nak eratkan balik persahabatan yang lama terpisah. Tapi bila tengok Facebokk sekarang macam² yang jadi. Medan perang politik, keyboard warriors, jadi lama untuk mengaibkan orang, menyebarkan fitnah/berita palsu. Aku rasa semua orang nampak kot. Boleh nilai kot. Macam dah hilang tau sifat kasih-sayang tu. Manusia jadi makin biadap. Bercakap ikut rasa, luah suka hati dalam Facebook. No respect each others anymore. Sedih kan?

Bab gadjet lain pula. Smart phone. Cuba tengok dalam LRT ke, bas ke time balik keje. Kebanyakkan daripada kita leka. Leka dengan hand phone. Macam duduk dalam dunia lain. Takda dah zaman nak sembang² dengan kawan sebelah. Yes, aku pernah ada dalam situasi bila mana kita bercakap tapi masing² dengan hand phone masing². Rasa macam cakap dengan kayu lagi tak menyakitkan hati. Bila kita tegur kita pulak kena hentam. "Ala hang takda smart phone, boleh la cakap macam² kat kami. Jealous la tu". Oh serious WTF kenapa aku nak jealous. Kat sini bukan aku nak highlightkan aku jealous takda smartphone tapi hampa nampak tak apa yang aku rasa? Apa yang aku alami?

Senang cerita tengok dan nilai apa yang berlaku dalam kehidupan kita hari ini. Kadang² geleng kepala aku. Anak tak hormat mak bapak. Eh, dia ingat dia boleh hidup dengan sihat walafiat ke kalau mak bapak dia ni tak bela dia. Kurang ajar. Isu lain pulak. Gaduh sana, gaduh ini. Masing² dengan ego. Takmau mengalah. Konon kiasu sangat. Bila ditegur mulalah nak melenting. Hal agama tolak ketepi terus. Sebab tu hidup rasa kosong bila tak takut dengan Allah. Dengan hantu hang reti pulak melalak takut terketar².

No hard feelings okey. Just my two cents. Tak kata sapa². Jangan nak terasa sangat okey. Sekian.

Homemade Meatballs Sauce~

Assalamualaikum.

Musim la ni ramai betul tengok kawan² post pasai makanan. Tambah² meatballs Abang Burn. Hamboihh kemain lagi terliur aku tengok. TT__TT Tapi disebabkan tak berkesempatan lagi nak pergi *tak silap Alor Star ada kan? so aku pun decided nak buat sendiri la. Homemade sos meatballs ni. Hehe rajin tak? Daripada menanggung kempunan yang tak berkesudahan baik aku try buat sendiri.

Berbekalkan line internet, laptop dan Google apa lagi. Cari resepi la. Haha. So terjumpa la resepi yang nampak mudah sikit dari SINI.*Terima kasih ye kak, hihi. Cedok² sikit resepi tu ada juga la yang aku derhaka tak letak. Hehe tapi Alhamdulillah. Rasa macam menjadi. Selagi aku tak muntah hijau makan masakan sendiri aku kira itu masakan aku menjadi. Rasa sedap je selesa je masuk dalam tekak aku itu dah dikira ohsemmm~ Hehe.

Sos dah jadi. Meatball dah beli. *Beli je tak larat aku nak gentel meatball  sendiri. Mula-mula goreng la meatball tu. Makan mentah kang orang cakap kanibal pulak, huhu tak lawak. Ok² pastu curah je la sos tu. Aku letak sikit sos cili. Aku tengok kebanyakkan resepi letak jem stoberry. Ha ikut perut hampa la nak letak apa pun. Stoberry ke, durian ke, jering ke, petai ke janji hampa rasa sedap. Mihmih;3

Jadinya, taraaa!!!






Aku saja letak gambar banyak². Sapa yang nak kecurkan air liur dia sila tenung lama². Kahkahkah;P

Sunday 12 May 2013

You're everything, Mak!

Assalamualaikum.

Hari ni straight to the point la aku cerita. Semua pasal mak. Hari ini hari mak-mak kan? Hihi tapi ni pasal mak aku bukan mak sapa².



Yang segak cun melecun bertudung purple tu lah mak aku. Hehe ni zaman aku muda mudi dulu. Yang mana aku hampa carilah. Kahkah yang pasti gambanq ni memang lejen. Seingat aku ni masa kami p melawat zoo taiping. Yeke idak? Err.

Senang cerita tanpa mak tiadalah aku. Sebab mak la aku sihat, sebab mak la aku boleh kenal ABC, sebab mak la aku tersenyum, sebab mak la aku pandai masak sekarang, sebab mak la aku pandai urus diri, sebab mak la aku tahu nak guna mesin basuh, sebab mak juga la aku pandai nak menilai baik & buruk. Banyak lagi  sebenarnya. Apa saja yang jadi dalam hidup aku adalah semua sebab mak aku. Awesome kan mak kita?

Aku rasa mak hampa pun macam tu jugak. Dia yang bagi kasih-sayang, sedia makan minum, ibu, guru & isteri. Memang superwoman la mak aku. Aku rasa Ultraman ke Batman pun rasa datang nak menuntut ilmu je dengan mak². Power sangat!

So, sempena Hari Ibu ni nak la aku katakan yang aku sayang sangat kat Puan Zainab Mat Saman! Sayang sangat!! Mihmih;3 Selama 24 tahun tanpa jemu melayan kerenah anakmu yang comel. Ouchh!>,<
She's everything to me! Tanpa beliau siapalah aku ni. Tskk.

Tengok NONA tadi sedia bila tengok mak² yang kena tinggal oleh anak² depa di rumah jagaan orang tua. Kesian. Sedih. Macam mana la tergamak depa buat kat insan yang jaga depa dari kecik sampai la depa boleh buat perangai buang mak! Macam nenek tu cakap la "Mak seorang boleh jaga anak 10 orang, tapi belum tentu anak 10 orang boleh jaga mak seorang". Betul kan?:'(

Kepada semua mak, ibu, mama, mommy, ummi atau tak kira la hampa panggil apa aku just nak wish Happy Mother's Day. Sayangilah mereka selagi mereka ada. Hargailah perngorbanan mereka. Syurga kita pun di bawah tapak kaki mereka. So apa lagi? Jangan jadi anak derhaka! Hehe.

Oh² tadi main google punyer doodle. Then, terhasillah kad Mother's Day ni!

Comel!>,<

Wednesday 8 May 2013

#26 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.


Ini normal. Hehe.

Sarapan diet~

Assalamualaikum.

Semenjak seluar jeans aku mengecil, baju pun mengecil aku rasa aku patut buat sesuatu untuk kecilkan saiz badan aku juga. Taktau lah kenapa baju seluar semua mengecil. Mungkin sebab cuaca atau faktor sabun basuh kot. 

So, I think I should do something. Turunkan berat aku. Maklumlah, duduk di rumah. Mestilah aktiviti yang dilakukan tu membuatkan lemak² aku tepu. So, aku tunaikanlah hasrat aku. Start semalam, aku dah mula keluar jogging. Hehe *tolong jangan buat muka terkejut jebon. Ye aku jogging. Aku sendiri pun tak percaya. Pergi berjogging di kaki Gunung Jerai sangat lah PENAT! Haha. Kawasan berbukit, bayangkanlah. Memang lah penat bagi manusia yang 'jarang' berjogging macam aku ni. Tapi sebabkan tempat tu sejuk dan segar, tetiba rasa nak pergi lagi.

Dari segi makan, memang dah tak melantak sesuka hati. Aku kurangkan pengambilan karbohidrat dan banyakkan minum air kosong dan mamah sayur-sayuran. Buat la sup ke, tomyam ke. Bagi aku bila kita makan makanan yang jenis bersup lebih cepat kenyang. Aku dah cuba buat sup sayur. Tomyam ayam sayur. Huhu. Sungguh vegetarian aku rasa ini jam-.- Harap apa yang aku buat ni boleh la konsisten sehingga dapat hasil yang aku mau. Oh yeah, aku jugak rasa nak try amalkan green tea. Okey ke?

Sarapan diet aku sekarang?

 

Taraaa!! Telur goreng bersayur. Aku taruk tomato, bawang banyak-banyak sama itu cili sikit mayonis dan secubit garam. Goreng sampai rangup makan dengan sos. Kenyang. Serious kenyang. Kira perut boeh bertahan dari lapar.

Hopefully aku akan berjaya menurukan sikit berat ni. Mana nak tau ada orang masuk meminang nanti. Eh, apa kaitan? Mihmih;3

Monday 6 May 2013

Penanam Anggur

Assalamualaikum.

Dah masuk 2 minggu aku berkecimpung dengan kerjaya baru. Sangat ohsemm untuk sesiapa yang berhajat nak menambah berat badan dan memelihara lemak sekitar perut dan leher-.-
Sebagai petani alaf baru hang boleh menanam tanpa cangkul, baja mahupun biji semaian. Mudah kan?

Dalam kata lain, penganggur. Penganggur reti? Huhu dah 2 minggu juga la aku dah habiskan latihan industri. Ini masa aku cakap, berat badan akuu boleh naik mencanak sebab kerja aku makan, tidur. Kalau berpekdah sikit pun aku blogging sama online. Sikit pun peluh wanita aku ni tak merembes. Hebakk kan?

Jadi buat masa sekarang memang aku akan bergelumang dengan resume. Job street, SPA dan segala jenis web yang tawarkan pekerjaan akan jadi BFF aku. Ohsemm kan? Tak. Tak ohsem sebenarnya.


Aku nampak macam tekong nasyid pun hado. Mihmih;3 
Kakak-kakak ohsem tempat aku kerja. Teach me lot of things.
Kira macam aku ni from zero to hero. Haishhh~

Siapa rasa nak beli anggur mari la order kat aku. Tapi bila tahun dapat makan aku tak sure. Hahaha~


Sunday 5 May 2013

Saya sudah. Anda?

Assalamualaikum.

Akhirnya aku berjaya buat pemilihan yang konon sukar sangat tu. Haha. I'm done. How about yours?
Hari ini timeline FB penuh dengan jari berdakwat, gambar sekitar tempat mengundi dan bla bla bla. Haha.


Aku dah pangkah. Hampa? Mihmih;3

Saturday 4 May 2013

Jom mengundi~ (ノ^_^)ノ

Assalamualaikum.

Nampak betapa excitednya tajuk aku? Sama excited macam baru lepas ambik gambar dengan Aaron Aziz. Haha first time ni aku belajar nak memangkah pemimpin yang berkaliber. Ingat senang ke nak decide. Sama susah macam nak pilih antara Aaron Aziz atau Adi Putra untuk buat marka.

Tak kisah lah nak undi timbang kati ke, bulan ke, roket ke, peta Malaysia ke, bintang ke pangkahlah. Kalau hang rasa yang tu benar telus berkaliber hemsem hang pangkah lah. Make a wise choice. Mak aku la kata ni. Aku nak bagi tips lebih aku pun noob lagi. Huhu.

Apa pun selamat mengundi kakak, makcik, adik, abang, pakcik, tokwan & seluruh Malaysian. Yang bukan Malaysian, hang jangan kalut! Tengok saja. Hihi.

Aku kasik la tips yang TV tengah tunjuk tanpa henti sekarang ni.



Kerana mengundi~

Assalamualaikum.

Perghhh. Perghhh. Rasa macam berkurun tak hapdate blog. Maklumlah busy pasang poster pilihan raya. Ehh haha takde lah. Aku busy menyiapkan report intra yang kena submit sebelum 6hb ni. Tapi Alhamdulillah, semua dah settle. Baik punya kelam kelibut buat hard cover. Kalau hampa tengok betapa kalutnya Iron Man nak selamatkan awek dia, aku double triple lagi kalut dari dia. -.- Maklumlah, nak kejar dengan tarikh mengundi. Haishh~

Okey. Tutup kisah submit report. Aku nak story pasal mengundi pulak. Semalam aku nak balik Kedah setelah 3 hari berkampung di KL. Dengan hidung kembang kempis gaya YB baru beli Volvo lama, aku excited pergi cari tiket. Tapi memang jilakeee sebab semua tiket habis and kebanyakkannya pukul 12 tengah malam. Kuciwa tak siapa tahu. Tapi harapan mula memancar bila ada mamat ni cakap tiket balik Kedah pukul 8.30 malam still available. Yang nakharommmnya bila dia kata tiket tuh harga RM65. Aku ulang, harga tiket KL-Kedah RM65. Mahal sengal! "Orang balik nak mengundi kak, sebab tu lah harga tiket mahal" kata mamat tadi dengan muka minta pelempang. Kepala hangguk kau. Apa bas tu boleh terbang ke apa yang mahal sangat. Dengan angkuhnya dia cakap lagi "Taknak takpe, ramai lagi yang nak tiket ni kak". Poracittt! Aku blah dari tempat panas tu sambil jawab "A'ah memang aku tanak tiket mahal ko".

Sabiaq jela. Nak mencekik darah pun agak-agak la. Ambik kesempatan. Kawan aku suruh je aku p buat aduan kat tribunal. Tapi dah aku tak beli tiket tu takde la aku nak p buat aduan pape. Memang hampeh. Aku lebih rela ambil bas pukul 12 malam. Rasa tak berbaloi. Takpa lah. Kat dunia ni hang kaut lah untung banyak-banyak. Kat akhirat nanti nendiaaa. Baru hang tau azab seksa api neraka.

Tapi sekarang aku selamat sampai Kedah dengan harga tiket yang jauh lebih murah. Esok boleh bersedia nak mengundi buat kali pertama. Hoyeahhh~ 

#Kalau bas awesome takpa la jugak. Ni tak, bas mini 10x ganda awesome aku rasa -_-