Thursday 25 September 2014

Nikmat sihat


Hai uolls!!

Haha lama betul tak menaip rasanya. Nak buat macam mana. Otak kosong. Asal buka blog macam blank gitu. Kehkeh. Okay, nak story je minggu lepas dan minggu ini adalah minggu aku tak sihat. Sakit macam-macam. Haha taktau la sebab apa. Sembuh sakit itu datang pulak sakit ini. Takpa. Redha. Kafarah ye.

Time sakit tu la teringat, haishh dulu time sihat tak mau bersyukur. Cuba la korang bayang, kaki sakit. Nak jalan tak boleh, nak main bola tak boleh, nak berlari-lari tak boleh. Seksa wooo. Kiranya aktiviti seharian kita terbatas sebab sakit kaki. Ha time ni baru la nak sedar yang betapa pentingnya tubuh badan yang sihat. Allah tak bagi kita nikmat kaya, duit banyak, harta menggunung tapi Dia bagi kita nikmat sihat. Sungguh! Bila sihat semua kita boleh buat. Cuba bayangkan kita ni makhluk paling kaya di dunia. Tapi sakit, hari-hari kena jumpa doktor, asyik baring je, kena makan ubat yang tak sedap setiap jam. Best ke macam tu? Kaya tapi sakit.

Haha sakit yang menimpa aku kebelakangan ini buat aku fikir banyak. Syukur Allah bagi aku sakit yang aku masih boleh tanggung. Selebihnya aku rasa sihat dan memang jarang aku ni ditimpa sakit.

Alhamdulillah. Nikmat sihat yang Kau beri adalah anugerah yang terbaik.

Source: Google

Thursday 18 September 2014

Hi!





Just want to say hi. Otak blank. Entry pun blank.
Sumpah kering idea. Masa pun mencemburui.

Friday 12 September 2014

Better you shut up, babe!!



It's better to keep your mouth shut up and appear stupid than open it and remove all doubt.

p/s: Takda pape pun just I'm getting bored with this 'species' ;p

Wednesday 10 September 2014

Special Wordless Wednesday: Thank You!



Usia makin menginjak. 
Angka makin bertambah.
Life your life.
Love your life.
Appreciated all the things happen in my life.
Thanks Allah.

Terima kasih pada yang memberikan ucapan.

Tuesday 9 September 2014

Nervous baq hang....!!


Nervous sangat hari ni. Harapnya semua berjalan dengan lancar. Apa yang aku usahakan selama ni biarlah menampakkan sedikit hasilnya. Aku bukan seorang pelajar yang cemerlang tapi aku juga punya mahu merasa apa yang dipanggil kejayaan. Tak dapat rasa banyak, sedikit pun jadilah. 

Pensel dah asah, pemadam, pembaris semua dah tersedia di dalam bekas pensil aku. Apa yang aku tahu, apa yang aku baca harapnya masih lagi tersemat kemas dalam ingatan aku ini.

Ya, buat kali pertama aku menduduki peperiksaan terbesar dalam hidupku. UPSR, walaupun keputusannya bukan 5A tapi apa yang aku dapat sudah cukup membuat aku tersenyum.


Halo!! Awak, itu kisah 13 tahun lepas. Hahaha.


Tak sangka kan, rasa macam eh baru semalam aku jawab UPSR, macam eh rasa macam minggu lepas baru habis PMR, rasa macam la bukan bulan lepas ke baru habis jawab SPM. Oh masa cepat berlalu. Dah bertahun tinggalkan alam persekolahan. Itulah moment paling giler pernah aku ada. Giler terbaik! 

Haha entah pasai pa aku pun tak tau. Hujan lebat pagi ni membuatkan otak aku menerawang kembali mengingati kenangan. Kehkeh jiwang sangat ioulls! Pftt.

Buat adik-adik yang ketaq tangan lutuit nak jawab exam pagi ni, chillex. Do the best. The rest kita tawakal dan serahkan pada Allah. Buat parents yang kecut perut yang mana anak-anak depa ambik UPSR hari ni pun chillex. Doa yang terbaik buat mereka! 

Wednesday 3 September 2014

#66 Wordless Wednesday




Setelah 6 bulan menunggu, akhirnya penantian sudah berakhir.
Boleh berlapang dada!! :)

Apa? Nak tau ini apa? Nah tengok sini!
posted from Bloggeroid