Nikmat sihat | miss fluffy


Thursday, 25 September 2014

Nikmat sihat


Hai uolls!!

Haha lama betul tak menaip rasanya. Nak buat macam mana. Otak kosong. Asal buka blog macam blank gitu. Kehkeh. Okay, nak story je minggu lepas dan minggu ini adalah minggu aku tak sihat. Sakit macam-macam. Haha taktau la sebab apa. Sembuh sakit itu datang pulak sakit ini. Takpa. Redha. Kafarah ye.

Time sakit tu la teringat, haishh dulu time sihat tak mau bersyukur. Cuba la korang bayang, kaki sakit. Nak jalan tak boleh, nak main bola tak boleh, nak berlari-lari tak boleh. Seksa wooo. Kiranya aktiviti seharian kita terbatas sebab sakit kaki. Ha time ni baru la nak sedar yang betapa pentingnya tubuh badan yang sihat. Allah tak bagi kita nikmat kaya, duit banyak, harta menggunung tapi Dia bagi kita nikmat sihat. Sungguh! Bila sihat semua kita boleh buat. Cuba bayangkan kita ni makhluk paling kaya di dunia. Tapi sakit, hari-hari kena jumpa doktor, asyik baring je, kena makan ubat yang tak sedap setiap jam. Best ke macam tu? Kaya tapi sakit.

Haha sakit yang menimpa aku kebelakangan ini buat aku fikir banyak. Syukur Allah bagi aku sakit yang aku masih boleh tanggung. Selebihnya aku rasa sihat dan memang jarang aku ni ditimpa sakit.

Alhamdulillah. Nikmat sihat yang Kau beri adalah anugerah yang terbaik.

Source: Google

7 comments:

  1. sakit tu mendekatkan kita lebih kepada Allah swt.get well soon ye

    ReplyDelete
  2. nikmat sakit tu sangat besar. dari sakitlah baru kite tahu bertapa keciknya diri kita ni yg selalu alpa :D

    ReplyDelete
  3. Time sakit baru lah perasan nikmat sihat kan hehehe get well soon :)

    ReplyDelete
  4. teringat ceramah mencari sakinah oleh dr.asri tentang nikmat sihat..
    tontonlah cik mime..
    mungkin akan ada yg terkesan lagi di hati.. :')

    ReplyDelete
  5. Sakit tu kadang-kadang tanda Tuhan sayang dan ingat kat kita, kan..Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.