Tuesday 31 July 2012

Kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum.


Yehuuuu setelah lama tak online, tak buka blog ni. Busy teruk plus sekarang aku dah balik semula menjalani rutin sebagai student semester akhir. Syioknyerrr^^ Pergi class time bulan puasa ni memang mencabar betul. Dengan malasnya, baloqnya, segannya & segalanya. Hewhewhew~


Bulan puasa ni mulut kena jaga, percakapan, perbuatan, pandangan, semua lah. Nak dapatkan extra pahala kan? Bukan selalu. Bab nak jaga mulut, lidah kita memang payah. Bukan apa, selalu asyik bercakap je kan, so bila nak limit kan percakapan memang la susah. Haha.


Sebab mulut badan binasa. Kenapa? Bila bercakap hati-hati la sikit. Think before talk. Jangan main bedal je kau nak cakap apa. Sebab kadang-kadang apa yang kau cakap boleh buat orang marah, boleh buat orang meluat. Macam contoh, tak payah la kau nak pergi cerita segala keburukan orang kat semua orang. Perlu ke nak meraih simpati? Ke kau nak cari populariti sebagai juara mulut becok murai of the year? Kesian aku sebenarnya kat orang macam ni. Yelakan sebab apa? Sebab apa yang kau cakapkan kadang-kadang macam reflection diri kau. Contoh mudah macam kau baling bola kat dinding, bola tuh melantun kena batang hidung kau sampai patah. Tulah maksud aku. What goes around comes around. Mengerti? Hahaha. 


Cukup-cukup lah ye? Kau menjaja cerita cakap si polan ni mulut longkang. Kau? Sama je kan? Membuka aib orang. Baik ke macam tu? Aku pun bukannya baik sangat. Sekadar mengingatkan diri aku juga. I'm not perfect tapi Insyaallah aku akan jadikan diri aku yang terbaik. Tak perlu nak sempurna dimata manusia sebab Allah yang menilai kita. Bukan manusia. Teguran untuk aku & rakan kesayangan aku:)


Jom kita berlumba menambah pahala dari berlumba mengumpul dosa di bulan yang mulia ni.


p/s: Tiket nak balik raya tak beli lagi. Adess-,-

Sunday 22 July 2012

Tiket raya dah habis?

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, selesai hari ke 2 menjalani ibadah puasa. Hehe. Baru 2 hari kan puasa? Kan? Kan? Apsal aku sibuk nak cerita pasal raya!!! Iklan kat tibi pasal raya, berita kat tibi pasal raya, tukar perabot nak raya, beli perfume nak raya, sale raya & macam bagai lagi jenis raya ye tuan-tuan & puan-puan-,- *excited sangat nak raya ker?Huh!!


Okey, done part pendahuluan. Sekarang isi karangan pulak. Ni semua pasal berita kat tv3 tadi. Tengah kusyuk sembahyang, emak aku menjerit "Mampuih la hang mi!!". Err terkejut aku tapi control. *tak kusyuk jadinya
Kenapa? Berita kata "Tiket raya kebanyakan sudah habis dijual". Harharhar. Cepat sangat!! Aku balik KL pun belum. Aku masuk sem baru pun hujung bulan ni. Macam mana lah tuh. Menggelabah biawak rakan-rakan aku di FB kisah tiket raya. Sekali dengan aku pun nak gelabah biawak gak. Haha. Solution?


So, seperti tahun-tahun lepas, mencari tiket raya last minit adalah menjadi pilihan aku. Tapi memang aku ni bernasib baik lah selalu ada je tiket. Hewhewhew~ *berlagak sikit Hope kali ni pun lucky jugak lah. Kalau tak menangislah aku sorang-sorang di pagi raya di KL. Raya dengan buncit di rumah sewa bersama.


Jom rileks macam aku. Mesti ada lah. Bus tambahan kan ada. *harap la kau!! Kalau takde sewa la kereta ke, tumpang lori ke, pinjam motor ke janji sampai. Haha yang aku tau sekarang masih awal lagi nak cerita bab raya. Aishhh-,- Ramadhan tuh yang patut kita berkejaran buat amalan dulu.



Okeyyy, selamat beramal. Sebulan je tau!!!>,<


p/s: Iklan raya kat tibi? Kalut raya je, puasa macam mana?

Friday 20 July 2012

Ramadhan:)

Assalamualaikum.


Esok puasa hokeyy. Aku minta maaf sekiranya ada tersalah bahasa, terkasar bicara, tersentap tang mana, berkecil hati juga. Maaf tau:) *macam raya pulak Hewhewhew~




Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya, lebih barakah:)

Monday 16 July 2012

Troll makcik~

Assalamualaikum.


Entry doodle lagi. Time masa terluang dan rajin buat doodle pulak kan. Haha tengok la masuk belajar balik, confirm setahun sekali aku post entry. *macam raya lak setahun sekali, hewhewhew~ Hokeyy kisah ni ada dalam Facebook cuma aku transformers kan jadi bahan bacaan kanak-kanak. Ada gambar gitu. Ouch!!>,<


Okey layan~

Zahid (bukan nama sebenar) suka makan cucur udang. 
Suatu hari beliau kempunan nak makan cucur udang. Dek kerna malas nak buat & goreng sendiri, 
Zahid rela keluar membeli makanan kegemarannya di tepi jalan.



Kerna tak sabiaqqq, Zahid pun makan la cucr udang yang dibelinya.


Nak tau hape yang jadik????


Dengan marah-marah, cucur udang tak berudang pulak penuh mulut, Zahid pun patah balik ke gerai makcik tadi dengan muka seperti tapir marah. *imagine lah sendiri macam mana.
Serangan beruang lapar dilancarkan oleh Zahid kepada makcik yang tak bersalah tuh.


Nak tau makcik tuh jawab apa?? Hehehe;p



Hambik kau Zahid. Sibuk sangat nak udang kan, abis badak kau tak nak??Agaga;)

Sekian, trimas kerana baca benda mengarut ni. Just for fun!!*paksa gelak even tak fun lansung-,- Herherher^^

p/s: Cerita takde kaitan & kena mengena dengan saper-saper. Harharhar.

Saturday 14 July 2012

7 Kalimah Mulia:)

Assalamualaikum.


Nak kongsi ilmu sikit. Ni jiran sebelah rumah aku kasi dia suruh baca. So, aku share dengan korang pulak ye. Hehe sharing is caring lah katakan. Hewhewhew~ Mungkin dah ramai yang tau tapi baca lah lagi. Confirm tak rugi punyeee;)


Apakah 7 Kalimah mulia?


Barang siapa yang menghafal 7 kalimah ini dia akan dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di laut.


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tipa-tiap menyelesaikan sesuatu.
3. Mengucap Astaghfirrullah jika lidah terungkap yag tidak patut.
4. Mengucap Insyaallah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap Innalillah hiwainna ilaihirojiun jika menghadapi sesuatu tak disukai atau tak diingini.
6. Mengucap Innalillah hiwainna ilaihirojiun jika menghadapi atau menerima musibah.
7. Mengucap Lailahaillallah muhammadar rosullullah sepanjang siang dan malam sehingga terpisah dari lidahnya.


Sebenarnya tengok balik ada 6 kalimah je tapi boleh digunakan dalam 7 situasi. Hehe dah ni yang beliau kasi untuk dibaca aku cuma copy & paste apa yang ditulis je;p Mudah -mudahan dapat memberi manfaat pada korang^^, Insyaallah.


p/s: Thanks to jiran aku yang kasi ilmu ni:) Hehe

Wednesday 11 July 2012

#4 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

Pagi yang hujan di kawasan aku. Rasa sejuk & tenang saja pagi Rabu ni;)

Sunday 8 July 2012

Motivasi diri

Assalamualaikum.


Bila diri kita kadang-kadang ada masalah, mesti rasa moral down kan? Tapi masalah tu lah yang mematangkan kita. Lari dari masalah bukan boleh menyelesaikan malah bertambah masalah lagi hado. Hehe.
So jangan takut la nak face the problem okeyy;) Sebab setiap apa yang kita di uji, ada hikmahnya. Allah takkan memberikan ujian itu jika hamba-Nya tak mampu nak hadapinya. Kan?


Aku admit juga, bila ada masalah saja, aku akan ignore kan benda tuh. Bagi aku masalah kecil tak perlu diperbesarkan. Macam contoh, orang mengata kita. Jangan bebankan hal remeh temeh macam tu atas diri kita. Biar la mulut orang nak mengata, asalkan kita tahu siapa diri kita. Mereka pun takde hak nak jugde kita kan? Lain hal jika itu masalah besar punya, you should face and solve it dear~ 


Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Yang tak selesai tuh bila kita sendiri yang tak berusaha menyelesaikannya. Yeah, sebagai manusia biasa *bukan Ultraman mahupun Sailormoon aku pun bukan suka nak selesaikan masalah cara betul. Haha tapi itulah, cara menyelesaikan itu yang menunjukkan kematangan kita. Lagi satu, ego. Jangan jadikan ego sebagai halangan kita. Ego tak salah tapi ego perlu kena tempatnya. Mengerti?! Hewhewhew~




Kuatkan diri, cekalkan hati pasti ada ganjaran yang menanti, Insyaallah:) Doa juga penting sayang.


p/s: Chaiyok, caiyok!!^^ *maaf tak dapat bergiat aktif nak blogwalking, internet super duper lembap siput sedut. Grrrr!!!

Thursday 5 July 2012

Mustache^^

Assalamualaikum.


Misai oh misai. Kenapa? Aku tumbuh misai ker? Bhaha tak mungkin. Hormon wanita masih gagah lagi.*Cisss!! Rindu pakcik misai depan rumah? Cari pasal!! 
Takde lah, semalam aku godek-godek la You Tube sebab tetiba semalam kuasa internet aku laju macam kuda berlari. *selalu lembap macam siput vavi Terjumpa la tutorial guna Photoshop buat letak pic kita dalam mustache. Hahaha macam takde benda lain kan, tapi aku tengok macam unik la pulak.


Maklumlah, aku baru je berjinak-jinak nak guna Photoshop ni. Google la nak dapatkan info. Hehehe. Meh la aku tunjukkan apa yang aku dah buat semalam. Hasil tangan yang konon ala-ala Leonardo Da Vinci. Erkk? *berangan la kau!!-,-






Ha cun tak beb? Kahkahkah. Rasa ketinggalan sungguh. Ala-ala sarjan misai gitu. Ouchh~ ;p
Aku nak buat tutorial, saja nak share. Tapi rasa lenguh lak jari nak menaip. Agagaga *woiii!!cakap je kau pemalas! Nanti aku buat ye. Lagi pun internet lembap balik. Choyy~


p/s: Best jugak ye main-main guna Photoshop ni;)

Wednesday 4 July 2012

#3 Wordless Wednesday

Assalamualaikum.




Dulu besar badak, sekarang kecil macam semut. Hehe;)

Buat air dan keluarga mertua

Assalamualaikum.


Kali ni nak berdoodle sikit lah. Sekali-sekala tukar angin. Asyik karangan je kan, muntah pulak korang nak baca. Kuikuikui;p Walaupun doodle ku seperti alien planet pluto, diharap korang enjoy. Tapi aku rasa comey apa doodle aku, kalah kartunis Gempak. Agagaga *ayat cari pasal, perasan terok! Cop-cop, apa kena mengena buat air dengan keluarga mertua? Moh aku nak cerita. *gaya ala-ala nenek


Kadang-kadang, bila aku nak cepat aku akan buat 1 kerja tuh dengan tak senonoh. Dah nak cepat, memang lupa lah pasal perfect nih. Bila aku tak boleh sabar pun jadi huru-hara juga kerjanya. Orang Kedah sebut "LOQLAQ". Hahaha dah belajar 1 perkataan pemes Kedah hari ni;)


So, nak dijadikan cerita, aku mahu berbuka puasa, waktu dah nak masuk tapi air minum tak buat lagi. Dengan lajunya aku buat air yang aku mau pastu aku kacau air tuh untuk larutkan gula macam gaya nak kacau dodol. Sudu berlaga dengan cawan menghasilkan bunyi seperti orang sedang bertukang rumah. Kuat & jelas. *mak aku lah ni kasi ayat.




Maka nya, hasil dari kerja loqlaq yang aku buat tuh, mak aku pun membebel lah. 
Hang kacau ayaq ka kacau dodol? Bergegaq abih jantung mak ni. Kat-kat nak mati dah ni gegaq. Tu lah, anak dara apa ni. Sok-sok pi rumah pak mentua mak mentua kacau ayaq lagu tuh mati abih depa. Nanti orang tanya Pak Mat dengan Cik Milah tuh meninggal pasai pa? Orang kata "Mati terkejut! Dengaq anak menantu depa kacau ayaq kuat sangat."
Panjang mak den membebel tau! Hewhewhew~



Bukan apa, aku pun jadi blur pastu gelak sorang-sorang. Mana ada lagi cerita keluarga mertua mati sebab anak menantu kacau air kuat-kuat. Hahaha tapi tak mustahil beb!-,- Mana tau mereka pesakit jantung memang terkejut betul kalau dengar bunyi kuat. Haisshh.




Sebenarnya aku agak mak aku cakap macam tu sebab tak nak aku buat benda tu sampai jadi habit. Kan tak manis rakan-rakan. *tersipu-sipu. Nanti bila kita tinggal dengan orang lain, entah apa pulak persepsi orang kan? Kita mana tau:p Jadi mak aku nak la anak beliau jadi gadis sopan santun ala-ala perempuan melayu terakhir.*padahal kasar macam jantan


I love my Mak! Hehe sebab she always with me, tell what wrong, this right to do. So, that can make me more  independent!! Thanks Mak:)


p/s: Sopam budi bahasa budaya kita. *Jadah hape aku merepek-,- 

Monday 2 July 2012

Rambut & Kedai Gunting Rambut

Assalamualaikum.


Setelah aku lihat ada blogger yang post entry pasal rambut, tukang gunting rambut, rerambut dan sebagainya. Aku pulak ada cerita pasal rambutku sendiri. Baru je berlaku petang kelmarin. 


Permulaan cerita aku adalah:
Aunt (tukang gunting rambut), sila tutup kedai anda!!! Grrr!! *aku marah.
Sebab apa ye kawan-kawan? Sebab hasil pesyen rambut yang aku inginkan iaitu ala-ala Rihanna & Alyah Kisah Hati telah bertukar jadi pesyen Abu Bakar Elah. *sila bayang betapa remuknya kecamuknya hati aku. Menangis aku balik rumah tengok rambutku. Ya!! Menangis dengan serious. 


Kenapa tak bersuara? Hak pelanggan!! Errr aku speechless sangat. Semua jenis mimik muka aku dah buat masa time gunting rambut. Mimik muka buruk sangat tapi orang tua tuh buat dek je. Salahku jugak tak mengamuk. Dah la aku bengong bab-bab pesyen rambut. So, aku serahkan pada yang pakar tapi hasilnya? Rasa nak botakkan kepala je bila tengok. *menangis lagi


Ni la rambut idaman den. Bukan sebaliknya!!
Tapi hasilnya?


Jadi keputusannya. Esok aku akan pergi kedai lain dan minta mereka potong pendek terus macam abang askar gitu. Choyy!! Baru nak posing ala-ala Rihanna kat rumah tapi tak pasal-pasal kena gelak. Sedih woiii!!


p/s: Kalau tau rambut nak jadi pesyen mangkuk cmni, awal-awal dah surun mak aku potongkan. Free lagi tau!!