Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

Aura positif!


Aku selalu terbaca pasal hidup kena sentiasa positif. Pemikiran yang positif ni bagus sebenarnya. Sebab bila jadi positif kita dapat nampak banyak kebaikan. Bergaul dengan mereka yang positif juga bagus. Sebabnya bila kita dalam kelompok mereka yang positif, aura mereka secara tak lansung juga terkena pada diri kita.

Contoh baru-baru ni aku join 1 business untuk buat side income. Alhamdulillah, mereka sangat positif. Tak putus bagi semangat, bagi kata-kata peransang. Bila rasa down je, kata-kata motivasi ni lah yang menaikkan semula semangat aku. Serious! So aku yang rasa nak give tadi terus tak jadi. Rasa semangat pulak nak melawan nak berjaya!

Teringat masa zaman dulu-dulu (anggap saja zaman otak tak matang), bila bergaul dengan mereka yang negative pemikirannya, aku turut sama menjadi manusia yang negatove thinking. Semua serba serbi tak kena. Itu tak puas hati, orang tu tak kena. Tak best kau tau jadi manusia yang negative thinking ni. Sumpah TAK BEST lansung.:face4: Ha siap caps lock lagi! Haha Banyak negative impact jadi kat aku. So dengan siapa kita berhubung atau berkomunikasi sila lebih memilih. Faham-faham sendiri lah. Huhu.

Sekarang bila dikelilingi oleh mereka yang sangat tinggi motivasi diri aku jugak mahu jadi seperti mereka. Tolak tepi, buang jauh-jauh negative thinking ni. Sentiasa bersangka baik dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Aku tak kata aku perfecto sangat sebab kadang-kadang aku jugak cenderung nak berfikiran negative. Tapi sama-samalah kita usaha jadi manusia yang boleh berbakti kepada orang lain. 

Aura positif sangat POWER!!blogger-emoticon.blogspot.com

=====================================================

Siapa-siapa yang tengah cari jalan/business untuk buat side income boleh contact 0174605902. 
InsyaAllah pulangan modal dalam masa yang cepat jika anda seorang FIGHTER!!:face18:Hehe sebab bila anda buat ada dapat. Modal rendah je serendah RM275. Sambil ber-business sambil jaga kesihatan!! Awesome sangat kan??

Friday, 1 March 2013

Live your life!

Assalamualaikum.

Salam Jumaat!!

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah lagi hari ni. Nikmat yang tak harus disia-siakan. Hari yang ada ni kena manfaat sepenuhnya kan? Hehe tapi insan yang lalai leka macam aku ni ada jugak la buat benda tak bermanfaatnya. Huhu~

Hari yang kita lalui ni kena harus sentiasa positif! Baru lah seronok. Positif dengan orang, berbaik sangka, senyum. Ni semua boleh buat hidup kita lebih gembira. Hati lebih tenang. Ustazah ada cakap nak ketenangan hati kena bersih. Macam mana nak bersihkan hati? Caranya sentiasalah berbaik sangka. Emmm aku pun baru tau. Walau apa yang jadi sekalipun kita kena baik sangka. Kira macam don't judge the book by it's cover lah. Hehe.

So, mulai hari ni jom latih diri & hati kita! Semoga lebih ceria & tenang, Insyaallah.

Mulai hari kita dengan niat yang baik/ikhlas, senyuman dan minda yang positif!!

#Latih diri aku jadi lebih positive. Kurangkan negative thinking ni. Hiksss:D

Wednesday, 10 October 2012

Sunday, 8 July 2012

Motivasi diri

Assalamualaikum.


Bila diri kita kadang-kadang ada masalah, mesti rasa moral down kan? Tapi masalah tu lah yang mematangkan kita. Lari dari masalah bukan boleh menyelesaikan malah bertambah masalah lagi hado. Hehe.
So jangan takut la nak face the problem okeyy;) Sebab setiap apa yang kita di uji, ada hikmahnya. Allah takkan memberikan ujian itu jika hamba-Nya tak mampu nak hadapinya. Kan?


Aku admit juga, bila ada masalah saja, aku akan ignore kan benda tuh. Bagi aku masalah kecil tak perlu diperbesarkan. Macam contoh, orang mengata kita. Jangan bebankan hal remeh temeh macam tu atas diri kita. Biar la mulut orang nak mengata, asalkan kita tahu siapa diri kita. Mereka pun takde hak nak jugde kita kan? Lain hal jika itu masalah besar punya, you should face and solve it dear~ 


Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Yang tak selesai tuh bila kita sendiri yang tak berusaha menyelesaikannya. Yeah, sebagai manusia biasa *bukan Ultraman mahupun Sailormoon aku pun bukan suka nak selesaikan masalah cara betul. Haha tapi itulah, cara menyelesaikan itu yang menunjukkan kematangan kita. Lagi satu, ego. Jangan jadikan ego sebagai halangan kita. Ego tak salah tapi ego perlu kena tempatnya. Mengerti?! Hewhewhew~




Kuatkan diri, cekalkan hati pasti ada ganjaran yang menanti, Insyaallah:) Doa juga penting sayang.


p/s: Chaiyok, caiyok!!^^ *maaf tak dapat bergiat aktif nak blogwalking, internet super duper lembap siput sedut. Grrrr!!!