Saturday 24 August 2019

Cheesy and Spicy Korean Chicken


Lepas balik kerja petang kelmarin, aku terus pergi pasar malam dekat dengan rumah. Dah lama rasanya aku tak jejak kaki dekat pasar malam tau! Masa pregnant aku tak boleh hidu bau asap dan bau makanan, mulalah nak muntah kalau terbau. Jadi pasar malam tempat yang paling aku elak nak pergi. HAHA 

Selepas 3 bulan bersalin, inilah saat aku tunggu. Aku suka pergi pasar malam sebab makanan dah la berlambak, pilih je nak apa. Dan yang penting murah! Kalau pandai lagi dapat makanan sedap. Tak ke bahagia begitu. So tadi pusing-pusing terperasan satu gerai jual ayam pedas. Ohhh of courselah nak cuba! Mereka jual set ayam pedas dan ayam cheese yang harga RM6 per box. Adalah 4-5 ketul ayam. Tapi aku tamak! Aku ambil big set, ayam pedas+ayam cheese berharga RM12 per box. Yang aku puas hati depa tak kedekut ayam, sos dan cheese. Salutan sos dan cheese dekat ayam baik punya. Bagi aku memang puas hati sangat. Berbaloi dengan harga.

Dah membebel panjang pun tak guna. Selamat menjamu mata. KAH!




Thursday 22 August 2019

Hantaran Majlis Bertunang

Jumaat lepas sepupu aku bertunang. Punyalah fikir nak bagi apa la untuk hantaran dia nanti. Kira macam balas hantaran la sebab masa aku bertunang dulu dia bagi hantaran jugak.

Aku pulak last minit baru teringat majlis bertunang dia. Kalau nak tempah kek memang tak sempat la nak siap kan. Tetiba teringat kawan office aku ada buat agar-agar bercorak. Kira macam-macam bentuk dan perisa dia boleh buat. Terus la tanya dan yeayy dia boleh buat walaupun esoknya aku nak.

Design yang aku pilih berbentuk love gitew. 1st step menuju ikatan cinta. Alaaaa sweet sangat ayat. Kahkahkah.

 
Hasilnya... OK nice, cute sangat. Kawan aku ni pakai buah-buah je macam laici or buah naga. Harga cuma RM35 je. Agar-agar ni senang je nak buat sebenarnya tapi renyah. Sebab kau kena sejukkan layer by layer. Tu yang leceh, time consuming lagi. Jadi pemalas macam aku order je cukup. HAHA.


Apa pun, selamat bertunang dear. Countdown nak tunggu tarikh nikah pulak. Tak lambat, bulan 12 tu kejap je. Apa pun dugaan yang datang sila tempuhi dengan tenang dan sabar♥

p/s: Teringat majlis bertunang aku dulu². HAHA

Tuesday 20 August 2019

Draft, draft, draft!!


Aku memang salute dekat blogger yang hari-hari berjaya post entry. HAHA aku sebulan sekali nak post entry pun payah. Kering sangat kadang tu, kekangan masa pun ye jugak.

Tadi cuba la buka draft, banyak jugak belum aku post. Semuanya belum letak gambar. Nampak tak betapa malasnya aku nak transfer gambar dari phone ke laptop.

Just nak tanya korang, kalau aku post draft yang lama-lama tu ok lagi tak? Ke dianggap basi? HAHA Bagi la pandangan korang ye. Thanks♥


Wednesday 14 August 2019

My First Born Baby


Alhamdulillah sekarang baby aku dah nak masuk 3 bulan. Of course aku excited macam mak-mak yang lain bila dapat anak pertama. Feeling dia payah nak cerita. HAHA Juga pengalaman yang baru untuk aku dan suami. Sebelum ni nak buat apa pun tak fikir panjang dah. Tapi sekarang dah lain. Nak makan apa pun kena fikir sebab takut anak kembung la tak selesa la. Nak shopping dekat Tesco je pun cepat-cepat nak balik sebab teringatkan anak. HAHAHA dasyat punya penangan.

Aku lahirkan anak aku dengan cara pembedahan. Kalau tengok entry sebelum ni aku disahkan placenta previa type 2. Mau tak mau kenalah hadap juga. Semuanya Allah mudahkan.

Aku dan suami namakan anak lelaki kami - Muhammad Aus Mikael. Aus maksudnya pemberian. Sesuai aku rasakan. Pemberian dari Allah untuk kami. Dan harap anak aku dapat buat manfaat di masa hadapan seperti maksud namanya. InsyaAllah ☺️

Aus masa lahir special sikit. Nanti la kalau ada masa aku ceritakan kat sini. Mana tau Aus dah besar nanti dia bolehlah baca blog Mummy pasal diri dia. Mummy sayang Aus ok♡ Jadi anak yang boleh bahagiakan kami dunia akhirat ye sayang. *sebak HAHAHA mak-mak sangat ye kau

Aus Mikael nak pergi kutip duit raya!
p/s: Untung Aus, baru 3 bulan dah sambut raya 2 kali. HAHA