My First Born Baby | miss fluffy


Wednesday, 14 August 2019

My First Born Baby


Alhamdulillah sekarang baby aku dah nak masuk 3 bulan. Of course aku excited macam mak-mak yang lain bila dapat anak pertama. Feeling dia payah nak cerita. HAHA Juga pengalaman yang baru untuk aku dan suami. Sebelum ni nak buat apa pun tak fikir panjang dah. Tapi sekarang dah lain. Nak makan apa pun kena fikir sebab takut anak kembung la tak selesa la. Nak shopping dekat Tesco je pun cepat-cepat nak balik sebab teringatkan anak. HAHAHA dasyat punya penangan.

Aku lahirkan anak aku dengan cara pembedahan. Kalau tengok entry sebelum ni aku disahkan placenta previa type 2. Mau tak mau kenalah hadap juga. Semuanya Allah mudahkan.

Aku dan suami namakan anak lelaki kami - Muhammad Aus Mikael. Aus maksudnya pemberian. Sesuai aku rasakan. Pemberian dari Allah untuk kami. Dan harap anak aku dapat buat manfaat di masa hadapan seperti maksud namanya. InsyaAllah ☺️

Aus masa lahir special sikit. Nanti la kalau ada masa aku ceritakan kat sini. Mana tau Aus dah besar nanti dia bolehlah baca blog Mummy pasal diri dia. Mummy sayang Aus ok♡ Jadi anak yang boleh bahagiakan kami dunia akhirat ye sayang. *sebak HAHAHA mak-mak sangat ye kau

Aus Mikael nak pergi kutip duit raya!
p/s: Untung Aus, baru 3 bulan dah sambut raya 2 kali. HAHA

6 comments:

  1. Assalamualaikum Aus. comel Aus. Tahniah mummy

    ReplyDelete
  2. Saya pun baru dapat anak buah lelaki baru2 ni tapi umur recently baru cecah 5 bulan. Dan dah dua kali raya haha they are such a precious little thing. Tak sabar nak tunggu dia besar sikit, boleh teman mak ngah dia ni jalan2 haha

    Looking forward to read about him masa melahirkan dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua sikit dari anak saya..hihi betul² kalau baby ni rasa tak sabar tunggu besar sikit ♥

      Delete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.