Dah
lama rasanya aku tak pergi bercuti. Rasanya dah hampir setahun mungkin. Jadi
kali ni memang plan nak ke Phuket. Sebenarnya tahun lepas sepatutnya aku join
company trip ke Phuket tapi terpaksa cancel last minute sebab baru tau aku
pregnant. So why not this time I make my plan comes true! Of course trip kali
ni aku nak rancang percutian yang terbaik untuk kami sekeluarga. Yang penting
bajet percutian dan masa sangat aku titik beratkan.
Misi
mencari tiket flight telah dimulakan dan akhirnya aku terjumpa 1 laman web,
Traveloka. Aku boleh buat perbandingan harga flight tiket untuk dapat harga
yang paling murah ikut bajet. Nampaknya Thai Airways menawarkan pilihan dengan
seating economy, premium economy, Royal Silk dan Royal First Class. Ikut je nak
pilih yang mana mengikut bajet yang dah dirancang. Paling mudah sebab aku boleh
book thai airways air ticket
hanya di hujung jari!
Rasa
tak sabar pula nak melihat keindahan panorama di Phuket. Confirm itinerary kali
ni akan penuh dengan bermacam aktiviti seperti island hopping, enjoy view
pantai sambil menikmati sunset, melawat Bandar Phuket di mana terdapat banyak
bangunan lama bereka bentuk Eropah. Aku pula memang suka bergambar di bangunan
lama jadi bolehlah cuba ke Phuket Old Town. Bandar yang tak ubah seperti di
Georgetown Penang dimana terdapat pelbagai reka bentuk bangunan lama. Confirm
IG feed penuh dengan gambar yang memukau.
Phi Phi Island antara pulau tercantik di Asia Tenggara. Tengok saja
gambar di internet pun aku dah terpesona sangat dengan air laut biru kehijauan
inikan pula nak tengok secara live dengan mata kepala sendiri. Memang aku
teruja habis! Salah satu lagi pulau dalam list itinerary aku ialah Kepulauan
Similan. Sebab apa Similan? Terdiri dari 9 gugusan pulau, Similan diambil dari
Bahasa Melayu iaitu nombor sembilan dan dinamakan kepada pulau ini. Review
banyak mengatakan yang pulau ini wajib dilawati kerana ia merupakan antara 10
destinasi menyelam yang terbaik di dunia. Wahhh!!
Suami aku pula seorang yang suka enjoy view pantai.
Phuket ni memang kenalah dengan pilihan tempat percutian kami kali ni. Karon
View Point adalah spot yang terbaik untuk melihat keindahan 3 buah pantai.
Karon View Point ini sebenarnya bukit yang mana dari puncaknya inilah kita
dapat melihat ketiga-tiga pantai iaitu pantai Kara Noi, pantai Koh Poo dan
pantai Karon. Menabjubkan bukan?! Sambil-sambil tu boleh la merasai makanan dan
snek yang dijual. Bestkan?
Lagi satu tempat yang aku tak sabar nak pergi
adalah Tiger Kingdom. Seram ke? Entahlah tapi untuk merasai pengalaman
menyentuh dan bergambar secara dekat dengan raja rimba bukanlah sesuatu yang
perlu aku lepaskan. Tapi kalau tak berani juga ada pilihan lain iaitu bergambar
bersama dengan anak harimau. Eh geramnya mesti comel dan gebu-gebu anak harimau
tu!
Source: Impiana Private Villas |
Pada waktu malam pula, aku bercadang nak cuci mata
sambil shopping sedikit souvenir di Phuket Weekend Night Market atau di Phuket
Walking Street. Tengok la nanti mana tau terjumpa apa-apa barang yang berkenan
di hati♡
Tak lupa juga untuk merasai makanan yang terdapat di sini. Jadi food hunter juga la kali ni!
Tak lupa juga untuk merasai makanan yang terdapat di sini. Jadi food hunter juga la kali ni!
Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik untuk
dilawati tapi kekangan masa memaksa aku memilih beberapa spot yang terbaik saja
untuk percutian kali ini. Maybe next time aku akan datang lagi ke Phuket. Last but not least, aku just
nak remind korang yang ada plan nak ke Phuket jangan lupa dengan nama Traveloka
sebab dalam apps/web ini saja yang korang boleh dapat flights to phuket online promo.
Kalau korang terlepas memang rugi la beb! Dah dapat tiket flight promo tu
confirm la happy yang amat sebab dengan bajet lebih tu bolehlah korang guna
untuk shopping, untuk menginap di hotel terbaik atau explore lebih banyak
tempat lagi dekat Phuket.
Thai banyak tempat-tempat yang view dia sangat menarik
ReplyDelete