Sunday 23 August 2015

Cafe Hopping: Farewell Dinner at The Gerobok's Cafe


Jumaat lepas, keluar dinner dengan BFF merangkap colleague merangkap teman meluah perasaan. Special la sikit dinner ni sebab dia akan bertukar ke company lain. So last day la nak berfoya-foya bersama. Tskk^︵^


Punyalah pening nak makan dekat mana, kebetulan pulak ada cafe baru buka berdekatan dengan tempat kerja kami. Jadi aku pun cadangkan dekat kawan aku untuk meet up dekat sana. The Gerobok's Cafe nampak sepertinya menyediakan makanan Barat dan tempatan. Senang cerita macam chicken chop, grilled chicken, nasi goreng² gitu la kiranya. Ok la tu, cun.

Dekorasi: 
Apa yang menarik perhatian aku adalah dekorasi kedai. Penggunaan kerusi dari kayu pallet serta wallpaper bercorak batu bata membuatkan keseluruhan kedai nampak menarik. Hiasan dinding juga turut menarik perhatian aku. Lampu yang bergantungan jugak namapk unik pada mata aku. Boleh try buat lampu macam ni dekat rumah. Haha. Cuma ruangan kedai agak terhad di mana boleh memuatkan 4 meja makan sahaja. Selebihnya meja diletakkan di luar kedai *highly recommended for smokers.





Makanan:
Bagi aku makanan mereka juga agak sedap & memuaskan hati. Dihidangkan dalam portion sederhana dengan harga berpatutan sesuai dengan makanan. Tak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Aku order Marryland Chicken dan kawan aku pula order Grill Chicken both with black pepper sauce. Minuman kami order Bali Limau. First time rasa air ni, rasa bali hilang sebab rasa limau kuat sangat. Hehe.



Keseluruhannya kami agak berpuas hati. Perut kenyang suka sekali. HAHA. Price pun mampu milik. Jangan risau bawak RM50 pun boleh belanja untuk 3 orang. *Bergantung pada makanan & minuman yang dipilih. Cuma pada hari tu service agak slow sikit mungkin sebab ramai orang yang datang. No biggies yang penting kami berpuas hati. Dan InsyaAllah, boleh datang sini lagi:face15:

Siapa yang  makan santai² dengan kawan² & family nak lepak bolehlah terjah cafe ini OK.
Details as below:
The Gerobok's Cafe
Address: No. 5, Bangunan MPSP,
Jalan Bakar Arang, 
Sungai Petani, Kedah.
(berhadapan Kilang Sharp Roxy)
Call: 018-460 9190 

Tuesday 18 August 2015

PIXELS


Semalam lepas kerja, teringin pulak rasa nak tengok movie. Lama rasanya tak masuk cinema ni. Tambah pulak ada orang mai duk kata cerita PIXELS best. Disebabkan kawan-kawan aku semua dah ber-laki, jadi tengok la movie sorang-sorang. HAHA ini bukan forever alone ok


Nak review secara ringkasnya pasal filem PIXELS ini. Korang yang lahir tahun 80-an mesti tau kan pasal arcade game macam PACMAN, Mario, Donkey Kong, Galaga dan etc. Aku bukan kaki game sangat tapi ada la certain game klasik ni yang aku tahu main kat PC je. Permulaan cerita berkisar pasal arcade game ni la.  Dimana Breener (Adam Sandler) berjaya memasuki peringkat akhir dalam perlawanan game  peringkat dunia melawan Eddie or "Fire Blaster" (Peter Dinklage).  Dan perlawanan mereka ini dirakam dan dihantar oleh NASA ke angkasa lepas.
Arcade Game.

Bila mereka dewasa, dunia diserang makhluk asing dengan menukarkan semua benda yang ada atas bumi ini menjadi pixels seperti dalam arcade game. Rupanya rakaman yang dihantar di angkasa lepas sudah diterima oleh makhluk asing. Setiap kali bumi diserang  orang di  bumi juga kena lawan makhluk asing  seolah-olah seperti sedang bermain game secara realiti. So segala PACMAN, Mario, Q*bert, cendawan semua muncul secara life. Pada pandangan aku filem ini sangat menarik untuk ditonton. Macam mengembalikan nostalgia lama. HAHA. Ditambah dengan scene berbentuk humor buat aku  tergelak saja setiap masa.

Hero-hero dalam PIXELS.
Kalau nak tahu kesudahannya macam mana, sila ke cinema terdekat dan beli tiket wayang sendiri. Kang cerita lebih-lebih tak syok pulak. Hehe.

Rating: 

p/s: Tapi yang spoil semalam adalah ada budak-budak muda yang mungkin baru keluar dari Gua Tempurung menjerit-jerit, melalak-lalak dalam wayang macam tengah tengok konsert. Jadah apa? 

Friday 14 August 2015

Matcha KitKat




Kelmarin jalan-jalan dekat Giant nampak KitKat hijau-hijau. *Bukan mak kau ijau oke!(^-^) Learned word 'Matcha' dalam IG. Matcha tu Green Tea la uolls. Aku pun baru beberapa bulan ni je tahu. Ahakss soooo yesterday sangat.

Terus teruja jakun gitu. Selalu tengok dalam IG orang Jepun je. HAHA Oh by the way, rasanya pun SEDAP! Hihi :)


posted from Bloggeroid