PIXELS | miss fluffy


Tuesday 18 August 2015

PIXELS


Semalam lepas kerja, teringin pulak rasa nak tengok movie. Lama rasanya tak masuk cinema ni. Tambah pulak ada orang mai duk kata cerita PIXELS best. Disebabkan kawan-kawan aku semua dah ber-laki, jadi tengok la movie sorang-sorang. HAHA ini bukan forever alone ok


Nak review secara ringkasnya pasal filem PIXELS ini. Korang yang lahir tahun 80-an mesti tau kan pasal arcade game macam PACMAN, Mario, Donkey Kong, Galaga dan etc. Aku bukan kaki game sangat tapi ada la certain game klasik ni yang aku tahu main kat PC je. Permulaan cerita berkisar pasal arcade game ni la.  Dimana Breener (Adam Sandler) berjaya memasuki peringkat akhir dalam perlawanan game  peringkat dunia melawan Eddie or "Fire Blaster" (Peter Dinklage).  Dan perlawanan mereka ini dirakam dan dihantar oleh NASA ke angkasa lepas.
Arcade Game.

Bila mereka dewasa, dunia diserang makhluk asing dengan menukarkan semua benda yang ada atas bumi ini menjadi pixels seperti dalam arcade game. Rupanya rakaman yang dihantar di angkasa lepas sudah diterima oleh makhluk asing. Setiap kali bumi diserang  orang di  bumi juga kena lawan makhluk asing  seolah-olah seperti sedang bermain game secara realiti. So segala PACMAN, Mario, Q*bert, cendawan semua muncul secara life. Pada pandangan aku filem ini sangat menarik untuk ditonton. Macam mengembalikan nostalgia lama. HAHA. Ditambah dengan scene berbentuk humor buat aku  tergelak saja setiap masa.

Hero-hero dalam PIXELS.
Kalau nak tahu kesudahannya macam mana, sila ke cinema terdekat dan beli tiket wayang sendiri. Kang cerita lebih-lebih tak syok pulak. Hehe.

Rating: 

p/s: Tapi yang spoil semalam adalah ada budak-budak muda yang mungkin baru keluar dari Gua Tempurung menjerit-jerit, melalak-lalak dalam wayang macam tengah tengok konsert. Jadah apa? 

6 comments:

  1. alahh Adam Sandler ke teraju utama. tak jadi nak tengok :3

    ReplyDelete
  2. menarik ni..so true, boleh mengenang zaman kanak-kanak...hehe

    ReplyDelete
  3. Tak ada kesempatan lagi nak pergi tengok Pixels, tapi rasanya mesti tengok ni dlm masa yg terdekat. Hehehe...
    Takzabarnyerrr.....

    Harap2 nanti tak spoil ada budak jerit. Hehe

    ReplyDelete
  4. best movie ni...memang banyak gelak.hehe

    ReplyDelete
  5. dah tengok.. x kena dengan selera saya.. hehehe..

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️