Ceritanya semalam bawa cousin tengok BoBoiBoy. Yela, gatai berjanji kan. Padahnya asyik mengungkit je bila nak p tengok. Patutlah orang cakap kalau hang berjanji benda lain takpa, tapi kalau hang berjanji nak tengok BoBoiBoy dia akan minta sampai dapat tengok-_-
Dah seminggu ditayangkan khabarnya kutipan mencecah 8 juta. Fuyohhh best sangat ke? Kena la pi tengok sendiri. Pada pandangan aku BoBoiBoy The Movie memang awesome habaq hang!! Terbaik! Tak rugi pun kalau bawak budak² kecik pi menonton. Penuh dengan humor! Yang lagi padu, BoBoiBoy sudah ada Kuasa 5. Menatang apa Kuasa 5 tu hang pi la tengok sendiri!
Watak favorite aku Papa Zola Kebenaran.......-_- Aku rasa watak ni kot yang buat aku gelak tak berenti². Bukan aku gelak syok sendiri je satu panggung gelak. Haaa memang terbaik! Bila tanya cousin aku best tak, dia jawab best! Budak² tak pandai menipu oiii! HAHA
Aku story sikit la jalan cerita dia OK. Geng Tengkotak nak rampas kuasa Teleportasi dari Klamkabot untuk menakluki planet² yang ada. Jadi Klamkabot datang ke Bumi nak transfer power dia tu ke Ochobot. Bila Geng Tengkotak dah berjaya ambil Ochobot dari BoBoiBoy dan kawan² masa ni lah banyak part best²! Berjayakah Geng Tengkotak merampas kuasa Teleportasi tu? Apa akan jadi kepada Ochobot? Hampa kena tonton sendirilah. Kang aku cerita spoil pulak kan...HAHA
Cuti sekolah ni kan? Spend la sikit masa dengan anak-anak, adik-adik, budak kecik, toyol semua pi menonton ye. Promote tak berbayar. Apa salahnya benda syok kita share la! Kehkehkeh♥
Gelombang Star Wars nampaknya masih belum berakhir. Laku keras betul cerita ni. Dengarnya dapat kutipan mencecah berbillion sejak di tayangkan. Fuhh kayooo²! HAHA
Source: Google
Suami aku pun dah tak sabar sangat nak p tengok. Cuma masa yang terhad membuatkan kami baru menontonnya Ahad lepas. Aku sebenarnya tau la cerita Star Wars ni. Tapi jalan ceritanya memang aku taktau lansung. Yang aku kenal Darth Vaders saja. Tu pun sebab topeng dia yang menakutkan selain aku juga ada seluar tidur bercorak kepala Darth Vaders. HAHAHA
Jadi inilah pertama kalinya aku menonton Star Wars ni. Sebelum ni ada siar juga Star Wars musim lepas dekat TV3 (entah yang mana) tapi aku tak sempat nak tengok pun. Entah rasa macam nak bagi konklusi terus. Syok jugak cerita ni oiii!! HAHA tak berkelip aku tengok. Sebab kalau terlepas mana² scene aku akan rasa macam lost. Yelah mestilah nak kenal watak² takut satgi aku keliru pulak. HAHA nasib baik suami aku penah tengok cerita sebelum ini. Jadi dia tau la sikit² walaupun ingat² lupa.
Kisahnya perebutan peta berlaku antara geng jahat (geng² Darth Vaders, Stormtrooper) dengan Pihak Penentang. Peta tu adalah info penting untuk tahu dimana Jedi terakhir, Luke Skywalker. Segala pertempuran dan serangan yang dilakukan adalah semata² nak dapatkan cebisan peta terakhir untuk melengkapkan peta sebenar kedudukan tempat persembunyian Skywalker. Pendapat aku, cerita ni ada jugak scene humor. Kiranya terhibur jugak la. Takda la serious asyik nak perang² setiap masa. Hihihi. Ada juga watak yang "dimatikan" dalam cerita ini.
Source: Google
Tapi setiap kematian mesti ada pengganti baru. Kalau nak tau siapa pengganti baru itu, silalah berarak beramai-ramai ke pawagam berdekatan. Aku bukan malas nak taip tapi kang spoil pulak. Tak pasal² panjang berjela aku menulis jalan cerita Star Wars tu. HAHA Yang pastinya pertempuran kali ini dimenangi oleh Puak Penentang. Horeyy!! Oh ya..nak tau watak favorite aku tak? HAHA si comel BB-8 sejenis robot droid. Dia ni lah yang bawa peta tu untuk diberikan kepada orang yang tepat dan elakkan dari terlepas ke tangan geng jahat.Aku suka dia sebab dia comel oiii!! Tak caya hampa try tengok nanti. Hehe.
Selepas menonton Hotel Translyvania dekat TV, aku begitu eager untuk menonton Hotel Transylvania 2 dekat cinema. Jadi selepas waktu kerja dengan gigihnya check showtime dan kebetulan ada tayangan pukul 6.20PM maka plan untuk menonton movie keseorangan menjadi lagi. Walaupun rasa macam forever alone sebab orang lain ajak pakwe makwe mahupun anak² menonton bersama tapi aku tak peduli. Yang penting misi untuk menonton cerita ni berjaya. HAHA.
Johanthan♥Mavis wedding!!
Jadi tak perlu nak bermukadimah panjang² sebab aku nak review movie ni. Kalau hampa tengok Hotel Transylvania mungkin hampa tau bahawa Mavis bertemu dengan 'zing' dia iaitu Jonathan. Permulaan jalan cerita Hotel Transylvania 2 adalah majlis perkahwinan antara Mavis♥Jonathan di hotel milik Dracula (bapa Mavis). Dan setahun kemudian Mavis mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki separa manusia/vampire yang cuteeeeee giler! Sumpah cute! HAHA Dan bayi tersebut dinamakan Dennis atau Denisovich (nama yang Dracula panggil pada cucunya kononnya kerana berdarah vampire).
Giler muka macam ni tak comel! Sangatttt comel! >,<
Disebabkan Darcula begitu yakin yang cucunya akan menjadi vampire dia sangat² teruja menunggu taring cucunya tumbuh atau cucunya berubah jadi kelawar tapi malangnya tidak! Tapi bagi Mavis, dia lebih mahukan anaknya menjadi manusia serta menjalani kehidupan normal seperi kanak² manusia lain. Disebabkan itu jugalah Mavis menjadi ibu yang overprotective dan dia merasakan mereka sekeluarga perlu berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk Dennis. Bagi aku bermulanya puncak cerita di mana Darcula plan dengan rakan² monsternya untuk menunjukkan kehidupan sebagai hantu atau raksasa dengan harapan cucunya akan bertukar menjadi vampire. Tapi dengan adanya ibu Dennis rancangannya mungkin tidak menjadi. So apa plan yang Darcula buat dengan menantunya? Teeeettttt hampa kena tengok sendiri.
Hampa rasa Dracula nak buat apa kat cucu dia masa ni? Jengjengggg!!! Bleh,bleh blehhhh..
Dan berjayakah Dennis bertukar menjadi vampire sebelum hari jadinya yang ke-5 atau dia akan kekal menjadi manusia selamanya? Bleh, bleh blehhh.. Sila ke pawagam masing² yang berdekatan.
Secara keseluruhannya jalan cerita sangat menarik. Tambah menarik bila ada scene² humor. Lawak gila! Berdekah² aku serta orang ramai gelak dalam cinema tu. Kalau ada anak² bagus bawak mereka tengok cerita ini. Sebab aku dengar budak² yang gelak paling kuat. Orang tua² pun sama sebenaqnya-__- Jadi kepada peminat cerita kartun highly recommended untuk tonton cerita ini. Bleh, bleh blehhh.
Rating:
p/s: Kalau ada masa nak tengok Goosebumps pulak. Macam menarik je
Semalam lepas kerja, teringin pulak rasa nak tengok movie. Lama rasanya tak masuk cinema ni. Tambah pulak ada orang mai duk kata cerita PIXELS best. Disebabkan kawan-kawan aku semua dah ber-laki, jadi tengok la movie sorang-sorang. HAHA ini bukan forever alone ok
Nak review secara ringkasnya pasal filem PIXELS ini. Korang yang lahir tahun 80-an mesti tau kan pasal arcade game macam PACMAN, Mario, Donkey Kong, Galaga dan etc. Aku bukan kaki game sangat tapi ada la certain game klasik ni yang aku tahu main kat PC je. Permulaan cerita berkisar pasal arcade game ni la. Dimana Breener (Adam Sandler) berjaya memasuki peringkat akhir dalam perlawanan game peringkat dunia melawan Eddie or "Fire Blaster" (Peter Dinklage). Dan perlawanan mereka ini dirakam dan dihantar oleh NASA ke angkasa lepas.
Arcade Game.
Bila mereka dewasa, dunia diserang makhluk asing dengan menukarkan semua benda yang ada atas bumi ini menjadi pixels seperti dalam arcade game. Rupanya rakaman yang dihantar di angkasa lepas sudah diterima oleh makhluk asing. Setiap kali bumi diserang orang di bumi juga kena lawan makhluk asing seolah-olah seperti sedang bermain game secara realiti. So segala PACMAN, Mario, Q*bert, cendawan semua muncul secara life. Pada pandangan aku filem ini sangat menarik untuk ditonton. Macam mengembalikan nostalgia lama. HAHA. Ditambah dengan scene berbentuk humor buat aku tergelak saja setiap masa.
Hero-hero dalam PIXELS.
Kalau nak tahu kesudahannya macam mana, sila ke cinema terdekat dan beli tiket wayang sendiri. Kang cerita lebih-lebih tak syok pulak. Hehe.
Rating:
p/s: Tapi yang spoil semalam adalah ada budak-budak muda yang mungkin baru keluar dari Gua Tempurung menjerit-jerit, melalak-lalak dalam wayang macam tengah tengok konsert. Jadah apa?
Macam mana puasa? OK ke? Hehe mestilah OK kan. Alhamdulillah, tempat aku dah 2 hari hujan. So takda la terasa sangat. Fe-feeling je hujan time puasa kan. Huhu.
Siapa dah tengok Transformers baru tu? Hehe semalam aku baru tengok. Cinema memang full teruk! Semua gara-gara penangan Transformers. Apa aku boleh kata, cerita ni memang tip top! Haha siapa peminat Transformer dia tau la macam mana kan. Tak minat pun boleh minat bila tengok robot-robot Autobots ni berlawan. Super duper awesome! Mulut aku ternganga dari start cerita sampai habis. Teruja!! Hahaha *OK aku tipu.
Bagi review personal aku sikit la, untuk Transformer: Age of Extinction ni mengisahkan manusia cuba menghapuskan semua robot-robot yang ada kat Bumi ni sebabnya robot-robot ni banyak bawa kemusnahan dari kebaikan. So semua robot-robot ni bersembunyi la nak selamatkan diri masing-masing termasuklah Optimus Prime. Dalam cerita ni ada robot baru (LockDown) macam robot upahan la aku rasa untuk tolong manusia bunuh semua Autobots dan Decepticons. Jahat ke baik ke semua kena bunuh. Dalam cerita ni ada 1 keluarga, Cade Yeager yang tolong geng-geng Optimus Prime ni makanya diorang pun kena buru dengan manusia-manusia jahat ni. Lepas tu baru aku tau diorang ni nak berebutkan Benih. Benih apa? Untuk apa Benih tu? Sampai sini saja aku cerita. Cerita lebih-lebih tak gempak.Sila ke panggung wayang berdekatan anda.
Walaupun mula-mula cerita aku macam blur sikit jalan cerita tu tapi lepas tu ok la. Ditambah ada part berbentuk humor so tak bosan sangat. Boleh gelak sambil teruja. Aku bagi 5/5. Mantap!
Kalau tanya aku suka watak apa dalam cerita ni. Ini dia!! Comel sangat! Hahaha.
Siapa dah tengok How To Train Your Dragon 2? Hehe sumpah syiok! Memang aku kasi 5/5 Disebabkan aku spesis takleh tengok ciptaan yang comel jadi aku rasa naga-naga dalam cerita ni sangat comel. Kelupur-kelupur aku dalam cinema sebab naga-naga comel ni especially Toothless!! Auwww!
Aku bagi sinopsis persendirian sikit ok. Hiccup jumpa balik dengan mak dia, Valka which is seorang dragon master. Kira macam jejak kasih balik la. Mak dia ni la yang jaga semua naga yang tercedera disebabkan oleh si jahat, Drago Bludvist yang nak kuasai semua naga-naga dan tubuhkan pasukan tentera.
So, disitu la bermulanya pejuangan Hiccup ni nak selamatkan semua naga-naga tu dengan kampung dia sekali dari serangan si jahat tadi. Tapi aku rasa tak best dekat part bapak Hiccup (Stoick) ni mati. Nak tau mati sebab apa? Kena pi tengok sendiri ok? Hehe. Memang tip top! Berbaloi aku pi terjah cinema.