Transformer: Age of Extinction | miss fluffy


Monday, 30 June 2014

Transformer: Age of Extinction



Macam mana puasa? OK ke? Hehe mestilah OK kan. Alhamdulillah, tempat aku dah 2 hari hujan. So takda la terasa sangat. Fe-feeling je hujan time puasa kan. Huhu.

Siapa dah tengok Transformers baru tu? Hehe semalam aku baru tengok. Cinema memang full teruk! Semua gara-gara penangan Transformers. Apa aku boleh kata, cerita ni memang tip top! Haha siapa peminat Transformer dia tau la macam mana kan. Tak minat pun boleh minat bila tengok robot-robot Autobots ni berlawan. Super duper awesome! Mulut aku ternganga dari start cerita sampai habis. Teruja!! Hahaha *OK aku tipu.

Bagi review personal aku sikit la, untuk Transformer: Age of Extinction ni mengisahkan manusia cuba menghapuskan semua robot-robot yang ada kat Bumi ni sebabnya robot-robot ni banyak bawa kemusnahan dari kebaikan. So semua robot-robot ni bersembunyi la nak selamatkan  diri masing-masing termasuklah Optimus Prime. Dalam cerita ni ada robot baru (LockDown) macam robot upahan la aku rasa untuk tolong manusia bunuh semua Autobots dan Decepticons. Jahat ke baik ke semua kena bunuh. Dalam cerita ni ada 1 keluarga, Cade Yeager yang tolong geng-geng Optimus Prime ni makanya diorang pun kena buru dengan manusia-manusia jahat ni. Lepas tu baru aku tau diorang ni nak berebutkan Benih. Benih apa? Untuk apa Benih tu? Sampai sini saja aku cerita. Cerita lebih-lebih tak gempak.Sila ke panggung wayang berdekatan anda.

Walaupun mula-mula cerita aku macam blur sikit jalan cerita tu tapi lepas tu ok la. Ditambah ada part berbentuk humor so tak bosan sangat. Boleh gelak sambil teruja. Aku bagi 5/5. Mantap! 

Kalau tanya aku suka watak apa dalam cerita ni. Ini dia!! Comel sangat! Hahaha.


Autobots Hound a.k.a Fat Ballerina

Bumble Bee

18 comments:

  1. Nak tengok...tak tahulah bila free nie.. ;(

    ReplyDelete
  2. wah dah tengok transformer age of extinction ... ni yang tak sabar nak tengok pulak ni... hew hew hew...

    *kalau hujan masa time posa, memang best...

    ReplyDelete
  3. saya layan movine ni dari first lagi. Yang ni tak dapat tengok lagi. Huwaaa, jeles.. =p

    ReplyDelete
  4. Fiza nak pergi hari minggu hari tu tapi semua tiket mid night jer yg tinggal.. tunggu tenang dulu la kot..

    ReplyDelete
  5. kena pegi tengok cecepat cerita nie nampaknya..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. menarik nie..nak kena tengok cepat2 sebelum cerita ini basi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. transformers... mana boleh lepas peluang tengok...

    ReplyDelete
  8. gigih check online satu2 panggung mana yg bukan front row. nasib baik ade satu mall baru buka yg org mcm tak sedar lagi kewujudannya. dapat jugak seat belakang. hehehe.

    suka part Bee panas masa mula2 tengok Stinger. XD

    ReplyDelete
  9. dah tgok mgu lepas..beshh ^_^

    ReplyDelete
  10. cx dah tgk! bg 10ribu bintang! hahaha. mmg the best among the best! ranking number one cx bg. sgt tk mengecewakan. sgt best best dan best! ehhh. mmg bestlah! huhu

    ReplyDelete
  11. memang best. tp rasa mcm movie ni lama sgt la pulak.

    ReplyDelete
  12. salam ramadhan . klu ada geng nak gak tgk . done follow sini (794) . selamat menjalani ibadah puasa .

    ReplyDelete
  13. aduhh..bila la dapat tgok wayang ni..hahaa
    dah lama tak tgok wayang..

    ReplyDelete
  14. tak berkesempatan nak p tengok lagi..tapi wajib tengok!!! =D

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.