Macam mana puasa? OK ke? Hehe mestilah OK kan. Alhamdulillah, tempat aku dah 2 hari hujan. So takda la terasa sangat. Fe-feeling je hujan time puasa kan. Huhu.
Siapa dah tengok Transformers baru tu? Hehe semalam aku baru tengok. Cinema memang full teruk! Semua gara-gara penangan Transformers. Apa aku boleh kata, cerita ni memang tip top! Haha siapa peminat Transformer dia tau la macam mana kan. Tak minat pun boleh minat bila tengok robot-robot Autobots ni berlawan. Super duper awesome! Mulut aku ternganga dari start cerita sampai habis. Teruja!! Hahaha *OK aku tipu.
Bagi review personal aku sikit la, untuk Transformer: Age of Extinction ni mengisahkan manusia cuba menghapuskan semua robot-robot yang ada kat Bumi ni sebabnya robot-robot ni banyak bawa kemusnahan dari kebaikan. So semua robot-robot ni bersembunyi la nak selamatkan diri masing-masing termasuklah Optimus Prime. Dalam cerita ni ada robot baru (LockDown) macam robot upahan la aku rasa untuk tolong manusia bunuh semua Autobots dan Decepticons. Jahat ke baik ke semua kena bunuh. Dalam cerita ni ada 1 keluarga, Cade Yeager yang tolong geng-geng Optimus Prime ni makanya diorang pun kena buru dengan manusia-manusia jahat ni. Lepas tu baru aku tau diorang ni nak berebutkan Benih. Benih apa? Untuk apa Benih tu? Sampai sini saja aku cerita. Cerita lebih-lebih tak gempak.Sila ke panggung wayang berdekatan anda.
Walaupun mula-mula cerita aku macam blur sikit jalan cerita tu tapi lepas tu ok la. Ditambah ada part berbentuk humor so tak bosan sangat. Boleh gelak sambil teruja. Aku bagi 5/5. Mantap!
Kalau tanya aku suka watak apa dalam cerita ni. Ini dia!! Comel sangat! Hahaha.