Saturday 31 January 2015

Work & Personal Life


Kerja.
5 hari seminggu.
9 jam sehari.
45 jam 5 hari.
Tambah kerja lebih masa.
30 minit - 1 jam sehari.

Kehidupan peribadi.
Hujung minggu.
2 hari seminggu.
48 jam.

Jadi, tolong.
Jangan ganggu hujung minggu aku.
Aku perlukan masa aku.
Jangan kusutkan 48 jam yang aku ada dengan hal kerja lagi.
Cukuplah hanya untuk 45 jam.

Jujurnya.
Aku bukan 'workaholic'
Aku mahu ruang.
Dan aku bukan seperti kalian.
Yang setiap masa memikirkan hal kerja.
Itu bukan aku.

Stress!!

Sunday 25 January 2015

Dulu vs Kini




Yang DULU itulah menjadikan aku manusia sekarang. Bukan seksa, bukan kejam. Tapi pengajaran.


Just sharing:)
posted from Bloggeroid

Friday 23 January 2015

Kaya sangat ke?????


Pagi tadi sebelum ke tempat kerja kalut ke bank nak withdraw duit.

Berjaya withdraw.
Tapi sampai je tempat kerja baru perasan condition duit ni.

Stamp chop! Siap conteng. Macam mana duit ni boleh ada dalam mesin ATM ni? Haihhh membara je. Laku ke duit ni?
Entah siapa kaya sangat sampai duit pun nak conteng, stamp chop bagai. Memang pffftt sangat tau!!

Kalau suka sangat nak "mendekorasi" duit, simpan jela untuk diri sendiri. Jangan guna! Ini tak, kan dah menyusahkan aku. Lahaiiii!



Monday 19 January 2015

Akhirnya......



Akhirnya berjaya membalas jejak kawan-kawan sekalian. Entah dari zaman bila baru nak balas kan. Hehe maaf la. Tak berpeluang menculik masa untuk membalas jejak. Hari ini baru berkesempatan.

Terima kasih kepada yang melawat blog-suam-suam-kuku aku ni. *Eh eh?

:face2:

Cerita di Kedah: Semeling Street Art


Happy weekend. Syiok noh cuti. Hari ini cuti lagi. Replacement sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah. Hehe lagi syiok boleh online gitu. Jadi dikesempatan yang ada ni kita blogwalking sampai lebam ok.

Hari ni ni up entry pasal 1 tempat kat Pekan Semeling, Kedah. Tapi sebelum itu aku ada cerita pasal ini dekat entry sini. Kalau nak tau pekan Semeling ni kecik je. Tapi tetiba saja rata-rata orang duk sebut pekan ni. Apa yang bestnya? 

Rupanya ada street art dekat bangunan sekitar Pekan Semeling ni. Aku taktau lah siapa yang lukis tapi aku nak cakap mereka memang awesome! Kalau sebelum ni nak pergi street art yang terdekat dengan tempat aku adalah Penang. But now, dekat je. Bawak family makan angin santai petang-petang pun boleh. Kalau sebelum ni orang ramai sekadar lalu je tapi sekarang mungkin kita akan singgah untuk melihat lukisan ini.

Walaupun kawasan lukisan ini tak sebesar dan seluas Armenian Street, Penang tapi itu sudah cukup menghiburkan siapa-siapa saja yang melalui kawasan ini. Teruja kau tahu? Hehehe:D

Jadi dengan berbaju ala kimono baru lepas balik makan kenduri kami selamba ja bersuka ria selfie wefie di sini. 

Tempat ni kira macam landmark la menunjukkan kita dah dalam kawasan Pekan Semeling.
Korang boleh la park kereta korang di tepi-tepi jalan. Then jalan kaki je sebab lukisan-lukisan dinding jalanan di berada di lorong belakang deretan kedai.  



Otomen pun hado.....



Ingatkan aku je yang excited, tunang itew pun excited jugak. Hiksss;p



Sebahagian dari lukisan yang terdapat di sini. Maaf, over selfie puloks. HAHA

Ok lah, tu sebahagian dari lukisan yang aku tunjuk. Ada banyak lagi sebenarnya tapi cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini sajor. Huhu.


Lepas dah letih jalan, korang boleh la singgah makan-makan ke minum-minum ke. Banyak gerai di buka kat sini. Tengok nasi lemak la satay la macam-macam la. Ala, makanan ringan-ringan. Boleh layan...~~

OK, till meet again. HAHA.
 

Friday 16 January 2015

Serabut......


Macam-macam hal.
Itu tak kena.
Ini tak boleh buka.
Tak masuk lagi dengan kerenah manusia tak faham bahasa.
 
Serabut.
Pening.
Semua gara-gara company apply new system.
Stress sungguh kerja minggu ni.
Haihhh.

Sabarlah wahai hati.
Jangan kau melenting.

Nasib baik cuti 3 hari.
Release tension.
Rehat otak.
Rehat badan.

Hope everything will be fine.
Hope so~ 



Wednesday 14 January 2015

Wordless Wednesday 2015: BR1M 2015



Alhamdulillah, rezeki bulan ni. 
Kawan-kawan dah check ke belum? 

Ini BR1M orang bujang. BR1M keluarga tak pasti dah masuk ke tak.
Ke aku yang ketinggalan zaman? Haha.