Cerita di Kedah: Gunung Jerai | miss fluffy


Saturday, 10 January 2015

Cerita di Kedah: Gunung Jerai


Entry yang diperam hingga masak ranum.

Kali ini tahun baru 2015 disambut dengan kawan aku. Maklumlah masing-masing busy dengan kerjaya kononnya. Buat pertama kalinya kaki aku ni menjejak ke atas puncak Gunung Jerai. Korang jangan taktau, aku ni nama je tinggal dekat dengan Gunung Jerai tapi hampeh. Selama 25 tahun, eh silap 26 tahun inilah pertama kalinya naik.

Ok back to the story. Bayaran sebenar 1 van/kereta RM60. So kalau nak jimat pergi la ramai-ramai. Boleh share. Tapi disebabkan aku berdua je dengan kawan aku, ada seorang pakcik tu bagi diskaun RM10. So jadilah 1 kereta RM50 bermakna RM25 seorang. Fikir punya fikir nak naik ke tak, kami pun decided naik jelah. Alang-alang dah sampai kan. Kalau nak naik guna kereta sendiri pun boleh, tapi nasihat aku la pada yang tak confident tu baik kau sewa je. Seriously jalan memang berbahaya. Tu belum masuk selekoh maut. Kalau taktahu jalan better jangan naik sendiri. Biar orang berpengalaman handle. Hehe.

Sampai je ke puncak. Melopong budak 2 orang ni!!
Subhanallah. Cantiknya permandangan. Segarnya bunga. Sejuknya angin atas ni. Bahagia kau tahu! Speechless!

Welcome to Gunung Jerai, baby! HAHA
Kau tengok. Gemoks bunga ni. Haih geram sangat ni!!

Tunggu apa lagi. Keluarkan hp masing-masing. Bawak la monopod ke apa je. Perfect place untuk ambil gambar. Nak selfie ke wefie ke semua boleh. Memang ramai orang naik rupanya kat atas ni. Kalau korang nak tau atas ni ada hotel.Namanya Regency Hotel. Tengok macam terbaik jugak hotel sini. Pakcik yang bawak kami naik atas kata, ada lebih kurang 70 bilik untuk disewa kat atas ni. Sesuai la siapa nak honeymoon ke, nak bawak family ke, nak release tension ke. Memang jauh dari kesibukan kota, pekan, bandaraya. Haha peaceful!! 


#Selfie kau sampai lebam!

Boleh nampak permandangan sawah padi terbentang luas, laut & pantai, pulau, langit membiru. CANTIK sangat! Kuasa Allah yang mencipta langit & bumi. Tiada tandingan.




Gambar permandangan tak banyak. Sibuk selfie, wefiee bagai. Kahkah. Tapi memang enjoy sangat moment ini. Kalau yang tak pernah datang, silalah datang sekali je pun jadi lah. Rasai & nikmati permandangan yang sangat cantik. Fresh angin sini. HAHA!!

Memang aku suggest sangat siapa-siapa yang nak hilangkan tension, nak hirup udara segar sini tempatnya yang korang cari!
Ehem-ehem, macam promote Kedah 2015 pulaksss! Ahakkk!

Ok, nanti ada cerita lagi. Tapi nanti la.

Bye!

6 comments:

  1. wahh wahh wahhh. seronoknya naik ke atas bukit. tengok gambar pun dah tahu tenang tempat ni. ok masuk list tempat nak pergi tahun ni. ehhh. hahah :P

    ReplyDelete
  2. aku pun x pernah pergi lagi gunung jerai.

    ReplyDelete
  3. Gunung Jerai best! haritu buat team building kat sana. masa tu baru2 nak start musim hujan kat malaysia. apakkk sejuk gilaaa best gilaaa hahaha...

    ReplyDelete
  4. urgh, gua yg org KEDAH, umur dh nk masuk 5 series pun belum pernah naik, sobsob :3

    ReplyDelete
  5. wah menariknya.. nasib baik orang jerai smpai juga naik atas ni ekk hehhe :P

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.