Thursday 28 August 2014

We have our own style, you know?


Set dalam kepala.
Ingat ini betul-betul.
Tak semua orang boleh ikut cara kau.
Tak semua orang boleh kerja macam kau.
Tak semua orang perlu dengar cakap kau.
Sebabnya?
Sebab orang lain ada caranya sendiri.
Sebab orang lain ada hak nak buat keputusan sendiri.
Sebab orang lain ada alasan masing-masing.

Jadi,
Kau tak boleh cakap,
Yang cara orang lain salah.
Sebab tak ikut cara kau.
Atau dengar cakap kau.
Kau tak boleh cakap,
Apa yang kau buat 100% betul.

Kau kena ingat.
Kau manusia.
Aku manusia.
Yang lain jugak manusia.
Kita punya hati & perasaan. 
Kita punya akal.
Tapi kita semua berbeza.
Kami tak boleh di 'setup'
Hanya semata-mata nak ikut cara kau.

Bila kau nak judge orang lagi,
Kau ingat balik,
Rangkap yang pertama tadi.

p/s: Orang yang sentiasa rasa dia betul & nak menang dalam segala hal ni kesian sebenarnya. Sebab dia tak pernah rasa betapa bestnya buat mistake. It's a priceless experience, you know?

^•^

Tuesday 26 August 2014

Friday 22 August 2014

My takoyaki




Dah lama sangat aku mencari takoyaki area Sungai Petani ni. Haha dulu masa study kat KL nak makan takoyaki p Jusco je. Tapi balik Kedah takda Jusco. Ada pun kat Penang je. Jarang sekali aku nak sampai Penang kalau takda apa-apa hal.

Tapi sekarang kalau nak makan takoyaki sila pergi beramai-ramai kat Central Square tingkat 5. Orang Kedah mesti tau punya kat mana Central Square ni. Haha sana ada kiosk My Takoyaki. Awesome!! Senyum je sambil order tadi. Memang favorite aku ni.

Pasni siapa yang teringin nak makan takoyaki ni boleh serbu kiosk My Takoyaki. Terbaik #mytakoyaki !! Saja nak promote kot ada yang kempunan macam aku. Kehkeh.

posted from Bloggeroid

#MH17: Al-Fatihah


Source: Google
Seperti yang kita sedia maklum, Jumaat bersamaan 22 Ogos 2014 merupakan hari berkabung bagi Malaysia. Jenazah penumpang & krew MH17 akan tiba di Malaysia hari ini. Takziah buat keluarga mangsa. Redha, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, malah Dia juga sebaik-baik perancang. 

Al-Fatihah..........
Source: Google
p/s: Ramai juga yang mempersoalkan hukum berkabung. Boleh baca di sini (LINK). Moga dapat sedikit pencerahan.

Tuesday 19 August 2014

CPUV 2014: #8


Lama tak buka account Nuffnang. Hari ni buka eh2!! Dapat CPUV lagi. Hehe syiokk. Ada 5 CPUV still on going. 2 yang lama (Waku Doki) dan 3 yang baru. Yang dah credited pun ada. Tak perasan bila muncul. Kehkeh. Alhamdulillah. Rezeki ;)


1. B.liv Brand Visibility
2. iH Media Liese
3. IKEA-SISAN (Re-launch Campaign)

So kalau nampak iklan seperti di atas terawang-rawang di blog aku, hampa jangan malu-malu nak klik tau. Takpe, aku tak marah. Hehe. 

Projek DIY: Bunga crepe


Aku sememangnya perempuan yang tak pernah ambil tahu pasal gubahan bunga. Apatah lagi nak DIY bunga-bunga palsu dari kertas, straw dan etc. Tapi tetiba naik hantu pulak kan. Kekonon belajar dari Google cara buat bunga crepe yang gebu tu. OK aku tau sekarang dah belambak tutorial buat bunga crepe kan? Tapi aku nak story gak. Dalam versi MF sendiri. Jom ber-DIY!

Barang yang diperlukan:
- Kertas crepe
- Dawai bunga/benang
- Gunting/pisau

Step 1:
Bentangkan kertas crepe. Lepas tu korang lipat kertas ni menjadikan ia seperti gambar di bawah. Dapat? Maksudnya lipat panjang 5x then lipat lebar 3x. Boleh je nak lipat kecil lagi tapi nanti kecil lah bunga korang tu.


Step 2:
Siap lipat? Nampak garisan yang terbentuk tu. Ambil gunting atau pisau then potong atau gunting la mengikut garisan tersebut. Dah dapatkan kertas petak-petak? Yeahh mari kita mulakan! Ambil 4 keping kertas petak-petak yang korang dah gunting tadi.


 Step 3:
Susun then lipat kedepan kebelakang. Faham? Tak faham tengok gif kat bawah ni.


Step 4: 
Siap lipat? Ok ambil dawai, ikat lipatan kertas tadi di tengah-tengah. Untuk seimbangkan bunga tu nanti. Kalau ikat tak center kang senget benget pulak bunga kita. Ha lepas tu gunting bucu kertas secara melengkung (seperti gambar di bawah). Baru nanti nampak lawa bunga kita.

Step 5:
Korang akan dapat bentuk macam ni selepas dawai diikat.

 

Step 6: 
Ok lepas tu korang tarik sehelai demi sehelai kertas ni ke atas. Tarik sampai jadi bentuk bunga.


Step 6:
Senyum. Siap!!!




Mudah je nak buat sebenarnya. Rajin dengan malas je. Hehe. Selamat mencuba.

Monday 18 August 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday 15 August 2014

KFC Green Curry



Salam Jumaat wahai bloggers sekalian. Haha disebabkan esok cuti, malam ini aku rajin online. Punya semangat nak story pasal KFC Green Curry yang asyik duk iklan kat TV dan radio tu. Hehe. Kisahnya lepas dengar iklan Green Curry tu hati aku meronta-ronta mahu merasa. Sedap ke tak? Tak dapat rasa Green Curry original kat Thailand pun takpe lah. Merasa yang KFC punya pun jadilah! 

So, bila dah rasa tu bagi aku OK lah. Rasa macam masak lemak pun hado. Haha pedas² sikit, lemak² sikit. Bagi penggemar pedas tahap 10 macam aku ni aku bagi 4 per 10 jer tahap kepedasan tu. Maknanya tak berjayalah buat mata aku berair. Kehkeh. Yang suka pedas sedang² atau tak suka pedas boleh jela makan. 


Yang lainnya semua rasa macam biasa ye cuma special ada sebekas kecil Green Curry. Ada curry ada kacang hijau. Tu je. 


Kalau tanya aku berapa bintang aku bagi?
3.5/5

Sekian:face2:

Tuesday 12 August 2014

Mahu tapi......................


Pernah tak korang macam teringin sangat something tapi bila dah ada peluang terpaksa dilepaskan atas sebab tertentu. Pernah?

Hehe ceritanya begini. A few weeks ago, company aku ada merancang nak buat trip pergi Bali. Aku dah macam wah!! Nak pergi!! Cost pun dalam RM1500. Aku tak sure la murah or mahal? Anyone know? Tapi aku terpaksa sign 'not going'!! Sobss. Aku dari dulu lagi simpan cita-cita nak travel makan angin tak kira la dalam Malaysia atau luar Malaysia. Sebab dulu masa study nak pergi tapi kewangan jadi masalah. So bila dah kerja teringin tu datang macam-macam la.

Tapi nampaknya peluang ini pun terpaksa dilepaskan. Sebab kena berjimat. Simpan duit. Ada perancangan lain sebenarmya. Projek besarrr punya. Haha. InsyaAllah, aku hanya mampu merancang. Allah yang akan menentukan akhirnya. Mungkin ada hikmahnya. Tak semestinya apa yang kita mahu kita akan dapat. Mungkin akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Flower
Source: We Heart It

p/s: Lepas raya blog agak terbiar. Busy sikit, nanti aku balas ye jejak korang. Sorry! Thehe :face19:

Tuesday 5 August 2014

Entry touching giler betik! Kahkah!!


Masa susah kita dicari, 
masa senang seronok menyepi.
Kan? Memang lumrah manusia. 
Susah baru nak ingat, 
bila senang buat-buat lupa.

OK takpe. 
Nanti bila susah datang cari lagi ye.
Takpa, kita jadi stok masa susah je.
Masa senang cari la geng yang happening sikit.
Ye dak?

Fine.
Janji kau bahagia.
Aku touching?
Ha'ah. Memang pun.
K bye.

Baju Kurung Moden 2014 @ ZALORA


Baju kurung memang sinonim dengan pakaian masyarakat Melayu. Malahan pada masa kini baju kurung juga turut digemari oleh bangsa lain seperti Cina dan India. Nampak manis dan sopan dilihat apabila seseorang wanita itu mengenakan busana ini.


Sebut sahaja baju kurung, di fikiran ini mulalah terbayang pelbagai warna, corak dan rekaan yang cantik. Kini, pengayaan baju kurung boleh dipelbagaikan dan tidak terhad seperti dahulu. 

Baju kurung boleh digayakan dengan pelbagai jenis aksesori yang sesuai untuk tampil lebih menawan. Kalau dulunya, bila pakai baju kurung saja mesti dikatakan mahu menghadiri majlis formal. Tak pun pergi kenduri. Tetapi kini persepsi sebegitu telah berubah. Tidak hanya tertumpu di dalam majlis formal, kenduri kendara mahupun di hari perayaan malah baju kurung boleh dipakai ke mana-mana sahaja. Tambahan pula, kombinasi warna seperti ‘color block’ membuatkan padanan baju kurung semakin menarik dan mampu menyerlahkan keanggunan si pemakainya. 



Selain itu, rekaan baju kurung juga memainkan peranan yang penting. Contoh yang dapat kita lihat masa kini, rekaan baju kurung moden nampak lebih anggun dan direka mengikut kehendak dan pilihan pelanggan. Rekaan dengan sentuhan moden juga mampu menarik minat wanita untuk memiliki dan memakainya.

Jika anda tercari-cari baju kurung dengan rekaan yang terkini, Zalora Malaysia ada menawarkan baju kurung yang mungkin akan membuatkan anda jatuh hati. Dengan rekaan yang terbaru dari pereka-pereka fashion yang cukup terkenal semestinya anda menjangkakan harganya sangat mahal bukan? Tetapi di Zalora anda boleh dapatkan baju kurung jenama terkenal ini dengan harga yang istimewa dan berpatutan malahan mampu dimiliki oleh setiap orang. Jadi kepada yang mahu mencari baju kurung yang bersesuain dengan anda, jangan tunggu lagi. Layari Zalora untuk mencari rekaan baju kurung yang anda minati dengan harga yang berpatutan!



Fesyen baju kurung moden 2014 ternyata lebih menarik berbanding dahulu. Lihat sahaja gambar-gambar baju kurung moden diatas. Rekaannya yang menarik telah mendapat sentuhan rekaan yang lebih moden. Ini ternyata memberikan nilai yang lebih stylish ke atas baju kurung moden 2014 terbabit. Bukan itu sahaja malah baju kurung wanita tersebut mempunyai potongan yang cukup fashionable, sesuai dengan kehendak para wanita sekarang ini.Ini bermakna selepas ini anda akan kelihatan lebih anggun dan ayu dalam masa yang sama ketika mengenakan baju kurung kegemaran anda.

Jadi, tunggu apa lagi. Bolehlah mula memilih dan ’shopping’ baju kurung kesukaan anda di Zalora Malaysia!