Aku sememangnya perempuan yang tak pernah ambil tahu pasal gubahan bunga. Apatah lagi nak DIY bunga-bunga palsu dari kertas, straw dan etc. Tapi tetiba naik hantu pulak kan. Kekonon belajar dari Google cara buat bunga crepe yang gebu tu. OK aku tau sekarang dah belambak tutorial buat bunga crepe kan? Tapi aku nak story gak. Dalam versi MF sendiri. Jom ber-DIY!
Barang yang diperlukan:
- Kertas crepe
- Dawai bunga/benang
- Gunting/pisau
Step 1:
Bentangkan kertas crepe. Lepas tu korang lipat kertas ni menjadikan ia seperti gambar di bawah. Dapat? Maksudnya lipat panjang 5x then lipat lebar 3x. Boleh je nak lipat kecil lagi tapi nanti kecil lah bunga korang tu.
Step 2:
Siap lipat? Nampak garisan yang terbentuk tu. Ambil gunting atau pisau then potong atau gunting la mengikut garisan tersebut. Dah dapatkan kertas petak-petak? Yeahh mari kita mulakan! Ambil 4 keping kertas petak-petak yang korang dah gunting tadi.
Step 3:
Susun then lipat kedepan kebelakang. Faham? Tak faham tengok gif kat bawah ni.
Step 4:
Siap lipat? Ok ambil dawai, ikat lipatan kertas tadi di tengah-tengah. Untuk seimbangkan bunga tu nanti. Kalau ikat tak center kang senget benget pulak bunga kita. Ha lepas tu gunting bucu kertas secara melengkung (seperti gambar di bawah). Baru nanti nampak lawa bunga kita.
Step 5:
Korang akan dapat bentuk macam ni selepas dawai diikat.
Step 6:
Ok lepas tu korang tarik sehelai demi sehelai kertas ni ke atas. Tarik sampai jadi bentuk bunga.
Step 6:
Senyum. Siap!!!
Mudah je nak buat sebenarnya. Rajin dengan malas je. Hehe. Selamat mencuba.