Monday 30 June 2014

Transformer: Age of Extinction



Macam mana puasa? OK ke? Hehe mestilah OK kan. Alhamdulillah, tempat aku dah 2 hari hujan. So takda la terasa sangat. Fe-feeling je hujan time puasa kan. Huhu.

Siapa dah tengok Transformers baru tu? Hehe semalam aku baru tengok. Cinema memang full teruk! Semua gara-gara penangan Transformers. Apa aku boleh kata, cerita ni memang tip top! Haha siapa peminat Transformer dia tau la macam mana kan. Tak minat pun boleh minat bila tengok robot-robot Autobots ni berlawan. Super duper awesome! Mulut aku ternganga dari start cerita sampai habis. Teruja!! Hahaha *OK aku tipu.

Bagi review personal aku sikit la, untuk Transformer: Age of Extinction ni mengisahkan manusia cuba menghapuskan semua robot-robot yang ada kat Bumi ni sebabnya robot-robot ni banyak bawa kemusnahan dari kebaikan. So semua robot-robot ni bersembunyi la nak selamatkan  diri masing-masing termasuklah Optimus Prime. Dalam cerita ni ada robot baru (LockDown) macam robot upahan la aku rasa untuk tolong manusia bunuh semua Autobots dan Decepticons. Jahat ke baik ke semua kena bunuh. Dalam cerita ni ada 1 keluarga, Cade Yeager yang tolong geng-geng Optimus Prime ni makanya diorang pun kena buru dengan manusia-manusia jahat ni. Lepas tu baru aku tau diorang ni nak berebutkan Benih. Benih apa? Untuk apa Benih tu? Sampai sini saja aku cerita. Cerita lebih-lebih tak gempak.Sila ke panggung wayang berdekatan anda.

Walaupun mula-mula cerita aku macam blur sikit jalan cerita tu tapi lepas tu ok la. Ditambah ada part berbentuk humor so tak bosan sangat. Boleh gelak sambil teruja. Aku bagi 5/5. Mantap! 

Kalau tanya aku suka watak apa dalam cerita ni. Ini dia!! Comel sangat! Hahaha.


Autobots Hound a.k.a Fat Ballerina

Bumble Bee

Saturday 28 June 2014

CPUV 2014: #3


Alhamdulillah. Update pasal CPUV lagi. Haha harap jangan muntah. Rezeki bulan Ramadhan kot. Seronok rasa.


CPUV kali ke-3 ni dari Ikea - June Sale Campaign. Ha macam biasa la, kalau nampak je iklan ni sila click secara berjemaah. Hehe. Ok² kalau siapa yang nak buat persediaan raya awal² ha boleh usya kat Ikea. Depa buat sale tu!! Awesome sangat aihh! :D

CPUV #1|#2

p/s: Selamat menjalani ibadah puasa esok! Jangan buat² lupa pergi beli breakfast pulak ye!! Kehkeh:D

Friday 27 June 2014

Salam Jumaat: Ramadhan


wow1 | Flickr - Photo Sharing!
source: we heart it

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.
Moga Ramadhan ini menjadi yang terbaik dari sebelumnya, InsyaAllah.

Tambahan, Ramadhan tahun ini agak mencabar bagi aku kerana tahun pertama berpuasa sebagai seseorang yang bekerja. Tahun sebelum ni sebagai student tak begitu mencabar sebab aku ada banyak masa terluang. Hehe tapi tidak untuk tahun ini. Harapnya aku akan cepat terbiasa dan boleh menjadikan Ramadhan ini sebagai tahun terbaik aku. Amin.

Selamat berpuasa juga pada kalian blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday 26 June 2014

CPUV 2014: #2


Pagi-pagi dah up entry pasal CPUV kan? Sebelum ni kecoh pasal CPUV #1. Haha nampak sangat terlebih excited. Kekonon dah jadi mata duitan la. Hehe kali ni aku dapat CPUV ke-2 dalam tahun 2014. Haihhh orang lain dah lama dapat aku baru nak kecoh. Takpa chillex. 

Jangan click sorang-sorang, ajak geng click berjemaah ok. Hehe.

Tengok start date 13 June tapi sebelum ni check takda pun? Start date tu maksudnya tarikh mula iklan tersebut ATAU tarikh mula iklan diletakkan dalam blog aku? Anyone can explain? Ke nak hantar ticket je kat Nuffnang? Ngada tau. Kehkeh.

Ok la. Cukup merapu. Jangan lupa klik berjemaah kalau nampak iklan uMobile Prepaid Free Meal muncul kat blog aku ye! Trimas Nuffnang! :face2:



p/s: Perasan tak Nuffnang dah lain? Hehuuu~

Wednesday 25 June 2014

#62 Wordless Wednesday


Ladies, saja nak kasi tutorial make up sikit. Hehe.

eye liner

Ojos

Lips(L)

💋

Source: We Heart It

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #8 (FINAL)


Jeng jeng.... Soalan yang terakhir untuk Adidas Blogger Cup. Sepatutnya aku publish semalam tapi disebabkan ada masalah tertentu aku tak dapat nak publish. So tanpa berlengah lagi mari kita ke soalan ke-8.


Soalan:
Which player scored his 15th World Cup goal in Brazil?

Hint/Klu: 
Klik pada gambar diatas (URL Link) ATAU 
The answer is about the man in the video.
Mi_ _ _l_v  K_ _ _e 

Ha senang tak? Taktau mainkan je video di bawah ni. Kot la jumpa jawapan kan? Hehe.


Dah dapat jawapan kan? Ha mari tinggalkan jawapan korang pada kotak jawapan di bawah ni ok. Cepat jawab laju-laju.

adidas Blogger Cup (Question 8)

Ha one more thing, ni la leaderboard untuk bloggers yang terlibat. Aku jatuh tempat ke-7. Jadi mohon agar rakan-rakan sekalian jawab soalan ni secara berjemaah! Angkut la pakcik, makcik, laki bini, tokwan jawab soalan ni ye. Mana nak tau boleh naik ranking. Hehe trimas pada yang menjawab soalan-soalan sebelum ni!! Appreciate sangat support dari korang! :9:

Tuesday 24 June 2014

CPUV 2014 #1


Hehe tengok ramai duk hapdate pasal CPUV. Aku pun dah lama tak log in Nuffnang hari ni tergatal tangan nak masuk. Rupanya ada CPUV. Horeeeyyy 18hb Jun masuk sekarang baru tengok! Bertuah sungguh!-_-


Ni CPUV pertama untuk tahun 2014. Kehkeh jangan gelak! Betapa ku tak pedulik pada iklan-iklan yang muncul. Haduyaiii. Takpa2 dapat sebijik pun dah syukur. 

Ha kalau tetiba korang masuk blog aku nampak iklan Bulgogi Brothers Korean BBQ ni jangan lupa klik! Klik sampai lebam dialu-alukan. Hehe mekasih Nuffnang. 

K bye!:face9:

Monday 23 June 2014

Menantu idaman?


Holla.
Tadi tengah boring takde kerja. Saja kelebek blog dan terjumpa keyword yang eye-catching sangat pada aku! Hehe.

Gambar menantu idaman? Hoiii hoii!! Dah siapa pulak stalker aku nak buat menantu ni? Halamak malu la~  Kahkah giler perasan perempuan ini kan? Kofkof:10:


Ala gurau je. Siapa sanggup buat aku sebagai menantu memang awesome sebab mak aku cakap memang bertuah la ada orang nak perempuan kasaq macam aku ni. Kehkeh:15: *Sampai hati mak~ Wuu~ Hehe takpa. Jodoh rahsia Allah. Apa pun keyword ni mesti mai dari entry ini (LINK)

p/s: Isnin. Mengantuk dari pagi sampai petang.

Sunday 22 June 2014

Mana hati mu?


Gempar lagi.
Satu lagi insan istimewa menderita.
Hidup bagaikan mati.
Seksa tak siapa mengerti.
Tapi Allah itu Maha Berkuasa.
Dia beri jalan.
Dia beri pengajaran.
Supaya hambaNya belajar.

Kita mungkin tidak tahu apa cerita sebenarnya.
Sanggupkah insan yang syurga di bawah kakinya.
Menyeksa zuriatnya begitu?
Kita saling menunding. 
Tapi bagiku, 
kemiskinan bukan bererti kau harus mengabaikan.
Apa dosa dia kepada mu?

Maaf.
Sebak yang amat.
Aku tahu yang lain juga begitu.
Moga terbela nasibmu.
Wahai penghuni syurga.


p/s: Aku rasa makin hari makin takut nak buka TV tengok news. Makin tak sanggup nak selak newspaper. Berita yang kadang-kadang aku sendiri tak sanggup nak hadap baca atau lihat.

Thursday 19 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #7


Hollaaa!! Hehe tibalah masanya untuk soalan #7. Macam mana soalan #6? Ada siapa dah jawab? Senang kan? So, mari kita ke soalan seterusnya. Yang ni kacang rebus sangat! Budak tadika pun boleh jawab. Buta bola *ada ke? pun boleh join! Hehehe:11:

 
Soalan:
Who is the player in the picture?

Hint/Klu:
Klik gambar or sini (LINK) ATAU
Mainkan video di bawah ini! (The answer is about the man in the video)


Senang kan?? Dah tau jawapan sila tepek jawapan korang pada kotak jawapan di bawah ini. Good luck!! :9:

Wednesday 18 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #6


Alamak!! Aku terlupa nak publish. Sepatutnya soalan ni muncul 8pm semalam. Kehkeh maafkan aku. So tanpa berlengah mari kita ke soalan #6. Yang dah jawab soalan-soalan sebelum ni all the best aku ucapkan! Kepada yang "tertinggal bus", duk blur lagi boleh rujuk sini (LINK)


Soalan: 
Spot the difference: What is the one difference between the F50 adizero FG Battle Pack displayed above and the originals?

Klu/Hint: 
The answer is about the pattern on the boot. Compare the black and white pattern. (LINK)

 

Hoiii hoiii kacang je nih!! Hehe dah tau jawapan? Tinggalkan jawapan korang pada kotak dibawah.

#61 Wordless Wednesday



.

Source: We Heart It

Tuesday 17 June 2014

Kau pemalas?

Kau tak mampu atau kau pemalas?
Bergerak seinci kau rasa berat?
Sedangkan itu tanggungjawab kau.

Kalau dikatakan tak mampu.
Sihat nampaknya.
Gosip tak menentu.
Mustahil dikata tak mampu.

Jadi kau pemalas?
Jangan naik hantu bila kau dikata begitu.
Mungkin ada benarnya.
Nasihat aku, bila orang minta sesuatu.
Kau jangan jadi kayu.
Buat-buat tak tahu.
Tak mahu ambil peduli kononnya.

Jadi,
Kau tak bertindak.
Biar aku yang bertindak.
Halau 'lalat-lalat' kau.

p/s: Hehe siapa pening baca harap maaf. Entry paling menyampah untuk kayu. Hoho

Monday 16 June 2014

How To Train Your Dragon 2



Siapa dah tengok How To Train Your Dragon 2? Hehe sumpah syiok! Memang aku kasi 5/5  :face18:Disebabkan aku spesis takleh tengok ciptaan yang comel jadi aku rasa naga-naga dalam cerita ni sangat comel. Kelupur-kelupur aku dalam cinema sebab naga-naga comel ni especially Toothless!! Auwww!:face75:


Aku bagi sinopsis persendirian sikit ok. Hiccup jumpa balik dengan mak dia , Valka which is seorang dragon master. Kira macam jejak kasih balik la. Mak dia ni la yang jaga semua naga yang tercedera disebabkan oleh si jahat, Drago Bludvist yang nak kuasai semua naga-naga dan tubuhkan pasukan tentera.


So, disitu la bermulanya pejuangan Hiccup ni nak selamatkan semua naga-naga tu dengan kampung dia sekali dari serangan si jahat tadi. Tapi aku rasa tak best dekat part bapak Hiccup (Stoick) ni mati. Nak tau mati sebab apa? Kena pi tengok sendiri ok? Hehe. Memang tip top! Berbaloi aku pi terjah cinema. 

p/s: Nak tengok Maleficent....TT_TT

Sunday 15 June 2014

Maaf


Maaf.
Kata-kata ringkas tapi berat untuk diluahkan.

Ego. 
3 patah perkataan cuma.
Nanum sangat merbahaya.

Ego dan maaf sering berlaga.
Hati meronta-ronta.
Mulut mahu menuturkan kemaafan.
Tapi, bila ego menguasai.
Hati yang lembut jadi keras.
Tak mahu mengalah.

Sesungguhnya memberi kemaafan itu sesuatu yang mulia.
Namun, terkadang ada yang disalah ertikan.
Ingat, mengalah tak bererti kalah.
Melawan tak bererti menang.

Jalan mudah.
Diam.
Kau cara kau.
Dan aku dengan caraku.
Pengakhirannya?


Tergantung...............................................

Saturday 14 June 2014

Penghargaan


Kecewa, marah, geram.
Kita buat sesuatu.
Buat sehabis baik.
Paling kita rasakan "perfect".
Terkadang masih belum cukup sempurna dimata mereka.
Ada sahaja yang tak kena.
Ada sahaja nak mengata.

Sedarkah mereka bila berkata?
Fikirkah mereka sebelum bicara?
Aku tak minta untuk dilambung tinggi.
Malah tak minta dijulang hebat sekali.
Aku cuma minta kau hargai.
Bukan banyak. Sedikit sahaja.

Penat belum habis. 
Peluh masih menitis.
Tapi bicara kau lansung tak manis.

Hargai apa yang seseorang buat untuk kau.
Dia tak minta apa-apa. 
Cuma secebis "appreciation" sahaja.

This is what I like | via Tumblr

Thursday 12 June 2014

Adidas Blogger Cup KickOff! : Question #5


Tanpa membuang masa, mari kita ke soalan no.5 untuk Adidas Blogger Cup!! Hehe

Soalan: 
What year is written on the Spain team's logo?


Hint/Klu: Jawapan ada pada t-shirt  (klik gambar diatas)

Dah tahu jawapan? Tinggalkan jawapan anda pada kotak di bawah ni ye!;)


Jawab cepat!! Korang  berpeluang memenangi World Cup jersi!! Awesome!!