Friday 29 April 2016

Salam Jumaat




Dah lama tersimpan dalam Draft. Hari ini baru sempat publish! 
Busy kalah menteri-_-

Wednesday 27 April 2016

Wordless Wednesday 2016: El Nino

Bila membebel panas, mak sound "Ni baru panas dunia anak oiii. Panas di sana matahari sejengkal ja dari kepala". Ok insaf. Teruih duduk depan kipas dengan kelajuan 3. Nampaknya kata-kata mak jugak agak panas di telinga ini. KAHKAHKAH

Jaga diri kawan². Jangan gatai² nak berjemur tepi pantai konon nak dapatkan tanned skin. Kang tak pasal kena strok haba-_-

Eh jap, ni entry Wordless Wednesday kan? Ehmmm....

Tuesday 26 April 2016

Telekung


Aku pernah terbaca 1 kisah pasal telekung di Facebook.
Kisah seorang wanita yang menghadiri jamuan di rumah kawan lamanya.
Dia begitu kagum dengan kejayaan rakannya.
Memiliki rumah yang besar, mewah dan nampak gah sekali.
Dalam usia yang muda sudah mampu mengecapi segala kemewahan ini.
Masa berlalu dan tiba masa untuk bersolat. 
Wanita tadi meminta izin dari rakannya untuk tumpang bersolat dan ingin meminjam telekung  rakannya tadi.
Dan apa yang dia dapat?
Sehelai telekung yang kusam. Tidak seperti pakaian lain yang cantik yang dimiliki rakannya. 
Kata rakannnya, inilah satu-satunya telekung yang dia ada.
Terfikir sejenak si wanita tadi.
Walaupun hidupnya sederhana, dia bersyukur.
Telekungnya tidak mahal tapi cukup bersih dan cantik untuk menghadap Sang Penciptanya.
Dan dia tidak pernah lupa untuk membeli  telekung yang baru setiap tahun.
Kenapa hanya mahu kelihatan cantik di mata manusia sahaja?
Tapi bila menghadap Allah Yang Esa buruknya pakaian kita.
Walhal Dialah Pencipta kita, Dia Yang Maha Berkuasa.


Back to the reality.
Tengok telekung sendiri.
Asyik pakai sahaja. Jarang basuh.
Kotor bekas makeup. Daki lagi.
Dah macam belacan dah. Geli kan?
Nak bagi kawan pinjam pun malu.
Takut bau tak sedap.

Dengan manusia..Malu kan?
Tapi bila jumpa Dia dengan tekekung berdaki, tak malu?
Ambil la masa. Basuh telekung tu.
Yang mana kotor buatlah sampai bersih.
Waktu uzur kan boleh basuh.
Takpun spare la 2-3 helai telekung.
Boleh berganti-ganti basuh.

Tak kata kat sapa².
Peringatan untuk diri sendiri.
Peringatan untuk kita.