Telekung | miss fluffy
Telekung
Aku pernah terbaca 1 kisah pasal telekung di Facebook.
Kisah seorang wanita yang menghadiri jamuan di rumah kawan lamanya.
Dia begitu kagum dengan kejayaan rakannya.
Memiliki rumah yang besar, mewah dan nampak gah sekali.
Dalam usia yang muda sudah mampu mengecapi segala kemewahan ini.
Masa berlalu dan tiba masa untuk bersolat.
Wanita tadi meminta izin dari rakannya untuk tumpang bersolat dan ingin meminjam telekung rakannya tadi.
Dan apa yang dia dapat?
Sehelai telekung yang kusam. Tidak seperti pakaian lain yang cantik yang dimiliki rakannya.
Kata rakannnya, inilah satu-satunya telekung yang dia ada.
Terfikir sejenak si wanita tadi.
Walaupun hidupnya sederhana, dia bersyukur.
Telekungnya tidak mahal tapi cukup bersih dan cantik untuk menghadap Sang Penciptanya.
Dan dia tidak pernah lupa untuk membeli telekung yang baru setiap tahun.
Kenapa hanya mahu kelihatan cantik di mata manusia sahaja?
Tapi bila menghadap Allah Yang Esa buruknya pakaian kita.
Walhal Dialah Pencipta kita, Dia Yang Maha Berkuasa.
Back to the reality.
Tengok telekung sendiri.
Asyik pakai sahaja. Jarang basuh.
Kotor bekas makeup. Daki lagi.
Dah macam belacan dah. Geli kan?
Nak bagi kawan pinjam pun malu.
Takut bau tak sedap.
Dengan manusia..Malu kan?
Tapi bila jumpa Dia dengan tekekung berdaki, tak malu?
Ambil la masa. Basuh telekung tu.
Yang mana kotor buatlah sampai bersih.
Waktu uzur kan boleh basuh.
Takpun spare la 2-3 helai telekung.
Boleh berganti-ganti basuh.
Tak kata kat sapa².
Peringatan untuk diri sendiri.
Peringatan untuk kita.
☺
terasa kerdil diri ini :(
ReplyDeleteKalau ada telekung satu sekalipun, sekurang2nya masa period, boleh basuh. Sebulan sekali basuh jadilah daripada tak basuh langsung. Tapi sekarang harga telekung pun dah murah juga, boleh beli banyak untuk letak di rumah. Tq for this entry, peringatan untuk diri sendiri juga :)
ReplyDeletebetul tu . ikut sunnah rasulullah . nak solat mandi , gosok gigi , pakai baju bersih dan letakkan sedikit bau2an ...
ReplyDeleteDeep :)
ReplyDelete