Gelombang Star Wars nampaknya masih belum berakhir. Laku keras betul cerita ni. Dengarnya dapat kutipan mencecah berbillion sejak di tayangkan. Fuhh kayooo²! HAHA
Source: Google
Suami aku pun dah tak sabar sangat nak p tengok. Cuma masa yang terhad membuatkan kami baru menontonnya Ahad lepas. Aku sebenarnya tau la cerita Star Wars ni. Tapi jalan ceritanya memang aku taktau lansung. Yang aku kenal Darth Vaders saja. Tu pun sebab topeng dia yang menakutkan selain aku juga ada seluar tidur bercorak kepala Darth Vaders. HAHAHA
Jadi inilah pertama kalinya aku menonton Star Wars ni. Sebelum ni ada siar juga Star Wars musim lepas dekat TV3 (entah yang mana) tapi aku tak sempat nak tengok pun. Entah rasa macam nak bagi konklusi terus. Syok jugak cerita ni oiii!! HAHA tak berkelip aku tengok. Sebab kalau terlepas mana² scene aku akan rasa macam lost. Yelah mestilah nak kenal watak² takut satgi aku keliru pulak. HAHA nasib baik suami aku penah tengok cerita sebelum ini. Jadi dia tau la sikit² walaupun ingat² lupa.
Kisahnya perebutan peta berlaku antara geng jahat (geng² Darth Vaders, Stormtrooper) dengan Pihak Penentang. Peta tu adalah info penting untuk tahu dimana Jedi terakhir, Luke Skywalker. Segala pertempuran dan serangan yang dilakukan adalah semata² nak dapatkan cebisan peta terakhir untuk melengkapkan peta sebenar kedudukan tempat persembunyian Skywalker. Pendapat aku, cerita ni ada jugak scene humor. Kiranya terhibur jugak la. Takda la serious asyik nak perang² setiap masa. Hihihi. Ada juga watak yang "dimatikan" dalam cerita ini.
Source: Google
Tapi setiap kematian mesti ada pengganti baru. Kalau nak tau siapa pengganti baru itu, silalah berarak beramai-ramai ke pawagam berdekatan. Aku bukan malas nak taip tapi kang spoil pulak. Tak pasal² panjang berjela aku menulis jalan cerita Star Wars tu. HAHA Yang pastinya pertempuran kali ini dimenangi oleh Puak Penentang. Horeyy!! Oh ya..nak tau watak favorite aku tak? HAHA si comel BB-8 sejenis robot droid. Dia ni lah yang bawa peta tu untuk diberikan kepada orang yang tepat dan elakkan dari terlepas ke tangan geng jahat.Aku suka dia sebab dia comel oiii!! Tak caya hampa try tengok nanti. Hehe.
Selepas menonton Hotel Translyvania dekat TV, aku begitu eager untuk menonton Hotel Transylvania 2 dekat cinema. Jadi selepas waktu kerja dengan gigihnya check showtime dan kebetulan ada tayangan pukul 6.20PM maka plan untuk menonton movie keseorangan menjadi lagi. Walaupun rasa macam forever alone sebab orang lain ajak pakwe makwe mahupun anak² menonton bersama tapi aku tak peduli. Yang penting misi untuk menonton cerita ni berjaya. HAHA.
Johanthan♥Mavis wedding!!
Jadi tak perlu nak bermukadimah panjang² sebab aku nak review movie ni. Kalau hampa tengok Hotel Transylvania mungkin hampa tau bahawa Mavis bertemu dengan 'zing' dia iaitu Jonathan. Permulaan jalan cerita Hotel Transylvania 2 adalah majlis perkahwinan antara Mavis♥Jonathan di hotel milik Dracula (bapa Mavis). Dan setahun kemudian Mavis mengandung dan melahirkan seorang bayi lelaki separa manusia/vampire yang cuteeeeee giler! Sumpah cute! HAHA Dan bayi tersebut dinamakan Dennis atau Denisovich (nama yang Dracula panggil pada cucunya kononnya kerana berdarah vampire).
Giler muka macam ni tak comel! Sangatttt comel! >,<
Disebabkan Darcula begitu yakin yang cucunya akan menjadi vampire dia sangat² teruja menunggu taring cucunya tumbuh atau cucunya berubah jadi kelawar tapi malangnya tidak! Tapi bagi Mavis, dia lebih mahukan anaknya menjadi manusia serta menjalani kehidupan normal seperi kanak² manusia lain. Disebabkan itu jugalah Mavis menjadi ibu yang overprotective dan dia merasakan mereka sekeluarga perlu berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk Dennis. Bagi aku bermulanya puncak cerita di mana Darcula plan dengan rakan² monsternya untuk menunjukkan kehidupan sebagai hantu atau raksasa dengan harapan cucunya akan bertukar menjadi vampire. Tapi dengan adanya ibu Dennis rancangannya mungkin tidak menjadi. So apa plan yang Darcula buat dengan menantunya? Teeeettttt hampa kena tengok sendiri.
Hampa rasa Dracula nak buat apa kat cucu dia masa ni? Jengjengggg!!! Bleh,bleh blehhhh..
Dan berjayakah Dennis bertukar menjadi vampire sebelum hari jadinya yang ke-5 atau dia akan kekal menjadi manusia selamanya? Bleh, bleh blehhh.. Sila ke pawagam masing² yang berdekatan.
Secara keseluruhannya jalan cerita sangat menarik. Tambah menarik bila ada scene² humor. Lawak gila! Berdekah² aku serta orang ramai gelak dalam cinema tu. Kalau ada anak² bagus bawak mereka tengok cerita ini. Sebab aku dengar budak² yang gelak paling kuat. Orang tua² pun sama sebenaqnya-__- Jadi kepada peminat cerita kartun highly recommended untuk tonton cerita ini. Bleh, bleh blehhh.
Rating:
p/s: Kalau ada masa nak tengok Goosebumps pulak. Macam menarik je