Star Wars: The Force Awaken | miss fluffy


Friday, 8 January 2016

Star Wars: The Force Awaken


Gelombang  Star Wars nampaknya masih belum berakhir. Laku keras betul cerita ni. Dengarnya dapat kutipan mencecah berbillion sejak di tayangkan. Fuhh kayooo²! HAHA

Source: Google

Suami aku pun dah tak sabar sangat nak p tengok. Cuma masa yang terhad membuatkan kami baru menontonnya Ahad lepas. Aku sebenarnya tau la cerita Star Wars ni. Tapi jalan ceritanya memang aku taktau lansung. Yang aku kenal Darth Vaders saja. Tu pun sebab topeng dia yang menakutkan selain aku juga ada seluar tidur bercorak kepala Darth Vaders. HAHAHA

Jadi inilah pertama kalinya aku menonton Star Wars ni. Sebelum ni ada siar juga Star Wars musim lepas dekat TV3 (entah yang mana) tapi aku tak sempat nak tengok pun. Entah rasa macam nak bagi konklusi terus. Syok jugak cerita ni oiii!! HAHA tak berkelip aku tengok. Sebab kalau terlepas mana² scene aku akan rasa macam lost. Yelah mestilah nak kenal watak² takut satgi aku keliru pulak. HAHA nasib baik suami aku penah tengok cerita sebelum ini. Jadi dia tau la sikit² walaupun ingat² lupa. 

Kisahnya perebutan peta berlaku antara geng jahat (geng² Darth Vaders, Stormtrooper) dengan Pihak Penentang. Peta tu adalah info penting untuk tahu dimana Jedi terakhir, Luke Skywalker. Segala pertempuran dan serangan yang dilakukan adalah semata² nak dapatkan cebisan peta terakhir untuk melengkapkan peta sebenar kedudukan tempat persembunyian Skywalker. Pendapat aku, cerita ni ada jugak scene humor. Kiranya terhibur jugak la. Takda la serious asyik nak perang² setiap masa. Hihihi. Ada juga watak yang "dimatikan" dalam cerita ini. 

Source: Google

Tapi setiap kematian mesti ada pengganti baru. Kalau nak tau siapa pengganti baru itu, silalah berarak beramai-ramai ke pawagam berdekatan. Aku bukan malas nak taip tapi kang spoil pulak. Tak pasal² panjang berjela aku menulis jalan cerita Star Wars tu. HAHA Yang pastinya pertempuran kali ini dimenangi oleh Puak Penentang. Horeyy!! Oh ya..nak tau watak favorite aku tak? HAHA si comel BB-8 sejenis robot droid. Dia ni lah yang bawa peta tu untuk diberikan kepada orang yang tepat dan elakkan dari terlepas ke tangan geng jahat.Aku suka dia sebab dia comel oiii!! Tak caya hampa try tengok nanti. Hehe.

loop bb8
Source: Google

3 comments:

  1. Comelnya BB-8.. Kak aiza tak menontonnya lagi..

    ReplyDelete
  2. memang cute robot tu hihihihi

    ReplyDelete
  3. Dah tengok jugak....layankan anak yg nak tengok sangat tu.
    Okje ni bukan minat pun cite cite gini, tp bila layan, best jugak...

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.