Thanks for everything 2015 and Hello 2016!! | miss fluffy


Wednesday, 6 January 2016

Thanks for everything 2015 and Hello 2016!!


Entry pertama untuk tahun baru. Yeah sedar tak sedar masa makin berlalu jauh meninggalkan kita. Sekejap je rasa tup² dah tukar kalendar baru. Hehe. Selamat Tahun Baru 2016 kawan²!! Walaupun dah nak masuk seminggu tapi rasanya masih belum terlambat kot nak wish Happy New Year 2016

Just nak recap balik tahun 2015 yang banyak memberi 1001 kenangan manis dalam hidup aku. Banyak moments indah & penting yang berlaku dalam tahun ni. Jugak banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuhi dalam tahun ini.

Moment paling aku ingati pada tahun ini tentu sekali hari paling bersejarah dalam fasa hidup aku. Dari status bujang ke berkahwin. Ya² I'm get married!! 20hb November 2015 secara sahnya aku bergelar isteri kepada seorang lelaki yang aku pilih untuk bersama² sepanjang hayatku. Tediaaa ayat berbunga habis!!



6hb September 2015 genap setahun kami bertunang dan sudah pasti bermacam dugaan dan ujian yang kami tempuhi. Plan melansungkan pernikahan tertangguh atas banyak sebab tapi Allah dah tentukan jodoh kami. Redha dan Alhamdulillah semuanya telah selesai. Doakan kami berjaya menempuhi liku² dalam alam rumah tangga ni.



Tahun ini juga kehilangan bapa saudara yang selama ini banyak membantu kami sebulan sebelum perkahwinan aku. Sememangnya ini adalah sangat menyedihkan. Semoga Allah menempatkan roh beliau dikalangan orang² yang beriman dan beramal soleh InsyaAllah. Moga diampunkan dosa² beliau di dunia.

Oh ya, sudah genap 2 tahun aku berkerja di sini (Biarlah rahsia.. Hehe) Alhamdulillah banyak pengalaman yang dapat aku korek. Masa permulaan agak tough tapi lama² aku dah terbiasa.

Kawan² baik aku jugak kebanyakkannya mengakhiri zaman bujang mereka dalam tahun ini. Kiranya I'm the last one among them. HAHAHA!! Moga berbahagia kawan² kesayangan aku!!:face9:


Ada banyak lagi kenangan baik dan buruk tapi yang buruk tu aku simpan sorang² dah la ye. Cerita yang baik² saja. Kalau nk diceritakan semua memang muntah la korang nak membacanya. HAHAHA

Apa pun aku mengharapkan yang terbaik dalam tahun 2016. Tak kisahnya apa yang akan berlaku nanti tapi aku berdoa supaya Allah permudahkan setiap urusan harian aku. Macam biasa resolution tahun lepas akan aku carry forward ke tahun ini. So my new resolution is to achieve my last year resolution. Boleh gitu? Hehe.



Dan aku harap barang tak naik, tol tak naik, minyak tak naik. Biar gaji je naik. Bolehkah? Hehehehe.

Sekian.
 2015 and  2016!!

p/s: Azam korang dah habis ke tertunai??

5 comments:

  1. cepat betul kan masa berlalu..dah 2016 dah..btw selamat tahun baru..semoga resolution tahun lepas dapat ditunaikan pada tahun ini..hehe

    ReplyDelete
  2. slmt pngantin baruuuuuuu :DD

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru dan pengantin baru juga.. ;)

    ReplyDelete
  4. Moga cinta kalian kekal bahagia hingga ke syurga ye. Ohhh kiranya masih lagi dlm mood honeymoonlah ni yeh Mime...

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.