HLM Boat Noodle Alor Star | miss fluffy


Sunday, 24 January 2016

HLM Boat Noodle Alor Star


Lama rasanya tak buka blog. Maklumlah sekarang sibuk mencari pekerjaan baru dan terpaksa ikut suami. Hehe taknaklah PJJ lama-lama. 

Entry ni pun dah lama peram. Last day of 2015, aku dengan adik aku la. Jalan-jalan ke Alor Star. Dan kebetulan pulak sebelum ni aku ada terpandang 1 kedai makan yang served makanan ala-ala boat noodle. Ya, bab makan cepat je aku mencari kan. HAHA senang sangat nak cari kedai ni. Tapi sebabkan aku tak berapa biasa sangat jalan-jalan di Alor Star, pakai waze jugaklah. Taip je Boat Noodle Alor Star, memang dia akan bawa hampa ke sana terus!

Tepi jalan je dah nampak cafe ni. Terbentang besar HLM Boutique Kafe Boat Noodle. Tak nampak jugak taktau lah aku. HAHA

Credit to this picture's owner
Apalagi terus serbu la kami. Lapaqqq oiii!! Terletak di tingkat 1, bila masuk je kedai wah! Luas jugak, nice cafe. Dekorasi simple je, sempoi dan santai. Meja dan kerusi dari kayu pallet. Kami memilih meja di tepi tingkap. Boleh tengok view luar. So masa untuk order!



Pilih je menu dan tulis apa yang hampa nak makan dan minum. Ala macam kat Old Town tu. Dan disebabkan inilah kali pertama aku nak makan boat noodle ni aku macam eh nak order apa? Mana yang sedap? Cukup je semangkuk? Dua mangkuk? HAHA rileks pempuan!! Hang nk order makanan macam nak pangkah undi je. Ok dekat menu dah recommend siap, 1 orang adalah disarankan order 4 mangkuk. Semangkuk takut tak kenyang plak. Hajat nak makan boat noodle, itu jela yang aku nampak. Ada 2 pilihan flavor iaitu ayam dan daging. Kami decide ambil 7 mangkuk. HAAA dengar macam makan bersama saka kan. Banyak nauuu. Tapi mangkuk dia kecil comel je. Sekali hang suap dah mahu mangkuk yang lain. Air kami ambil green tea. Sekarang kan famous air sedap cawan besar tu. 

Bila makanan dah sampai, kita ambil GAMBAR dulu. HAHA baru melantak. Kahkahkah. Tengok-tengok lah ye



Kasik zoom sikit!!

Green tea always my favorite drink!

Bila rasa emmm not bad. Sedap! Kena la dengan tekak aku. Bukan semua benda hang makan ke pempuan??!! Eheh.. Letak cili flakes sikit, baru power. Pedas gitu memang terbaik kak oii. Kedua-dua flavor memang sedap. Tapi adik aku cakap boat noodle yang dia makan kat KL lagi sedap. OK fine, nanti aku akan ke sana jugak!! HAHA Sekarang kat Kedah, kita jamah Boat Noodle di Kedah. Sedap jugakkk! 


Dan kesudahannya sangat menggembirakan!! Perut gembira suka hati!!


Hampa kalau teringin nak makan boat noodle ni, bolehlah singgah HLM Boutique di Alor Star. Kedai ini bertentangan dengan sekolah STAR.

Enjoy the food!!

6 comments:

  1. Assalamualaikum,nampak sedap bot noodle :)

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah...alor star pon dah ada Boat Noodle.

    ReplyDelete
  3. alahai comelnya . pandai lak mrk berjimat ... heheheee

    ReplyDelete
  4. nampak pekat kuah nya.. mcm mana lah agaknya rasa dya ya.. teringin jugak nak makan.. tp kat area husna xde yg dekat.. huhuhuh..

    ReplyDelete
  5. mkn ni mmg nk kne order berpinggan-pinggan ea... ^^

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️