Rajin pulak sekarang menjejakkan kaki ke Perak. Maklumlah, soulmate aku kan orang Perak. Mungkin juga wishlist aku menjejak sebanyak mungkin cafe² yang ada akan menjadi kenyataan. Dekat Ipoh apa yang aku lihat, banyak juga cafe² yang menarik perhatian aku. Wallah!! I like♥
Selepas melawat saudara-mara di Ipoh, suami aku la beria benar nak try masuk Khizanat. Aku yang 1st time dengar nama cafe ni teruih saja buka IG. Macam wow juga tempat dia. Tapi malang sekali tak buka pada hari tu. Kecewa juga suami aku. HAHA So kami pun pusing² la cari tempat makan best. Sekali ternampak Gomok ni. Ada gambar seakan-akan orang "gemuk" depan pintu masuk. Ini sudah bagus! So I suggest why not we try this cafe. ON teruih la.
Credit to this picture's owner.
Dekorasi:
Mula² masuk macam eh kenapa takda orang? Kami berdua je. Then OK je. Bagus! Lagi cepat makanan kami sampai. Dekorasi kedai sempoi je. Simple. Teratur. Tak banyak sangat dekorasi. Bangunan kedai lama tu yang aku suka. Nampak vintage gitu. Tak banyak gambar yang aku sempat ambil. Lagi satu depan pintu kedai ada 1 box besar. Dorang letak air mineral dalam cup tu. Siap ada note anyone boleh ambil barangan tu for free. Sesuai sangat dengan tagline kedai dorang "Sharing is caring but I want more". Sweet tak??? Kan aku ada cakap mula² masuk takda orang kan? Tapi sebenarnya makin lewat makin ramai customer datang. Rupanya suasana kat sini lebih happening lewat malam.
Makanan:
Masuk bab makanan pula. As usual la, tempat² macam ni of course la menyediakan Western Food. Buku menu pun simple je. HAHA. Aku order Demon Salmon with Iced Lemon Tea. Suami aku pula memang hantu Fish n Chip with Iced White Coffee. Hidangan memang untuk seorang makan. Kalau nak makan share dalam 2-3 orang tak silap aku mereka juga ada sediakan. Sebabnya mula² suami aku nak ambil Jumbo Fish n Chip. Nama pun JUMBO semestinya makanan dalam portion yang besar. Rumusan aku, Demon Salmon with teriyaki sauce memang sedap! Kena la dengan tekak aku. Tekak orang lain aku taktau. Kami ada la order nasi goreng as a side dish. Janggal pulak tekak melayu ni makan lauk pauk saja. HAHA Bagi Fish n Chip pulak not bad rasa dia. Cuma special-nya dorang ada letak jajan potato chip. Layan jugak la bila makan kan. Bab harga pulak OK la. Tak terlalu mahal. Total kami makan berdua dalam lingkungan RM50++. Mampu la nak makan 1-2 kali sebulan. Kalau poket tebal boleh la datang makan hari². HAHA
So wishlist fulfill! Next cafe entah di mana lagi aku pun taktau. Teringin nak jejak cafe ini?
Hari tu g ipoh. Bace gak byk je kafe2 gini kt sana. Tp tu la tmpat cmni kan byk western. Tekak plak gedik nk cari mknan kmpung jugak. Next time aje la jawabnye. Hehe.
quite ok dah harga mcm tuh..lagi pon salmon kot tuh..hehe..tp fish n chip nye mane..hehe
ReplyDeleteSedapnyaaa :D
ReplyDeletetengok pun dah terliur.. hahaha anyway cafe tu memang cantik design nya.. simple and nice. hehe
ReplyDeleteHari tu g ipoh. Bace gak byk je kafe2 gini kt sana. Tp tu la tmpat cmni kan byk western. Tekak plak gedik nk cari mknan kmpung jugak. Next time aje la jawabnye. Hehe.
ReplyDeleteNampak sedap.. Boleh singgah kalau turun ipoh..
ReplyDeleteMmg patut pun order nasi goreng tu Mime....tengok salmon tu mcm tak kenyang jer hihi...
ReplyDelete