Cinta tragis......... | miss fluffy


Monday, 25 January 2016

Cinta tragis.........


Based on a true story

Dari seberang jalan Abdul Zaman bukan nama sebenar melihat kekasih hatinya, Nurisemah juga bukan nama sebenar sedang menunggu.

Hati mana tak berbunga girang melihat yang tercinta di depan mata. Maklumlah ini sudah masuk dating ketiga semenjak mereka berkenalan di dalam kebun getah sebulan lepas. Dengan tak sabarnya Abdul Zaman mahu melintas ke seberang jalan. Tanpa menoleh kiri dan kanan Abdul Zaman terus menerpa dan tiba-tiba sebuah motor melalui jalan tersebut tetapi sempat dielak laju oleh Abdul Zaman. Terasa lega hatinya namun malang itu tidak berbau. Sebuah kereta datang dari arah bertentang laju dan Abdul Zaman hanya sempat memandang sekilas kepada kekasih hatinya sebelum...................

Bang....!!!

--------------------------------------------------------------

"Mak!!!....... Alamak terlanggar biawak la!! Sumpah tak sempat brek" jerit Mime di dalam kereta. Mulut Mime tak henti-henti memekik menyatakan rasa bersalah dan kekesalan beliau. Dalam hatinya begitu sedih kerana telah mengakibatkan kematian biawak tersebut. 

--------------------------------------------------------------

Dari jauh, Nurisemah menangis melihat kematian cinta hatinya yang sudah patah riuk di tengah jalan. 
"Tak guna punya kereta..!" sumpah seranah Nurisemah. 

TAMMAT.

4 comments:

  1. Ni cerita pasai biawak ka?hehe..lama x snggh ke sini ^_^

    ReplyDelete
  2. langgar biawak la tu. hehehe...

    ReplyDelete
  3. pergh...! mmg tragis nih..
    siapa la yg memandu tu agknyer... =p

    ReplyDelete

Komen dari anda sangat berharga. Terima kasih atas kesudian anda memberikan respon dan pandangan❤️