BoBoiBoy The Movie | miss fluffy


Thursday, 17 March 2016

BoBoiBoy The Movie


Ceritanya semalam bawa cousin tengok BoBoiBoy. Yela, gatai berjanji kan. Padahnya asyik mengungkit je bila nak p tengok. Patutlah orang cakap kalau hang berjanji benda lain takpa, tapi kalau hang berjanji nak tengok BoBoiBoy dia akan minta sampai dapat tengok-_-


Dah seminggu ditayangkan khabarnya kutipan mencecah 8 juta. Fuyohhh best sangat ke? Kena la pi tengok sendiri. Pada pandangan aku BoBoiBoy The Movie memang  awesome habaq hang!! Terbaik! Tak rugi pun kalau bawak budak² kecik pi menonton. Penuh dengan humor! Yang lagi padu, BoBoiBoy sudah ada Kuasa 5. Menatang apa Kuasa 5 tu hang pi la tengok sendiri!:face14:


Watak favorite aku Papa Zola Kebenaran.......-_- Aku rasa watak ni kot yang  buat aku gelak tak berenti². Bukan aku gelak syok sendiri je satu panggung gelak. Haaa memang terbaik! Bila tanya cousin aku best tak, dia jawab best!  Budak² tak pandai menipu oiii! HAHA:face18:


Aku story sikit la jalan cerita dia OK. Geng Tengkotak nak rampas kuasa Teleportasi dari Klamkabot untuk menakluki planet² yang ada. Jadi Klamkabot datang ke Bumi nak transfer power dia tu ke Ochobot. Bila Geng Tengkotak dah berjaya ambil Ochobot dari BoBoiBoy dan kawan² masa ni lah banyak part best²! Berjayakah Geng Tengkotak merampas kuasa Teleportasi tu? Apa akan jadi kepada Ochobot? Hampa kena tonton sendirilah. Kang aku cerita spoil pulak kan...HAHA:face15:

Cuti sekolah ni kan? Spend la sikit masa dengan anak-anak, adik-adik, budak kecik, toyol semua pi menonton ye. Promote tak berbayar. Apa salahnya benda syok kita share la! Kehkehkeh♥

5 comments:

  1. kalau ada anak yang dah besar,best jugak ajak tengok movie ni

    ReplyDelete
  2. Teringin jugak nak gi tengok. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Papa Zola memang win!!! Hahahah! Gelak besar dengan watak dia je nanye. Haha

    ReplyDelete
  4. Tak pernah bawa anak tgk wayang..mahal tak tiket budak?

    ReplyDelete
  5. bebudk mmg suka tgok..
    tp ms citer ni kua ank buah yaya xnk tgok..dia pilih citer ZOOTOPIA..
    hikhik ^,^

    ReplyDelete

Komen buat anda lebih hemsen dan cantik seperti Action Kamen dan Misae. Jadi, sila tinggalkan komen anda.